HOME
PENGUMUMAN

TOK MUDA DAN EJONN KAWIN. KENDURI PADA 31 MAC 2002. IYAHOOOOOO!!!!!!! MAKAN NASI MINYAK!!!
Pesanan khas utk Tok Muda : "Tok, bekalan Tongkat Ali dah cukup ke belum? mueheheheehehehehe :D"

Saturday <March 16, 2002>

KES RABA

Lepas nengok Thirteen Ghosts, aku tertengok kat satu signboard kat Mines. Rupe-rupenye ada ekspo "Malaysia International Pet Expo 2002" dekat Convention Centre kat Mines Resort City. Aku pun beli tiket orang dewasa harge RM5 dan terus masuk. Harap-harap dapat nengok binatang pelik-pelik cam bewak geriyang ke, anakonda ke, tenggiling ke, buaya sungai nil ke dan lelain yang pelik. Masuk-masuk je, tengok banyak kucing comel-comel dan kiut-kiut dalam sangkar.Geramnye aku....geram, aku sungguh geram..geram..geram...hehehe.

Tetiba, ade sesuatu yang berlaku yang menangkap perhatian aku. Aku pun pergi ke arah orang ramai yang berpusu-pusu tu. Dalam kesesakan orang ramai tu, aku telah berjaya menyentuh, memegang, meraba dan membelai kulit seekor ular sawa burma jenis albino. Kulit die warna campuran putih dan kuning. Mata die warna merah cam mata tikus makmal. Lama jugak aku sentuh ular tu, ade le dalam 10 minit. Kepala, tengkuk, badan semua aku raba. Sebenarnye, aku takut jugak, manatau kalau ular tu naik sheikh ke, kang terus die tokak tangan aku tanpa warning. Panjang die dalam 5 kaki. Muka manja dan kiut jer...Mase aku pegang badan die, rase cam kering je walaupun nampak cam basah. Ade rase cam pegang tayar basikal. Itu je le binatang yang pada aku pelik. Yang banyak depa tunjuk bintang cam kucing, ikan, burung, kambing bebiri, dan yang sekutu dengan depa.

Moral : Kalau nak meraba, biar bertempat.

Friday <March 15, 2002>
Hmmmm..... camna nak start yek? Oh yer.... firstly, terima kasih kat memember semua sebab sudi lawat site vrem nih. Dan, sebab lama tak updet, ramai gak yang tanye, apesal tak updet-updet. Sekarang ni, vrem tengah kursus dan kena tinggal kat hostel. Komputer vrem, vrem tinggalkan kat rumah. So, memang jauh panggang dari api la, vrem dengan komputer sekarang. Kena tunggu abis kursus nanti, baru vrem akan rajin updet site nih. Anyway, vrem ucap terima kasih lagi sekali kepada kengkawan sebab beri sokongan untuk vrem. WA CAYA CAMA LUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday <March 13, 2002>

TRAGEDI OTROMEN

Aku sekarang ni tengah jalani kursus kat tempat kerja baru aku. Kursus ni ialah untuk eksekutif muda dan dalam kursus ni banyak diajar pasal etika dan imej profesional sebagai latihan untuk masuk ke alam korporat. Kira kene pakai tie, baju kemeja panjang tug-in dan lelain la. Satu program dalam kursus ni ialah mentor-mentee. Lebey kurang cam penjaga-dijaga la...Mentor ngan mentee kena selalu hantar message dalam bentuk surat atau note kecik. Yang thrillnya, mentor tahu sapa mentee, tapi mentee tak tahu sape mentor atau penjaga diorang.

Hari ni, dalam message yang mentor aku kasik kat aku, die masukkan sekali satu patung otromen. Kecik dan cute jer, ala yang cam patung yang korang dapat masa beli Kum-Kum ke, Ding-Dang ke, Mamee ke, yang gitu-gitu la...yang besar die dua jari korang. Aku serunut la, sebab orang bagi hadiah kat aku kan..Lepas aku belek lama-lama patung otromen tu sambil tersenyum lebar, aku pun masukkan la patung otromen tu dalam kocek baju aku. Aku pun tengok jam...Eh, dah masuk Zuhur..kena gi surau nih...Maka aku pun gi surau....

