Seringkali masa yang agak lama diperuntukkan untuk menghasilkan sebuah model 3 Dimensi. Tidak kira anda menggunakan model ini dalam apa jua bidang sama ada untuk tujuan pengiklanan, penerbitan buku, grafik perisian dan sebagainya, kerja membina grafik 3D yang rumit agak memakan masa selain menuntut kemahiran, pengetahuan, kreativiti dan ketelitian yang tinggi. Walaupun terdapat model-model 3D dijual dalam pasaran, oleh kerana harga yang agak mahal dan kebanyakannya dari luar negara menjadikan kos yang ditanggung agak tinggi. Tambahan pula kebanyakan model sedia ada telah digunakan oleh pihak lain dan tidak ada keunikan pada model berkenaan. Kini, kami menyediakan perkhidmatan permodelan 3D ringkas untuk anda dengan harga paling kompetitif. Perkhidmatan kami adalah menyediakan model 3D ringkas mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan.
Sekiranya anda ingin memiliki model 3D yang unik dan tersendiri untuk kegunaan projek anda, perkhidmatan kami sentiasa terbuka. Model 3D yang kami hasilkan adalah dalam 2 format fail asal 3D (.3ds dan .OBJ) selain imej grafik 3D yang telah dirender dalam format BMP, JPG dan PNG.
Perkhidmatan kami yang komprehensif memberikan harga paling berpatutan dalam pasaran, iaitu di antara RM50 hingga RM100 per model bergantung kepada jenis model berkenaan. Tempahlah hari ini tanpa berlengah lagi!
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya melalui e-mail atau YM berikut:
Create a free website at Webs.com