HOME
Tuesday <Februari 12, 2002>
Gong Xi Fa Chai kepada suma-suma member aku yang berbangsa cina epecially si Chong. Chong, lu jangan lupa bawak balik itu limau aaa..hehe. Tak lupa jugak pada member aku masa A-Level iaitu Goh Kim Fah, dan jugak yang mase sekolah rendah, Sum Wei Wern. Sebenarnye, aku ingat nak gi opis hari ni sebab nak siapkan projek...tetapi, perasaan ingin berbaring lebih tinggi dari perasaan ingin menunggang motor. Last-last, jadilah aku seperti dugong yang berpelesaran di tepi pantai....Uuu....serunutnye tidooo.......Takpe, besok aku mesti gi opis gak. Semangat!!! Semangat!!! %$#!*&^$% !!! <-- (Tido lagi besh). Tak sabar-sabar aku nak Financial Independence. Boleh buat kerje yang aku minat dari rumah. Dan yang penting, tiada istilah opis hour dalam hidupku....Warghahahahamuakakaka (Gelak orang yang dah busan ngan life die). Nasib baik environment ofis aku yang sekarang ni sempoi dan besh. Takde le aku rase stress.....Harap-harapnye, cam ginilah sampai bebila.
Monday <Februari 11, 2002>

Kawan aku yang aku sentiasa ingati balik ke kampung die hari ni. Walaupun aku tak pernah jumpa die, tapi aku tetap rindukan die...Erm...aku pun tak paham sebenarnye ape yang jadi kat aku...Kompiussss.....Anyway, aku harap die okey dan selamat dalam perjalanan. Entah la... aku rasa aku sukakan die lebih dari kawan biasa....Erm..mungkin aku je kut yang perasan dan berangan sengsorang .........................hmmmmmm............................ :|

Lagu : Only You
Nyanyian : Enrique Eglesias
Ditujukan : Kepada Si Dia
Ucapan : Kalau demam dengan flu tak hilang lagi, cepat-cepat gi klinik tau... :)

Sunday <Februari 10, 2002>
Ada dua events hari ni. Firstly, yang kat MMU ada Kejohanan Silat Olahraga Intervarsity. Kalau aku gi, mesti leh jumpa ramai kawan aku kat situ. Yang second lak, ade Tournament Bowling Bincang.net kat Bangsar Shopping Centre. Aku gi yang bowling sebab aku dah bayar yuran pertandingan RM30 tu. Aku punye overall points ade le dalam ranking ke 3 atau ke 2 dari bawah..hehehe. Lagi sket nak memegang title Raja Longkang, hehehe...Kalau aku "menang", boleh la aku bawak balik hadiah berupa penyapu "Harry Potter" ke Dengkil sambil usung bende tu dalam komuter, lrt, bas dan atas motor aku...hihihi
Friday <Februari 1, 2002>

Hari ni adalah hari pertama aku lukih bende dalam sketch book yang aku dah lama beli. Aku lukih gambar Batman yang dibintangi Michael Keaton tu direct dari skrin monitor aku. Aku ingat aku nak buat koleksi lukisan aku la, di samping cuba nak improve skill melukih aku nih. Part lukih muka tu, okey la jugak, cuma bile masuk bab badan, tangan, kaki, lutut, perut, tang tu yang aku fail...Aduiii..aduii...Lagi satu, aku nak variasikan perspektif lukisan aku dari angle yang pelik-pelik sket. Baru la ada gaya kareografi ala-ala John Woo ngan The Matrix dan komik Ma Wing Sing, GTO, Slam Dunk, City Hunter dll.... Takpe, buat slow-slow dulu. Nanti aku letak hasil lukisan aku dalam ni utk korang nilaikan, okey? Satu hari nanti, aku harap cita-cita aku nak keluarkan komik setahun sekali dan laku giler cam artis-artis Jepun dan Amerika tu menjadik. Apa-apa pun, kena la start belajor dari sekarang. Kalau asyik berangan je, takkan kemana punye...

Ni adalah petikan dari majalah Personal Money bulan Feb keluaran #6, kat section simple life yang banyak cakap pasal "Personal Mission Statement". Petikannya berbunyi :

"Once you know what your life mission is, it will be fairly easy to come up with a plan to achieve your goals. Make sure that you put your plan into action. Many people fail to attain their goals not because they do not plan well, but because they fail to take the necessary steps required to ensure their plan's success. It takes discipline, consistency and perseverance."

Monday <January 28 , 2002>
Ade interbiu dengan sponsor. Die panggey 6 orang serentak....Lepas interbiu tu, aku rase malu dan tak sedap duduk, sebab aku rase aku yang paling beria dan hyper mase interbiu tu....Kalau dengan bebudak lain, tukang interbiu tu siap tanya bertubi-tubi sampai member aku yang kena interbiu tu cuak. Tapi, bile kena time aku lak, sampai cam aku rase cam aku ni salesman nak jual barang kat diorang. Siap diorang menganguk-angguk dan kata "Ya...betul tu!!" bile aku explain. Dan yang sorang tu kata "Fuh..berapi.." Anyway, ape-ape hal pun, aku dah decide dah. Kalau diorang panggil aku kerje ngan diorang, aku akan pergi. Kalau tak, aku akan stick ngan kampeni aku yang sekarang ni dan aku mesti berusaha untuk capai target aku dan impian aku untuk jadi famous kat dunia by umur aku 35. Insya-Allah.
Friday <January 25 , 2002>

Aku bengang betul hari ni sebab CD yang aku beli kat Speedy kat Mines cam hampes. Dah le original, mahal lak tu. Harga dalam RM32. Tajuk die ialah The Thirteenth Floor. Aku beli CD tu sebab nak naikkan semangat beria aku mase buat kerje kat opis, sebab CD tu punye cerita pasal virtual reality dan simulator. Part rosak die ialah mase dalam CD 1 start dari minit 30 sampai abis. Berkarat dan korup abis. WAAAA................ :( :( :( :(

Lagi satu CD ori yang aku beli ialah CD Stephen Chow Sing Chi yang lama yang tajuk die Fight Back To School. Bukannya ape, sebab cam record dari TV je. Subtitle tak terang langsung. Dah le warna putih tulisan die, pas tu background pun banyak yg warna putih. Tak clear abis aaaaa .....Yang clear pun, ade le dalam 10% dari citer tu... Aduii, tensen aku ngan CD original nih... Sebenarnye, sebelum ni pon, aku dah pernah kena tensen cam ni ngan CD ori. Dulu aku ade beli CD Chow Sing Chi gak tajuk King Of Beggars. CD 2 die komp aku tak leh baca. Kosong abis. Bile Aika bukak kat Linux, baru dapat nengok...Hampessss...hampesss.....hampess... :< :< :< :<

Thursday <January 24 , 2002>
Ajar dua orang adik-adik dari UM yang praktikal kat tempat aku pasal OpenGL. Nama diorang ni ialah Fina dan Mariat. Aku rase diorang pun tak tau aku letak nama diorg dalam site aku dan aku ade website sendiri...hehehe. Anyway, lepas ni kena la aku updatekan dan rajin buat tutorial OpenGL dalam site aku supaya, next time sebelum aku ajar OpenGL kat orang, aku akan suruh diorang belajar kat site aku dulu...Kalau tak paham, baru refer kat aku...Baru efisien sket..Boleh la aku jadi cam Nehe tu...


This website is hosted for free by free website - Webs.com. Get your own Free Website now!