Sampai kat surau, aku lewat sket..so, lepas habis jemaah pertama, aku pon semayang. Kat sebelah aku, ade la boss besar, eksekutif-eksekutif yang senior dan orang-orang veteran yang semayang sekali. Ade jugak orang yang dah abis semayang, lalu lalang depan aku. Aku dah concentrate dah mase rakaat pertama dan bila aku rukuk je, tetiba....Plop!! Patung otromen tu terkeluar dari kocek baju aku. Aduiiii laaaa....korang bayangkan la, betapa cuaknya aku dan tak khusyuknya aku, sambil berfikir camno aku nak nyurukkan patung otromen tu, sebelum orang kat dalam surau tu sedar, especially yg duk sebelah aku.

Malu siottt.......... mueheheeehhee.....

Kepada mentor aku, lain kali jangan bagi patung otomen yang kecik-kecik, kasi yang besar-besar terus, so aku tak le letak dalam kocek baju, mesti aku letak dalam poket seluar punye..baru tak jatuh.....hihhiihihihih..Anyway, thank you very much..I really appreciate it.... :)

Moral : Pastikan otromen anda di tempat yang betul.

Thursday <March 7 , 2002>

LAYAN PERASAAN

Satu penyakit aku buat mase sekarang kan yang kalau boleh aku nak buang 100% ialah, aku ni selalu rase cam tak berguna especially bila.....orang kat keliling aku sembang pasal pompuan atau awek diorang. Lelagi bile yang aku nengok, cam memember lelaki aku banyak yang ade secret admire le, peminat la dll... Aku rase cam hampeh je sebab aku tak pernah berkapel dan pempuan memang tak akan minat kat aku sebab ramai lagi lelaki hensem lain dalam dunia ni. Aku ni rendah, muka brutal + ganas, tak hensem lak tu, so, memang probability aku nak tackle perempuan dan dapat ialah 0.0000000001. Asyik kena reject memanjang. Aku selalu kata kat diri aku, "Kalau pompuan tu dah tengok engkau first time pon tak minat, toksah nak mengorat la. Baik jadi setan dari mengorat tapi tak dapat". Entahlah, mungkin aku ni takde penarik dan penyeri kut. Maybe kena mandi bunga kalau ikut stail orang kampung. Aku rase yang hidup aku hanyalah untuk buat kerje dan buat duit je semata-mata, bukannya untuk menjadi seorang yang menyintai dan dicintai. Aku adalah zombie. Aku rase cam watak komik yang hidup sendirian je, ala-ala Pendekar Laut.... Hidup untuk berjaya dari segi material, dan bukan dari segi jiwa..... Aku sepatutnya hidup tanpa perasaan.

"I AM A SOULLESS MAN" - v r e m p i r e

Moral : Jangan layan perasaan, tapi layanlah MAAA.......MEEEEEEE.....................

Saturday <March 2 , 2002>

HUHA DI GENTING

Aku dengan geng ofis lama aku pergi kampeni trip ke Genting. Tidur kat sana semalam kat Awana Hotel. Fuhhhh.... penat badan enjoy. Memang lenguh aaa urat-urat badan aku nih. Antara aktiviti yang besh ialah cam berendam dalam kolam air panas tu.... Hehehe. Lama je aku lepak dalam tu,. Memula memang aa paneh, lelama cam tarapapa je... Selain dari tu, aku merembat gak main kat Theme Park Genting yang Outdoor tu. Aku suka bende yang angkut kita naik menegak secara laju...dari bawah..Zooommmmmmmmmm...... sampailah ke ketinggian cam bangunan 10 tingkat (aku rase la). Kalau ikut description, die kata yang bende ni akan bawa kita ke ketinggian 185 kaki dari tanah dalam mase kurang dari 2 saat dengan kelajuan 56 km sejam. Sampai kat atas, boleh nampak sekeliling Genting tu. Tertinggal sekejap jiwa kat bawah, sebab bende tu bergerak laju gile dari bawah naik ke atas sekali. Aku lupa nama bende tu, ade bunyi Shot-shot sket. Ade orang yang cuak tengok orang lain naik, siap undur diri lagi....

