assalamualaikum.
Saudara2 sekelian, Dalam mana2 perguruan persilatan, amalan2 kebatinan tidak akan ditinggalkan. Selain dari penggunaan objek2 yang dianggap ada nilai perubatan, zikir (zikrullah)tidak terkecuali. Setiap amalan silat biasanya disertai dengan zikrullah. Ramai yang masih keliru dengan keadaan ini. Hinggakan tidak sedikit yang menjauhi silat kerana bimbang adanya unsur syirik dan bidaah. Bahkan, ada yang kaitkan jin(dan bangsanya) dengan unsur kebatinan silat!
Seorang ulama' memberitahu, Allah SWT hendak menyempurnakan nikmat2Nya yang besar kepada hamba2Nya yg berhubung dgn dunia dan akhirat, maka Ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan mereka dua keistimewaan: Doa dan Da'wah. segala hajat yang dipohonkan pada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan doa dan segenap perintah Khaliq disampaikan pd makhluk2 Nya dinamakan da'wah.
AllahSWT berfirman yang maksudnya:"Maka ingatlah Allah saat berdiri, duduk dan berbaring"(An Nisa':103) . Dalam pada itu,NabiSAW bersabda ,"Mahukah kamu aku beritahu amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu(AllahSWT) dan dapat meninggikan darjatmu,serta lebih baik bagimu dari bersedekah emas dan perak, dan mengalahkan musuhmu di gelanggang pertempuran?" Para Sahabat R,A menjawab "Tentu sahaja ya Rasulullah!" Baginda SAW menjawab," Yang terbaik dari semua itu ialah zikrullah". Sebahagian orang arif pula berkata:" Zikir adalah rukun tariqat, kunci hakikat, senjata murid, dan pancaran sinar kewalian."
Jadi, cukuplah dengan firman Raja segala Raja SWT, Khatamun Nabiyyin SAW, dan Ulama'2 Rah. yang membuka kelebihan zikrullah. Para Ulama' semasa tiba ke tanah Melayu (jika tidak silap, tabi'in) sama ada Indonesia dan Brunei, berda'wah dengan hikmah. Dari persilatan, kepada permainan2 tradisi yang lain, diselitkan dengan unsur2 agama. dengan kata lain, seni silat telah dijadikan salah satu wasilah untuk sampaikan Islam pada umat!
Banyak doa yang diwariskan oleh Baginda SAW kepada umat. Fadhilat nama2 Allah swt sangat banyak. Sahabat Abu Hurairah RA berkata, Rasullullah SAW bersabda;"Barangsiapa yang membaca nya 1000kali setiap hari(zikir = 'Allah'), nescaya ia akan mencapai hakikat yakin dan barangsiapa yang membacanya 200kali pada pagi jumaat, nescaya akan tercapai segala hajatnya." atau "Barangsiapa yang membaca (alMuntaqimu=Maha Pembalas) sebanyak-banyaknya, nescaya Allah akan mengalahkan musuh2nya,"
Bahkan, doa sembuh demam ,"Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Tinggi dari kejahatan demam dan dari kejahatan kepanasan hati". Tidaklah menghairankan, bagi si jahil, do'a (penangkal) luka yang diajar Rasulullah SAW dianggap asing! "Dengan nama Allah, tanah bumi kami, ludah setengah kami, disembuhkan dengan dia, orang sakit kami dengan izin Tuhan kami."
Alhamdulillah,ada zikir untuk 'keras'kan (lebih kpd tahan sakit) tulang keting semasa bertempur. Juga zikir untuk kuatkan persendian, zikir untuk hilangkan bengkak dan menghentikan pergerakan musuh. Juga untuk tahan darah dari membuak-buak. yang jelas, semuanya dengan izin Allah. Seperti peristiwa Rasulullah saw 'ghaib' semasa rumahnya dikepung musuh, atau peristiwa Nabi Sulaiman a.s dengan angin sebagai kenderaannya dan Zulkarnain a.s dengan kekuasaannya, hanya yang mendapat karamah dr Allah memperolehinya. seorang ustaz menjelaskan, 'Ilmu seperah angin' itu dicedok dr Nabi Sulaiman a.s dan 'Ilmu lipat bumi' dr Iskandar Zulkarnain a.s. Bagi seorang yg berlatar belakang 'kekampungan', tidak menjadi satu kehairanan apb mendengar zikir2 ini. Tapi bagi seorang yang 'merasakan' dirinya orang akedemik, biasanya menolak fakta ini dgn sebab tidak logik! yakinlah! bahawa Ali k.w berkata, "kalau Islam itu terdiri dr logik, pasti ku sapu khuf ku di tapak, bukan di atas seperti yg RasulSAW ajar"
Kerana itu, setiap guru silat akan mengajar do'a2 ini untuk kebaikan murid2nya. Seperti yang dinyatakan dahulu, maksud hidup hanya semata-mata untuk amal agama yang sempurna. untuk amal itulah memerlukan hakikat iman . Nabi SAW memberitahu pelbagai wasilah untuk capai maksud itu. Para sufi melalui a'malan Tariqat dengan panduan mursyid. Para Da'ie dengan Da'wah Illallah, atau dengan Mujahadah ke jalan Nya.
Kerana itu, sangatlah dianjurkan untuk mengamalkan zikrullah ini untuk kebaikan diri dan taqarrub dengan Zat Yang Maha Mulia. Seandainya kita berpeluang berjumpa dengan guru2 tua, mintalah diajar zikrullah dan ilmu2 perubatan sufi. kerana saya tidaklah layak untuk berbicara tentang sufi(zikir dan amalan kebatinan) lebih dari kemampuan yang ada. Diharapkan apa yang ditatap menambah lagi yakin kita pada Islam, menambah pemahaman kita tentang zikir dalam Silat dan memberi keghairahan pada kita semua untuk mengamalkan apa yang diwariskan oleh guru agung kita, Rasul Muhammad SAW!