Bahan – bahan yang dipamerkan
adalah diselenggarakan oleh Panitia Muzik AJK Projek Laman Budaya juga
mempamerkan alat-alat muzik tradisional yang terdapat di sekolah
kita.contohnya gong ,kompang dan lain lain lagi Pemilihan bahan dibuat
berdasarkan Keaslian,keunikan dan nilai sejarah yang terdapat pada sesuatu
bahan, walaupun begitu terdapat juga bahan - bahan yang dipamerkan adalah
bahan-bahan yang agak moden.
Selaras dengan objektif Laman
Budaya agar bahan-bahan yang dipamerkan Dapat digunakan sebagai Bahan
bantu Mengajar semasa P&P. Bahan-bahan yang dipamerkan akan sentiasa
ditambah dan ditukar agar pelajar-pelajar dapat lebih banyak pengetahuan
mengenainya.
Untuk menjaga keselamatan
alatan yang dipamerkan Pihak Pengurusan PSS mensyaratkan beberapa langkah
yang patut di patuhi :
Setiap murid yang hendak mengunjungi Laman Budaya mestilah Ditemani oleh
Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang bertugas. Masa lawatan adalah seperti
di bawah :
10.00 pagi - 10.20 pagi
10.30 pagi – 10.50 Pagi
3.20 petang - 3.50 petang
4.00 petang - 4.20 petang
Kelas berhak melawat Laman Budaya bila-bila masa dengan bimbingan
guru.Pihak Pengurusan amat menggalakkan Lawatan secara kelas dan Laman
Budaya ini boleh digunakan dalam aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.
Pihak pengurusan PSS amat mengalu-alukan Warga SKPI dan Para pengunjung
agar dapat mengunjungi Laman Budaya ini adalah salah satu Tarikan yang
istimewa di SKPI
Antara aktiviti-aktiviti yang
disarankan adalah :
Sesi Lawatan
Kuiz oleh Panitia,kelas dan lain-lain
Penyediaan Bahan Bantu Mengajar
Penyediaan Pentas Bercerita