SaudagarForex.com

Mencari Rezeki Yang Halal Itu Wajib


Menjadi Saudagar Forex Bertaqwa

             AddThis Social Bookmark Button
Assalamualaikum,

Seperti yang telah diajar oleh junjungan mulia Rasulullah SAW, sembilan per sepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan.

Forex merupakan satu daripada cabang perniagaan yang boleh diceburi dan yakinlah perniagaan forex ini adalah HALAL! Namun begitu ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh TRADER  supaya tidak terjerumus dalam perniagaan RIBA'.

 

Google

 


Chart EURUSD(M30)    Chart EURUSD(M30)

SYARAT-SYARAT FOREX YANG DIBENARKAN

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang dari hadis :'

ÇáÐåÈ ÈÇáÐåÈ , æÇáÝÖÉ ÈÇáÝÖÉ , æÇáÈÑ ÈÇáÈÑ , æÇáÔÚíÑ ÈÇáÔÚíÑ , æÇáÊãÑ ÈÇáÊãÑ , æÇáãáÍ ÈÇáãáÍ , ãËáÇð ÈãËá , ÓæÇÁ ÈÓæÇÁ , íÏÇð ÈíÏ , ÝÅÐÇ ÇÎÊáÝÊ åÐå ÇáÃÕäÇÝ ÝÈíÚæÇ ßíÝ ÔÆÊã

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai"  ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .



FOREX dalam matawang yang  tidak menjaga syarat ini akan menjadi Riba Nasiah. Ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' ( nilai masa hadapan) yang mempunyai tergolong dalam Riba Nasiah. Forex yang menggunakan nilai ‘Forward' ini sememangnya diketahui mampu menghasilkan untung yang lebih berbanding spot dalam kebanyakan keadaan jika tepat penggunaannya.

Mestilah terdapat serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama.



Best Malaysian Sites
Malaysia Top Websites


Search Engine Optimization and SEO Tools
Listed on: Free Top Site URL Inclusion Directory

Create a free website at Webs.com