SMKRPMTF

Tekun Berjaya

Pengenalan

SMK. Raja Puan Muda Tengku Fauziah yang terletak diutara semenanjung telah berusaha menghasilkan laman web rasmi sekolah dengan harapan yang tinggi untuk memberi info yang terkini berkaitan sekolah.

Pihak sekolah berharap agar laman web ini akan menjadi bahan rujukan utama kepada warga sekolah dan komuniti yang berkaitan.

Laman web sekolah ini telah dimuatkan dengan pelbagai maklumat penting bermula dari sejarah sekolah ditubuhkan hinggalah aktiviti terkini sekolah dari semasa ke semasa.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua pelawat laman web rasmi sekolah didalam mencari sumber maklumat yang mungkin berguna untuk mereka.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penghasilan laman web rasmi sekolah ini.

Visi Sekolah

Pendidikan Bersepadu

Asas Kecermelangan Hidup

Misi Sekolah

Merealisasikan Budaya Penyayang Dan

Berpendidikan Kualiti Bagi Melahirkan

Insan Yang Dapat Berfikir, Berilmu, Berdedikasi

Mulia Dan Berketrampilan

Motto Sekolah

Tekun Berjaya

Lagu Sekolah

Alam subur menghijau

Indahnya panorama

Walau jauh di utara

Kami Tetap berbangga

Kami warga SMK

Raja Puan Muda Tengku Fauziah

Dengan semangat waja

Berusaha tekun berjaya

Ilmu panduan kami

Iman jadi tunjangan

Prinsip rukun negara

Tonggak jaya insan mulia

Menuju wawasan murni

Maju Bersama IT

Ibu bapa guru di hormati

Undang-undang dipatuhi

Kami berjanji dan berikrar

Mencapai cita-cita

Mengharumkan namaMu

Ke Seluruh Dunia.

SEJARAH SEKOLAH (Sekilas Lalu)

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah atau dikenali dengan Sekolah Menengah Batu 16, Perlis (sebelum 14.2.1990) bermula dengan sebuah bangunan yang disiapkan pada bulan Jun 1976 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
q      Pengajian di sekolah Menengah Batu 16, Perlis bermula pada 1 Ogos 1976 sebagai Cawangan Sekolah Menengah Tengku Suleiman, Tunjong di bawah penyeliaan Encik Jayaran a/l Ragavan.
 
      Pada 15 Mac 1977 sekolah ini ditubuhkan dengan rasminya sebagai Sekolah Menengah batu 16, Perlis. Pada tarikh itulah sekolah ini menerima seorang pengetua iaitu Encik Samsu bin Abbas.
q     
     Mulai tarikh ini ia tidak lagi menjadi cawangan Sekolah Menengah Tengku Suleiman tetapi ia berdiri sendiri sebagai sebuah sekolah menengah gred B.

Create a Free Website