Well-being2u Dot Com

Lose Weight • Gain Health • Feel Great

Syabas dan tahniah atas inisiatif anda untuk mempelajari cara-cara memperbaiki keadaan kesihatan dan mengatasi masalah berat badan. Anda tidak keseorangan dalam perjalanan ini, kerana satu perempat daripada penduduk di dunia kini mengalami masalah kegemukan mahupun kekurangan berat badan yang melampau.

Bagaimana mengetahui status berat badan anda?

Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh/Body Mass Index (IJT/BMI). Indeks Jisim Tubuh/Body Mass Index (BMI) menentukan samada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT/BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut: 

 

IJT = Berat ( kilogram )
--- ________________________
Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

 

ATAU boleh gunakan gajet dibawah bagi mengetahui IJT/BMI anda, cuma taip ketinggian anda (dalam Centimetres) di dalam kolum 'Size' serta taip berat badan anda di kolum 'Weight' seterusnya IJT/BMI anda akan ditunjukkan di kolum BMI

 

 

Jika IJT anda (kg/m2)  adalah

Maka, anda adalah

< 18.5

Kekurangan berat badan

18.5 - 24.9

Normal

25 - 30

Berlebihan berat badan

30 atau lebih

Obes

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa itu berat badan yang sihat?

Jika nilai IJT anda adalah diantara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan anda adalah normal. Contoh, seorang perempuan dengan ketinggian 1.5 meter dan berat badan 53 kg akan mempunyai IJT :

 53/(1.5 x 1.5) = 23.5 kg/m2

( berat badan normal)

Apa itu kurang berat badan?

Anda mengalami kurang berat badan jika IJT anda kurang daripada 18.5 kg/m2.

Apakah penyebab kurang berat badan?

Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah :

  • Kecelaruan pemakanan seperti Anoreksia Nervosa atau Bulimia
  • Masalah perubatan yang lain

Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kekurangan berat badan?

  • Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
  • Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Apa itu berlebihan berat badan?

Anda dikatakan berlebihan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda adalah di antara 25.0 kg/m2 hingga kurang daripada 30.0 kg/m2

Apa itu obesiti?

Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan. Anda dikatakan obes  sekiranya Indeks Jisim Tubuh  (IJT) anda mencapai 30.0 kg/m2 atau lebih.

Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?

Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka masa yang panjang. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori  serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama masalah kegemukan dan obesiti.

Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk:

  • Pengambilan sesetengah jenis ubat
  • Penyakit seperti hypothyroidism, penyakit Cushing’s  hypothalamic tumors.
  • Pengurangan mendadak tahap aktiviti fizikal (ahli sukan yang bersara)
  • Ketidakseimbangan hormon

Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?

  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi

    Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.

  • Tekanan darah tinggi dan angin ahmar

    Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.

  • Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser  payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
  • Masalah endokrin. Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah tinggi.

  • Penyakit pundi hempedu.  Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.

  • Penyakit paru-paru. Individu yang  obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk, abdomen dan diafragma. 

  • Arthritis. Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi, bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan osteoartritis.

Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri.

Mengapakah begitu sukar untuk menjaga berat badan dan mencapai berat badan yang ideal?
 
Mungkin anda belum ketemui amalan diet yang betul yang dapat menyeimbangkan berat badan anda sambil meningkatkan kesihatan anda pada waktu yang sama. Program kami sememangnya tidak dapat ditandingi dan dewasa ini, berjuta-juta orang di serata dunia telah pun mendapat keputusan yang sungguh menakjubkan. Kami mempunyai pengalaman selama 29 tahun dan berjaya membantu penduduk di 70 negara mendapatkan kesihatan serta gaya hidup yang lebih sihat. Kami sungguh berbangga kerana kita diperakui sebagai syarikat pengurusan berat badan yang nombor 1 di seantero dunia!

Ianya semudah 1... 2... 3...

Kenali tubuh badan anda.. Saya, Pembimbing Peribadi Pengurusan Berat Badan Bertauliah akan membantu anda memperibadikan satu program yang berkesan untuk anda. Berdasarkan berat badan, ketinggian dan jantina anda, saya akan membantu anda menentukan:

  • Kadar kalori anda patut ambil untuk menghilangkan berat badan
  • Kadar nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda
  • Hidangan Sarapan pagi, makan Tengah hari & Makan Malam Yang Ideal

DAN..

  • TANPA perlu berlapar
  • TANPA perlu senaman (Cth: Pergi gym)
  • TANPA pil / jamu / Girdle / Corset / linger (Pakaian Pelangsing)
  • TANPA kesan sampingan
  • Masih Boleh makan makanan kegemaran

Hasilnya ? Anda akan hilang pound / kilogram dan inci, tanpa berlapar dan dengan cara yang mudah. TANPA perlu risau berat badan anda naik semula (Yo-yo effect).

 Nikmati Sarapan pagi, makan Tengah hari & Makan Malam anda... Bagaimana anda boleh mendapat amaun nutrien yang lengkap dan sempurna dalam diet anda?

Program yang akan saya rekabentukkan adalah hidangan yang Ideal untuk anda. Tinggi kadar nutrisi, direkabentuk untuk memastikan anda rasa kenyang, penting untuk mengawal rasa lapar.

Anda dan Saya, Pembimbing Peribadi Pengurusan Berat Badan Bertauliah akan menentukan bagaimana untuk mengoptimakan kejayaan anda menerusi:

  • Barisan Produk  yang disertai dengan bimbingan & pemantauan secara peribadi
  • Barisan produk dalam mengatasi cabaran-cabaran berdiet kepada sehinggalah bagaimana mengawal keinginan untuk mengambil snek dan rasa lebih bertenaga
  • Nutrisi khas untuk memenuhi gaya hidup anda

Badan anda adalah unik. Bukankah diet anda juga seharusnya begitu? Kami akan memperibadikan program anda, selaras dengan bajet anda.

Sekiranya anda bersedia untuk bermula, saya akan membimbing dan memantau perkembangan sepanjang perjalanan anda dan memastikan yang anda gembira akan proses ini supaya anda dapat mencapai keputusan berat badan dan kesihatan yang diingini! Anda akan menerima khidmat rundingcara secara PERCUMA yang dapat membantu anda untuk memahami badan anda dengan lebih mendalam. Tiada kewajiban di pihak anda untuk memulai program kita melainkan anda sudah bersedia.

 

Klik disini untuk menghubungi Pembimbing Peribadi Pengurusan Berat Badan Terlatih yang terdekat dengan anda.

 

Ianya sungguh Mudah, Berpatutan dan Menggembirakan!

Sehingga kita bertemu lagi!
 
 
Pssst...! Anda Ingin Berkongsi Tentang Kewujudan Laman Web Ini? Sila Klik -->  Tell a Friend

Noor Aminuddin bin Mohamed Noor
Pembimbing Peribadi Pengurusan Berat Badan Terlatih