Worblesoft

Sumber Grafik 3D/2D & Perisian PERCUMA

F1 Just Racing


Ini merupakan lebih kepada sebuah demonstrasi ringkas bagaimana perlumbaan Formula One diimplementasikan dengan mudahnya. Anda hanya perlu klik pada butang Start untuk bermula main dan terdapat 3 pasukan yang anda boleh pilih. Saksikan kehebatan perlumbaan ini sambil mendengar muzik latar dari Linkin Park...

 

 

Download PERCUMA Sekarang (1.6 MB)

 

Fruit Tale

Sejenis permainan ringkas berbentuk arked dan mudah dikendalikan. Dalam permainan ini, anda mengawal satu watak hero untuk menghantar buah-buahan dari satu tebing sungai ke seberang tebing sungai. Anda akan dibantu oleh 4 ekor penyu yang baik hati, tetapi kadang kala penyu-penyu ini akan turun ke dasar sungai untuk makan ikan. Oleh itu, anda kena berhati-hati semasa menyeberang sungai berkenaan. Anda mesti hantar kesemua lapan jenis buah-buahan tersebut dalam masa yang ditetapkan dan perolehi gred yang baik atas hasil usaha anda. Selamat bermain dan berhati-hati ketika melintas sungai.

 

 

Download PERCUMA Sekarang (1.8 mb)

Alien Battlefield

Sebuah permainan aksi tembak menembak dimana, anda mengawal sejenis kenderaan alien untuk menentang kereta kebal manusia yang cuba menakluki planet anda. Sebagai komander alien, anda mempunyai misi memusnahkan semua kereta kebal musuh sebelum bertemu dengan boss musuh yang berbentuk seperti ketam. Game ini adalah sangat ringkas dan anda hanya memerlukan mouse untuk mengawal kenderaan rahsia anda selain menembak ke arah musuh.

 

 

Download PERCUMA Sekarang (1.8 mb)

Coral Fishing

Kalau anda dah boring memancing kat laut, sungai dan tasik. Apa kata tukar minat anda dengan memancing dalam game nie pulak. Coral Fishing adalah permainan ringkas bagaimana anda dapat menyaksikan ikan batu karang semasa memancing. Anda tak perlu bersusah payah mengharungi hutan atau pergi ke laut semata-mata untuk memenuhi hobi memancing. Jadi, apa tunggu lagi, muat turun permainan ini dan rasailah keseronokan apabila umpan anda dimakan ikan.

 

 

Download PERCUMA Sekarang (1.9 mb)

Create a free website at Webs.com