Sedikit Kelebihan Bagi Mereka Yang Rajin Melayari Internet


Apa itu PayPal?

 

PayPal adalah salah satu syarikat dari Amerika yang membekalkan laman web yang menawarkan akaun wang elektronik untuk bertujuan membayar/menerima wang dikalangan ahli-ahlinya didalam dunia internet. PayPal diperakui akan keselamatan transaksinya di internet. PayPal bukan bank internet tetapi memberi perkhidmatan dan kemudahan untuk menerima dan memindahkan wang elektronik dari/ke akaun bank ahli-ahlinya. PayPal diterima dan diiktiraf oleh kebanyakan syarikat-syarikat kewangan dunia seperti bank dan syarikat kad kredit/debit. PayPal juga telah diterima sebagai alternative pindahan wang elektronik di internet yang selamat. Kini PayPal menduduki tangga teratas dengan  memiliki ahli (member) paling ramai berbanding syarikat-syarikat lain yang memberikan perkhidmatan seumpamanya didalam internet.Akaun PayPal menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh semua pelayar internet jika mereka inginkan melakukan transaksi di internet


Kenapa pelayar internet mesti memiliki akaun akaun wang elektronik (PayPal)?

 

 

Ramai warga kita tidak tahu apa itu wang elektronik mala tidak ingin ambil tahu walaupun sudah mula menggunakan internet. Akaun wang elektronik sebenarnya sangat penting bagi mereka yang cuba mendekatkan diri dalam dunia perniagaan internet. Akaun wang elektronik juga telah menjadi salah satu kelayakan penting yang harus dimiliki oleh individu-individu yang ingin mendaftarkan diri dengan laman web yang menawarkan bayaran atau melibatkan transaksi wang. Sekiranya kita memiliki akaun (PayPal), kita tidak perlu risau akan perkara yang melibatkan transaksi wang di kebanyakan laman web kerana PayPal diterima secara umum. Ramai dikalangan kita memiliki kad kredit. Kad kredit hanya boleh digunakan untuk membayar, bagaimana pulak untuk menerima bayaran? Akaun wang elektronik bertindak lebih dari kad kredit apabila kita melakukan aktiviti di internet.

 

Setelah anda memiliki akaun Paypal, anda boleh mula menerima bayaran daripada pemegang kad kredit di serata dunia . PayPal sebagai syarikat no satu yang membekalkan perkhidmatan bayaran secara online menawarkan cara terpantas untuk menerima bayaran daripada lebih 86 juta ahlinya di seluruh dunia.


Siapakah yang layak memiliki akaun PayPal?

 

Akaun PayPal layak dimiliki oleh kebanyakan penduduk dunia berdasarkan Negara mereka kerana PayPal telah menyingkirkan beberapa Negara dari senarai mereka atas sebab-sebab tersendirinya. Rakyat Malaysia layak mendaftar dan memiliki akaun PayPal.


Apakah kelebihan memiliki akaun wang elektronik?

 

Kita memerlukan akaun wang elektronik apabila kita melakukan transaksi di internet. Transaksi elektronik bermaksud membayar atau menerima wang secara elektronik tanpa

melibatkan wang tunai. Apabila kita memiliki akaun wang elektronik antarabangsa seperti PayPal, ianya mudah bagi pihak/individu lain membayar kita melalui internet dan disebaliknya tanpa perlu beratur di bank dan membazir masa/caj-caj yang bakal membebankan kita. Saya sendiri pernah beratur dan mengisi boring untuk memindahkan duit ke akaun bank Negara barat kerana tidak tahu selok belok wang elektronik yang sedia ada ketika itu. Akaun wang elektronik juga akan memberi kita kuasa untuk membeli dan menjual barang/produk kita didalam arena dunia internet yang terkenal akan keluasan pasarannya.


Adakah memiliki akaun wang elektronik PayPal melibatkan risiko?

 

Tiada risiko yang boleh dikaitkan untuk memiliki akaun wang elektronik .Risiko sepatutnya wajud dan difikirkan oleh mereka-mereka yang ingin melabur dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Memiliki dan melabur adalah dua perkara yang berbeza. Sebagai contoh, memiliki kad ATM punya risikonya tersendiri. Mala, membawa MyKad ketika kita keluar rumah pun punya risikonya tersendiri. Tetapi kita tidak boleh menghalang diri dari memiliki kad ATM atau membawa MyKad bukan?


Bagaimanakah cara untuk mendaftar akaun PayPal?

 

Sila ikuti langkah-langkah berikut dan teliti contoh-contoh yang diberikan dibawah dengan tenang agar tiada kesilapan apabila mengisi borong pendaftaran. 

Klik disini untuk mendaftar akaun PayPal

 

Pastikan anda mengisi maklumat yang benar/tepat demi mengelak kesukaran dimasa depan. Jangan lupa bahawa ini adalah akaun wang elektronik yang akan kendalikan urusan wang anda di internet

  • Cuba melihat pada contoh dan langkah-langkah mengisi borang pendaftaran dibawah

 

 

Sekiranya anda ke laman utama PayPal, Klik pada Link "Sign Up"

 

 

Choose Account Type - Selepas anda pilih negara, muka baru akan keluar.

 

 

 

Sign Up for a PayPal Account- Pilih jenis akaun disini. Personal Account adalah percuma.

 

 

 

PayPal Account Owner Contact Information - Taipkan butir-butir diri anda tanpa lakukan kesilapan

 

 

 

PayPal Account Login & Password Recovery - Lihat pada contoh dan keterangan dalam gambar

 

 

Tandakan "Yes" dan taipkan abjad yang kelihatan. Seterusnya klik butang "Sign Up"

 

 

 

Selepas anda klik butang Sign Up, akan keluar satu lagi muka baru yang akan meminta anda memberi butir-butir kad kredit. Anda boleh abaikan muka surat tersebut dengan batalkannya. Klik pada butang Cancel dan teruskan pendaftaran. Itu sahaja. Selepas itu, anda akan diminta untuk memeriksa akaun email anda untuk penggesahan email. Anda perlu ke akaun email dan buka mail yang dihantar oleh PayPal untuk klik padaURL yang diberikan disana. Setelah anda klik URL tersebut anda akan terus dibawa ke laman Login PayPal. Anda boleh cuba Login ke akaun PayPal anda dengan taip ID dan kata laluan PayPal anda. INGAT, ID PayPal anda adalah alamat email yang anda gunakan untuk mendaftar di PayPal.

 

Salain dan simpan url berikut untuk kembali ke laman Sign Up  https://www.paypal.com/

 

Create a Free Website