Worblesoft

Sumber Grafik 3D/2D & Perisian PERCUMA

Visual BASIC 2005 Express Edition

Bahagian ini merupakan koleksi tutorial pengaturcaraan Visual BASIC 2005 Express Edition dan semua artikel/tutorial dihasilkan dalam bahasa Malaysia. Tujuan utama artikel dan tutorial yang disusun dalam bahagian ini adalah untuk mengumpul koleksi sebarang bentuk artikel dan tutorial berkenaan Visual BASIC 2005 Express Edition yang dirasakan agak terhad dalam bahasa Malaysia. Anda dibenarkan menggunakan dan menyebarkan artikel dan tutorial yang terdapat dalam laman web ini tanpa mengubah isi kandungan asal. Semua maklumat yang disampaikan adalah pandangan peribadi serta pengalaman penulis, selain diperolehi dari sumber rujukan-rujukan yang lain.

1. Asas Grafik Dengan GDI+
2. Asas Orientasi Objek
3. Bina Splash Screen Tanpa Kod
4. Organisasi Dalam Aplikasi

Anim8or

Anim8or adalah sebuah perisian permodelan 3D yang ringan, berkuasa dan freeware. Sebagai salah satu perisian 3D percuma yang mudah digunakan, ianya telah berkembang menjadi alatan pembinaan model yang popular sebagai hobi. Ramai dikalangan orang biasa menganggap membuat model 3D sangat susah dan mengambil masa untuk mempelajarinya selain perlukan kreativiti yang tinggi. Dengan perisian ini, anda sebenarnya telah diberikan alat yang mudah dipelajari, malahan ianya boleh menghasilkan model-model 3D yang hampir setanding dengan perisian komersial lain. Di sini, segala artikel dan tutorial adalah dalam bahasa Malaysia disusun untuk memudahkan kefahaman anda dalam mempelajari Anim8or. Rujukan-rujukan lain boleh diperolehi dalam web rasmi Anim8or.

1. Senarai Efek Material
2. Dari 3D Kepada Gaya Toon

Create a free website at Webs.com