SaudagarForex.com

Mencari Rezeki Yang Halal Itu Wajib

Asal Usul Forex

Tajuk-tajuk Utama
  • Maksud pasaran
  • Gambaran Sejarah
  • Apa itu Bursa?
  • Bagaimana Bursa Dikendalikan?
  • Pasaran Kewangan
  • Komponen Pasaran Kewangan
  • Jenis-jenis Pasaran Kewangan Dunia
    • Contoh-contoh Pasaran Kewangan Dunia
  • Penyumbang Pasaran Kewangan
  • Instrumen Kewangan

Maksud Pasaran

Istilah pasaran membawa maksud tempat di mana seseorang membuat pembelian atau penjualan pelbagai keperluan samada bentuk barangan atau perkhidmatan.

Menurut takrifan ekonomi, pasaran bermaksud, sekumpulan pembeli dan penjual dengan rela membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan tertentu.



Gambaran Sejarah

Perkataan BOURSA bermula sejak zaman keluarga VAN DER BURSEN, yang bekerja dengan sebuah sektor perbankan di dalam hotel mereka di bandar BRUGES. Ia merupakan tempat pedagang-pedagang tempatan bertemu untuk berjual-beli dalam abad ke 15, yang kemudiannya menjadi simbol kapital dan barangan yang digelar bursa.

Dalam tahun 1592, senarai harga untuk instrumen yang didagangkan diwartakan untuk kali pertama di ANVERS.
Di Amerika Syarikat, bursa bermula ketika pertengahan abad ke 14 di Wall Street, New York.


Apa Itu Bursa?

Bursa ialah tempat untuk berjual-beli (pertukaran). Anda boleh tukar-menukar apa-apa sahaja seperti; beras, kopi, jagung dan sebagainya, barangan mentah (minyak, kapas dll), instrumen kewangan (stok, bon, liabiliti dll), matawang (dollar, euro, yen dll), atau apa-apa sahaja yang boleh dijual-beli.

Ke atas


Bagaimana Bursa Dikendalikan?


Pada prinsipnya, bursa ialah menemukan penjual & pembeli, tanpa mengenali antara satu sama lain atau perlu bersemuka dengan individu tersebut. Pembeli boleh jadi seorang pedagang atau pelabur profesional, manakala pembeli boleh jadi orang biasa.

Pa
saran dipengaruhi oleh jumlah pembeli (Keperluan) dan bilangan penjual (Bekalan).
Perhubungan antara keduanya membawa kepada HARGA yang boleh berubah beberapa kali dalam seminit.

Contohnya: Apabila BEKALAN lebih tinggi daripada KEPERLUAN, harga akan turun menurut gerakbalas tekanan pasaran dan sebaliknya.



Pasaran Kewangan

Sejak kebelakangan ini, pasaran kewangan telah mendapat banyak perhatian seluruh dunia, kerana peranan penting yang dimainkan oleh pasaran ini dalam mengumpulkan wang ekonomi dan mengarahkannya kepada pelbagai jenis pelaburan yang menyokong pengembangan ekonomi negara secara keseluruhannya dan kekayaan individu di dalamnya.

Pasaran Kewangan dikenali sebagai suatu sistem di mana KEPERLUAN dan BEKALAN bagi produk tertentu bertemu.Dalam sistem inilah pelabur dapat membeli dan menjual pelbagai instrumen kewangan melalui firma broker dan syarikat yang mengendalikan perniagaan itu. Dengan evolusi teknologi telekomunikasi dan internet sekarang, kita tidak perlu lagi pergi ke pusat pasaran. Sesiapa sahaja boleh menjual-beli instrumen kewangan melalui syarikat-syarikat broker seluruh dunia.

Ke Atas


Komponen Pasaran Kewangan
  1. Pasaran wang (yang dimainkan oleh sistem perbankan dalam negara-negara dunia)
  2. Pasaran modal (merangkumi bank-bank pelaburan dan syarikat-syarikat insurans)
  3. Tukaran (termasuk instrumen kewangan seperti stok dan bon-bon yang boleh diniagakan. Ia dikeluarkan oleh syarikat, bank, kerajaan dan badan-badan lain)


Jenis-jenis Pasaran Kewangan Dunia
  1. Pasaran Spot - proses membeli dan menerima dilakukan sertamerta, supaya pembeli memiliki instrumen yang dibelinya sekaligus.
  2. Pasaran Hadapan - proses membeli dan menerima dilakukan selepas suatu sela masa tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual.
  3. Pasaran 'Option' - pembeli mempunyai hak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk meneruskan proses ini atau tidak, selepas suatu tempoh ditetapkan.
       Contoh Pasaran Kewangan Dunia
       CBOT: Chicago Board of Trade
       NYMEX: New York Merchantile Exchance
       NYBOT: New York Board of Trade
       CME: Chicago Merchantile Exchange


Penyumbang-penyumbang Pasaran Kewangan
  1. Bank-bank Pusat
  2. Bank-bank Komersial
  3. Institusi-institusi Kewangan
  4. Pedagang-pedagang yang ingin membiayai projek mereka
  5. Pedagang persendirian - pelabur jangka panjang & spekulator yang mengaut keuntungan jangka pendek daripada pergerakan pasaran.


Instrumen Kewangan
  1. Instrumen Spot - Tukaran Matawang (FOREX) & Bullion
  2. Instrumen Hadapan
  3. Instrumen Pilihan (Options)
Ke atas 

FOREX





Create a free website at Webs.com