Ape-ape pun, memang enjoyable la dua hari tu. Pada aku, trip ni cam majlis farewell aku la, kununnye. Punye le meriah farewell, sampai buat dua hari, satu malam, kat Genting lak tu....Hehehhe.... Terharu sungguh aku. Kepada kengkawan opis lama aku, aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab melayan aku dengan baik semasa aku ade kat kampeni tu... I Miss U All.

Friday <March 1 , 2002>

KERJE BARU DI ALAM BARU

Secara officialnye, hari ni aku gi daftarlah diri aku kat kampeni baru aku. Aku sebenarnye dah cayang dan suka kat kampeni aku yang sebelum ni, tapi apakan daya, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksalah aku memulakan hidup baru aku kat kampeni baru yang berlainan 100% daripada apa yang aku buat dan minat sebelum ni. Boss aku faham dengan situasi aku dan itu yang menyebabkan aku respek boss aku. Nampaknye, terpaksalah aku bai-bai kat alam virtual reality dan graphics technology....Anyway, aku tau jiwa aku tetap jiwa graphics, so aku cuma bai-bai dengan karier aje, tapi aku akan tetap involve as a hobby. Erm...aku pun ade plan aku sendiri....Ape-ape pon, buat mase ni, aku cuma just wait-n-see dan think positif. Mungkin dah ditakdirkan rezeki aku kat sana. Manusia cuma merancang, tapi Tuhan yang menentukan semuanya.

Bye-bye vrempire, here comes vrempire ver. 2.0.

Monday <Februari 18, 2002>

DIKEJAR DINASOUR

Mase time lunch hari ni, boss kitorang bawak kitorang semua gi The Summit yang kat Subang USJ tu. Die nak belanje kitorang semua naik simulator ride yang guna motion-platform kat situ. Bende tu ada sempena roadshow "Myths & Legends - A Quest into Gruesome Ancient Times" yang start sejak tahun lepas lagi, 28 Nov 2001 sampeilah 31 May 2002. Sorang kena RM8.00.

Mase naik tu, memang bergoyang-goyang la kerusi die dan gambar die lawa jugak la. Die buat cam kununnya, kita ni dalam Jurassic Park tu la. Kena kejar ngan T-Rex, terjatuh dalam gaung, menyusur lava gunung berapi, dan lelain yang ala Indiana Jones. Anyway, kalau korang tanya komen aku pasal simulator ride ni, yang paling besh aku pernah rase, dan paling real, ialah yang dekat Sunway Pyramid, yang kat Sega Planet tu. Nama simulator ride tu, kalau tak silap aku ialah Aquaride. Yang tu memang lagi real, sebab die bagi spek 3D. Memang nampak timbul betul-betul. Aku siap menjerit-jerit lagi.
Yang simulator ride lain, aku tak menjerit sebab diorang tak bagi spek 3D, so, memang still nampak tak real, sebab cam tengok wayang kat front seat. Tapi yang Aquaride ni, siap tangan aku cuba gapai robot yang bergerak ke arah aku. Memang aku dapat rase bende tu timbul. Senang kata, Aquaride ni le antara objek yang menginspirasikan aku untuk involve dalam dunia VR secara serius selain filem The Matrix.

Moral : Boss aku beshhh....


This website is hosted for free by Freewebs.com - free website. Get your own Free Website now!