Blog

view:  full / summary

Ikan Semulajadi di Agro Resort

Posted by agroresort on March 29, 2012 at 12:25 AM Comments comments (0)


Anak sungai di Agro Resort yang menjadi sumber air utama kepada kolam-kolam di resort ini kaya dengan sumber ikan liar semulajadi. 

Setiap kali hujan turun, sungai ini sungguh meriah dengan pelbagai spesis ikan liar yang riang gembira bermain mengikut arus anak sungai.


Selepas musim tengkujuh baru-baru ini, kehadiran anak-anak ikan disini sungguh luar biasa banyaknya.


Hasil tangkapan menjala telah dijadikan hidangan yang enak di makan dengan nasi panas.

Sebahagian ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan akuarium. Manakala yang masih nyawa-nyawa ikan dan tewas akan djadikan lauk.

Sudut Lensa Di Agro

Posted by agroresort on January 27, 2012 at 8:35 PM Comments comments (0)

Di antara gambar-gambar menarik yang di rakam di Agro Resort.


Lawatan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang

Posted by agroresort on January 14, 2012 at 11:20 PM Comments comments (0)

Lawatan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Arpan Shah Bin Satu ke Peladang Setiu Agro Resort.

Ia bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Induk Lembaga Pertubuhan di sini.



Kedai Haji Ya, Guntung Luar- Ayam Kampung dan Gulai Itik

Posted by agroresort on January 14, 2012 at 5:05 AM Comments comments (1)


Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar.Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng...

Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi.

Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional.


Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung.Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah....

Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari Jumaat dan Sabtu -- holiday .


Blogger selalu membawa rakan dan kenalan dari luar Setiu untuk bersarapan di sini dan memang ia digemari malah ada yang membungkusnya untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Jika anda sampai di Setiu, jom singgah untuk mencubanya.

Jarak dari Agro Resort hanya 5km iaitu berhampiran lampu isyarat Kg Guntung Luar menuju ke Kg Saujana/ Guntung Dalam iaitu sebelah kiri dari Agro Resort.

Ia di buka setiap hari kecuali hari jumaat dari jam 7.00 hingga 11.00 pagi setiap hari.

Jom makan Sate Jabi.. dekat je dengan Agro

Posted by agroresort on January 9, 2012 at 2:55 AM Comments comments (0)

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu


Di antara sate yang terbaik di Terengganu adalah Sate Lanang di Jabi, Besut. Sememangnya kedai Sate Lanang ini amat popular bukan sahaja di kalangan warga tempatan malah orang Kelantan dan luar Terengganu.

 

Setiap kali musim cuti sekolah jelas sekali begitu panjang barisan mereka yang membeli bungkus untuk dibawa pulang, malah belian juga dalam kuantiti yang besar dan banyak.

 

Meja pula sentiasa penuh dan terpaksa menunggu untuk giliran kita. Itulah antara penangan Sate Lanang.

 


Bagi blogger kalau nak dibandingkan dengan Sate Haji Samuri Kajang, jauh Sate Lanang lebih sedap dan enak. Kalau anda tak percaya dan yakin , datang sendiri nikmati sate ini.

 

Dengan pilihan sate ayam, daging serta hati dan pedal serta dengan kuah sate yang istimewa membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan menjamu selera serta mengambil hati anak-anak yang sememangnya menggemari sate ini.

 

Lokasinya jika anda dari Kuala Terengganu, adalah di Kg jabi di permulaan jalanraya dua lorong di sebelah kiri anda.

 


Selain Sate Lanang, terdapat dua lagi lagi kedai sate yang tak kurang hebat dan lazatnya iaitu Sate Mastura dan Kak Mah Sate.

 

Sememangnya sate menjadi makanan trademark bagi pekan Jabi dan menjadi ikon sate bagi daerah Besut.

 

Walaupun sate ini ada di mana-mana di seluruh pelusuk Terengganu, Sate Lanang adalah antara yang TERBAIK. Tak percaya jom kita rasa.....

Jarak kedai sate ini daripada Agro Resort hanya 20KM sahaja. Tak jauh.

Sumber: Terengganumyheritage

Team Terengganu Liga Super 2012 merehatkan diri di Agro Resort

Posted by agroresort on January 7, 2012 at 10:05 PM Comments comments (0)

Pasukan Bolasepak Terengganu bergembira mengail

Muslim Ahmad dengan tangkapan ikan lampan jawa.. malam ni kita goreng kasi garing

Seronok tengok team bola Terengganu mengail dan bermain kayak. Riuh rendah suasana dengan gelak ketawa mereka.


Joseph Kalang Tie yang terjatuh dalam kolam dalam usaha menyelamatkan tangkapan ikan, tapi malang terlepas jua


Muslim, nordin serta hariri dan rakan-rakan begitu asyik memancing

Seronok tengok mereka mengail. Nampak ramai yang tak biasa namun ingin mencuba. Dan sebahagiannya memang nampak dah biasa memancing.

Sesetengah daripada mereka bergembira bermain kayak. Mereka ini sedang dalam program persediaan mental dan rehat fizikal bagi persediaan liga Super yang akan berlangsung 10 Januari ini.

Ikuti rakaman sebahagian aksi mereka.


Ashaari Shamsudin @ Saha.. merenung nasib musim ini dan berkeyakinan untuk memberi persembahan terbaik dalam Liga Super dan AFC


Dua tonggak pasukan, Marzuki selaku Kapten pasukan dan Abdul Hadi Yahya penjaring terbanyak musim lalu, asyik mencari rezeki...

Sumber: Terengganumyheritage


Rss_feed