Worblesoft

Sumber Grafik 3D/2D & Perisian PERCUMA

Selamat Datang ke Worblesoft

Anda datang ke tempat yang betul sekiranya anda mencari suatu laman web yang mendedikasikan perisian percuma dalam bahasa Malaysia. Mengapa PERCUMA? Semua program yang dihasilkan adalah hasil rekabentuk penulis aturcara yang bergiat secara aktif menghasilkan perisian sebagai hobi. Anda boleh memuat turun segala program yang ada dan terus menggunakannya tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada penulis asal. Semuanya adalah freeware dan tiada langsung caj dikenakan. Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan komen dan cadangan yang boleh meningkatkan kualiti dan idea-idea bernas untuk menghasilkan lain-lain program yang berguna.

Sekiranya anda meminati pengaturcaraan, tidak kiralah sama ada membangunkan perisian atau permainan, anda boleh berkongsi bersama untuk menyumbangkan karya digital anda disini. Selain pengaturcaraan, bidang rekabentuk grafik 2D dan 3D juga berperanan untuk digarap untuk meningkatkan mutu sesebuah produk digital yang bakal dihasilkan. Sama-samalah kita maju ke hadapan untuk menyemarakkan lagi dunia ICT negara. Terdapat juga perkhidmatan rekabentuk dalam bidang grafik 3D dan 2D yang ditawarkan dengan harga yang competitif.


OLEH KERANA SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN DARIPADA SEMUA PIHAK, KAMI DENGAN INI MENGUMUMKAN PERPINDAHAN KE LAMAN WEB YANG BARU. DENGAN ADANYA LAMAN WEB BARU INI, KAMI BERHARAP KHIDMAT DAN BAHAN RUJUKAN YANG DISAMPAIKAN AKAN LEBIH BERKUALITI DAN MUDAH UNTUK DI CARI. SILA MASUK KE LAMAN WEB BARU KAMI DI:

www.senibinagame.com

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SELAMA INI.

LanoG (November 2007)



Anda juga boleh mendapat maklumat terkini dalam blog berikut:

 www.senibinagame.wordpress.com

Create a free website at Webs.com