WTG Logistics Express (SA0075653-D)

Container Services, Freight Forwarding, Custom Clearance, and Car Transportation.

PENGENALAN

   WTG Logistic merupakan sebuah syarikat perkhidmatan pengankutan barang kargo, perkhidmatan urusan perkapalan dan perkhidmatan urusan pengimportan kenderaan dari Jepun ke Malaysia. Urusan pengimportan kereta dan pengurusan barang tidak hanya terhad dari Jepun ke Malaysia,malah dari United Kingdom, Australia dan juga dari Negara Timur Tengah. WTG Logistic telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan dikendalikan oleh bekas pelajar Jepun yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang logistic ini. WTG Logistic juga telah didaftarkan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang mempunyai nombor pendaftaran SA0075653-D.

   Secara umumnya WTG Logistic menyediakan perkhidmatan pengangkutan barang dan pengurusan kereta di Jepun dan di Malaysia. Antara perkhidmatan dan urusan yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah seperti berikut :

 

PERKHIDMATAN DI JEPUN 
  • Pengangkutan barang barang persendirian dari rumah ke pelabuhan.
  • Pengurusan perkapalan logistic barang dan kenderaan.
  • Pengurusan penghantaran barang dan kenderaan dari Jepun ke Malaysia

PERKHIDMATAN DI MALAYSIA

  • Pengurusan perkapalan dan penyelesaian kastam bagi barang barang persendirian.
  • Pengankutan barang barang dari pelabuhan ke rumah.
  • Pengurusan permohonan AP di MITI bagi kenderaan.
  • Pengurusan penyelesaian perkapalan, penyelesaian kastam, gudang penyimpanan, pengeluaran kereta dari pelabuhan, proses pengurangan cukai, pemeriksaan puspakom dan pendaftaran kenderaan di JPJ.

  Sejak dari tahun 2000 syarikat kami telah menyelesaikan pengurusan perkapalan dan kastam untuk barang dan pengurusan kereta tidak kurang dari ratusan kes. Paling utama syarikat kami menyelesaikan segala urusan dari awal hingga akhir dan tidak sesekali memberi sub urusan kepada syarikat lain kerana dikhuatiri akan mengundang masalah. Akhir kata motto syarikat kami adalah 'KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI'.