GAMES
 
INTRO DARI AKU...
Hai kengkawan...Page ni aku dedicate khas untuk games yang aku dapat habiskan. Aku ni bukannye kaki games, tapi kalau ade games yang orang asyik 'bising-bising' maka terpaksalah aku beli dan main. Dan masa yang aku habiskan untuk menghabiskan games ni punyelah lama. Tu le sebab aku appreciate sesangat. Erm..nanti kalau ade bende yang menarik aku update le sikit demi sikit, okeh?
THE LONGEST JOURNEY
Ini game yang terbaru aku habiskan. Jenis adventure atau jalan-jalan hujung minggu. Cerite die pasal sorang awek yang kompius pasal dunia di sekeliling die, sekompius Neo dalam The Matrix. Involve dalam pengembaraan antara dunia bermotifkan sains iaitu Stark dan dunia bermotifkan magik iaitu Arcadia. Klik sini untuk official website die.
DEUS EX
Game ni adalah game RPG(Role Playing Games) yang dimainkan stail FPS(First Person Shooter). Mengisarkan pasal konspirasi antara seorang special agent ni dengan ejensi yang hired die. Penuh dengan jalan cerita yang menarik dan puzzle yang sempoi-sempoi bahasa. Klik sini untuk official website die.
GRIM FANDANGO
Okeh, ni pon game jenis adventure gak. Nama hero die ni ialah Manny Calavera, iaitu seorang pencabut nyawa a.k.a Grim Reaper. Die perasan ade satu konspirasi dalam dunia die iaitu tempat persinggahan orang yang dah mati. So, hero kite ni cubalah nak solvekan. Game yang penuh dengan lawak dan adegan yang tak kering gusi. Klik sini untuk official website die.
THIEF 2
Game ni jenis FPS yang saspen, sunyi, suram dan gelap gulita. Lagi sikit korang bunuh musuh, lagi sempoilah korang. Kerje korang ialah mencurik dan itu adalah profesion korang. Tapi ade yang lagi jahat dari korang dalam game ni, dan koranglah yang kena hancurkan diorang dengan skill mencurik korang. Klik sini untuk official website die.
HALF-LIFE
Ini game yang orang boleh katakan klasik gak aaaa sebab die gabungkan konsep FPS dengan storyline yang menarik. Pasal sorang mamat yang bernama Gordon Freeman yang baru nak kerje kat Black Mesa tapi mase first day je dah buat silap sampai semua aliens yang tah hapa-hapa ambush tempat tu. Yang paling malang, semua yang ade kat tempat tu mesti diterminatekan oleh sekumpulan askar elite. Klik sini untuk official website die. Klik sini untuk official website die.
RESIDENT EVIL 2
Ni adalah game yang first aku main sampai habis dan game ni le yang membuatkan aku terjebak dalam arena game adventure. Game ni memang berjaya membuatkan aku rase ngeri dan cuak. Bayangkan le aku sambil tertidur pon boleh bermimpi tengah main game nih. Citer die pasal sorang polis yang baru datang bernama Leon yang baru je nak mendaftar untuk berkhidmat kat Raccoon City. Tapi bukannya geng polis yang tengah menunggu die, tapi geng zombies. Klik sini untuk official website die.
 

This website is hosted for free by free website - Webs.com. Get your own Free Website now!