Blog

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2012 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Posted by agroresort on May 6, 2012 at 12:40 AM


Pada hari ini 5 Mei 2012, telah di adakan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Negeri Terengganu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.



Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji  Azmi Bin Nordin dan turut dihadiri oleh semua anggota jabatan seluruh negeri.


Sempena dengan sambutan ini, lebih daripada 300 anak pokok hutan terutama spesis yang semakin pupus  serta yang menjadi khazanah negara seperti Karas, Damar, Kecupu, Cengal dan bermacam-macam lagi telah ditanam sebagai simbol menghargai dan menjaga warisankhazanah hutan kita.


Bersempena dengan sambutan Hari Perhutanan ini juga, telah diadakan sambutan Hari Keluarga Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang telah diadakan pada waktu dan hari yang sama. Ianya telah dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti sukaneka, bintang karaoke, pertandingan memancing, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah lumayan dan menarik serta diserikan dengan acara kemuncak iaitu tarik tali antara zon.


Program ini bukan sahaja dapat menceriakan anak-anak dan kanak yang turut dihiburkan dengan aksi badut, malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kakitangan jabatan dan silaturahim.

sumber: http://terengganumyheritage.blogspot.com

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments