Perisian ringkas ini adalah amat mudah digunakan untuk mencari maklumat dalam peta dunia. Ia bersandarkan Google Map yang terdapat dalam internet. Anda boleh cuba membuat carian berdasarkan pelbagai kata kunci seperti nama jalan, negeri, negara, longitude, latitute dan sebagainya. Selain itu, bagi yang gemar melayari Google Map akan merasakan perisian ini amat mudah digunakan tanpa memerlukan mereka membuka web browser lain. Gunalah Cari Peta version 0.10 ini sebagai mengisi masa lapang anda. Mana tahu anda terjumpa maklumat berguna berkenaan jalan-jalan dan bangunan-bangunan yang terdapat di tempat tinggal anda.
Aplikasi ini dihasilkan menggunakan Visual Studio 2005 Express Edition.
Oleh itu, pastikan anda memiliki .Net Framework di dalam komputer anda untuk membolehkannya digunakan dengan lancar.