Worblesoft

Sumber Grafik 3D/2D & Perisian PERCUMA

Belajar Pengaturcaraan Just BASIC

Semenjak laman web ini mula-mula dilancarkan, saya telah menerima banyak soalan daripada mereka yang amat berminat untuk menghasilkan perisian dan juga permainan dengan mudah. Ini disebabkan program-program yang telah dihasilkan dalam laman web ini nampak begitu meyakinkan dengan fungsi-fungsi dan antaramuka grafik yang agak baik. Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mendedahkan segala rahsia dan kaedah pengaturcaraan dengan mudah, murah dan cepat dengan melancarkan e-book yang pertama untuk semua pengaturcara sambilan dan ianya 100% dalam bahasa Malaysia. Ini adalah langkah terbaik bagi saya untuk turut mengembangkan pengetahuan dan mempromosikan produk-produk percuma yang juga setanding dengan produk komersil. Saya berharap dengan adanya e-book ini nanti, akan menambahkan minat rakyat Malaysia amnya, sama ada yang baru berjinak-jinak dengan pengaturcaraan mahupun mereka yang telah lama membuat pengaturcaraan. Secara umumnya bahasa pengaturcaraan Just BASIC ini telah dihasilkan sebagai freeware pada tahun 2004, dan ianya adalah subset dan implementasi PERCUMA kepada bahasa pengaturcaraan komersil Liberty BASIC. Ini bermakna sesiapa yang telah menguasai Liberty BASIC tidak akan menghadapi sebarang masalah menguasai bahasa pengaturcaraan Just BASIC.

Tajuk

Hobi Pengaturcaraan Dengan Just BASIC

Mukasurat

239 ms

Harga

PERCUMA!

(Harga Asal e-Book sahaja ialah RM26.90)

Sekiranya anda merasakan e-book ini amat berguna kepada anda dan ingin menyumbang kepada saya atas usaha ini, bolehlah membuat sumbangan dengan menghantar melalui Maybank2u atau PayPal. Sumbangan anda akan digunakan untuk menambahkan lagi koleksi e-book berbahasa Malaysia dalam pelbagai bidang teknologi multimedia, komunikasi dan maklumat.

Anda juga boleh membuat tempahan 'hardcover book' iaitu salinan sebenar dalam bentuk cetakan hardcopy booklet daripada kami. Kami percaya, penggunaan cetakan buku sebenar adalah lebih efektif dan mudah mempelajari sesuatu bidang teknologi dan mempercepatkan proses pemahaman berbanding hanya menggunakan e-book. Selain itu, anda akan memperolehi sebuah CD-ROM yang mengandungi kod sumber dan fail-fail grafik untuk membina permainan interaktif anda yang pertama. Harga pasaran untuk booklet tersebut bersama-sama CD-ROM sumber ialah RM35.00 sahaja. Untuk mendapatkan naskah istimewa ini, anda boleh hubungi kami dengan E-Mail @ YM dan Nombor telefon berikut:

LanoG (lanog_md@yahoo.com) 019-8004997

Khairol (kroll_cbasic@yahoo.com) 019-6876123


Bayaran boleh dibuat melalui:

Make payments with PayPal - it's fast, free and secure!         

 

SELAMAT DATANG KE DUNIA PENGATURCARAAN JUST BASIC

Pernahkah anda terfikir bagaimana sesebuah perisian komputer dibina? Jika anda pernah menggunakan aplikasi seperti pemproses perkataan, pangkalan data, perisian grafik, pemain muzik, perisian multimedia dan sebagainya, sudah pasti anda ingin mengetahui bagaimana ianya dihasilkan. Pengaturcaraan bukan hanya terhad kepada mereka yang bergiat secara langsung dalam bidang pembangunan perisian, namun kini boleh dijadikan hobi yang bermanfaat dan menyeronokkan. Bukan lagi satu mitos kosong jika anda sendiri mampu menghasilkan sebuah program komputer yang berguna dan mungkin memiliki fungsi dan kegunaan yang sama dengan perisian komersil. Bahasa pengaturcaraan Just BASIC memiliki hampir semua kriteria untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pengaturcaraan. Konsep aturcara yang mudah dan ringkas menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap pengetahuan. Sebagai salah satu dialek BASIC (Beginner All-purpose Symbolic Instruction Code) yang terbaru dalam pasaran, ianya memiliki keistimewaan tersendiri iaitu:

  • Banyak arahan dan sintaks yang mudah dipelajari dan difahami.
  • PERCUMA digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau komersil.
  • Mampu menghasilkan aplikasi antaramuka pengguna grafik (GUI) dengan baik.
  • Penyunting aturcara yang mesra pengguna dengan warna sintaks pembeza.
  • Binaan dalaman enjin sprite untuk animasi grafik dan permainan interaktif.
  • Boleh memainkan format muzik MIDI dan bunyian WAVE.
  • Memiliki sumber penyahpepijat aturcara yang baik.
  • Menghasilkan fail standalone (fail dengan pengakhiran .exe)
  • Penyunting antaramuka pengguna grafik disertakan dan boleh diubahsuai.
  • Sokongan daripada komuniti Just Basic yang aktif melalui forum internet.
  • Storan fail penyunting aturcara yang kecil iaitu hanya bersaiz 2.4 MB.


Buku ini ditulis khas untuk mereka yang ingin mendalami pengaturcaraan Just BASIC sebagai hobi. Pendekatan yang digunakan ialah penerangan yang mudah difahami, ilustrasi bergrafik, ulasan dengan contoh-contoh kod aturcara yang berkaitan. Selain itu, bimbingan langkah demi langkah dalam menghasilkan aturcara yang baik secara visual grafik turut disertakan. Terdapat juga tutorial dan artikel ringkas untuk menambahkan pengetahuan serta tip-tip berguna kaedah penulisan aturcara. Buku ini turut menyediakan panduan menghasilkan permainan interaktif anda yang pertama bermula dari sebaris kod hingga menjadi sebuah aturcara yang lengkap.. Kunci utama adalah untuk memberi keseronokan dan minat yang mendalam terhadap dunia pengaturcaraan Just BASIC.

BONUS PERCUMA:

Set fail-fail grafik berformat bitmap tambahan, beberapa contoh kod sumber permainan interaktif dan aplikasi-aplikasi grafik. Semuanya telah disediakan untuk anda membina aplikasi dan permainan yang pertama dengan bahasa pengaturcaraan Just BASIC.


 Sekiranya berminat untuk mendapatkan Booklet bersama-sama CD-ROM istimewa ini beserta fail-fail digital lain, sila e-mail atau YM ke:

lanog_md@yahoo.com

kroll_cbasic@yahoo.com

Create a free website at Webs.com