TAKWIM SEKOLAH 2014

 

 BULANPERKARA 
 JANUARI
  • Sesi Persekolahan 2014 Bermula
  • Mesyuarat Staf Kali Pertama
  • Sambutan MAulidur Rasul 1435H
  • Perbincangan Bersama PPD Samarahan Tuan Haji Mohd Sharkawi B Ali Akhbar
  • Majlis Penutupan Program Transisi Tahun1
  • Lawatan Pemeriksaan Pergigian
  • Mesyuarat PIBG 
  • Cuti Sempena Tahun Baru Cina
 FEBRUARI
  • Program MILO
  • Kem Bestari Solat Tahap 1 Siri 1
  • Mesyuarat Staf Kali ke2
  • Program Keceriaan Kelas
  • Jualan Buku oleh Syarikat Penerbitan Buku
  • Program Panatia-Panatia
  • Ujian Topikal UPSR
 MAC
  • Kem Bestari Solat Tahap 2 Siri 1
  • Program 5 S
  • Peperiksaan Pertengahan Penggal
  • Cuti Pertengahan Penggal 1
  • Pertandingan Bola Sepak 
 APRIL
  • Mesyuarat Staf
  • Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan UPSR
  • Kem Bestari Solat
  • Latihan Tarian 1 Malaysia
  • Ujian Topikal UPSR 
  • Kem Perkhemahan Pengakap Peringkat Sekolah
 MEI
  • Cuti Hari Pekerja
  • Kelas Ganti
  • Sambutan Hari Guru
  • Peperiksaan Penggal Pertama
  • Cuti Hari Wesak
  • Cuti Penggal Pertama
 JUN
  • Perayaan Hari Gawai Dayak
  • Hari Keputeraan S.P.B. Yg Di Pertuan Agong
  • Kem Bestari Solat Siri 2 
  • Kelas Ganti
  • Mesyuarat Staf
  • Senamrobik bagi Warga SK Terasi
  • Sukan Tahunan SK Terasi
  • Cuti Peristiwa Sempena Sukan Sekolah
  • Awal Ramadan
 JULAI
  •  Kempen kibarkan Jalur Gemilang
  • Sembahyang Hajat
  • Hari Nuzul Al-Quran
  • Ujian Bulanan/Pra UPSR
  • Cuti sempena Hari Raya Puasa

 OGOS

  • Mesyuarat PIBG kali ke 3
  • Mesyuarat Staf
  • Ramah Tamah Aidilfitri
  • Ujian Bulanan /Pra UPSR
  • Kem Bestari Solat Tahap 1 Siri 3
  • Hari Kebangsaan
 SEPTEMBER
  • Ujian Percubaan UPSR
  • Sembahyang Hajat
  • Cuti Pertengahan Penggal Ke2
  • UPSR
  • Ujian Bulanan
  • Perkhemahan Pengakap
 OKTOBER
  •  Cuti Hari Raya Haji
  • Mesyuarat Staf
  • Mesyuarat Ko Kurikulum
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Peperiksaan Akhir Tahun
 NOVEMBER

 

  • Mesyuarat Staf Akhir Tahun
  • Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
  • Hari Pelanggan
  • Penyerahan Buku Teks
  • Pembersihan Kelas

 

 

xt, images, and other content

KAJIAN PERSEPSI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

 

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang memberi fokus kepada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan.

Untuk menjayakan pelaksanaan PPPM, Kementerian memerlukan sokongan pelbagai pihak berkepentingan. Sebagai pihak berkepentingan, kami ingin mendapat maklumbalas daripada anda, sejauh mana kefahaman anda terhadap inisiatif PPPM.

Sila beri pandangan secara terbuka, jawapan anda adalah sulit dan rahsia. Hasil daripada tinjauan ini akan membolehkan Kementerian mengambil tindakan yang sesuai bagi menjayakan PPPM.  

KAJI SELIDIK 

 

KURIKULUM BAHARU 2016

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.

 

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

 

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

 

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

 

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

 

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

 

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

 

"Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.

 

"Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian," jelas laporan itu.

 

- UTUSAN