My Ride Page

Proton Enthusiasts


WELCOMES!

Selamat datang saya ucapkan kepada semua tetamu yang sudi mengunjungi laman My Ride. Laman ini telah dibina oleh saya berdasarkan minat saya yang mendalam pada arena permotoran, lebih-lebih lagi terhadap model kereta Proton Saga. Laman ini lebih bersifat kepada laman peribadi, walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak minat saya ini bersama anda semua...jadi, anda bolehlah mengakses kesemua page didalam laman My Ride saya ini. Anda juga boleh menggunakan Yahoo Messengger untuk berhubung terus secara online dengan saya atau anda boleh menghantar Emel terus kepada saya jika ada apa-apa pertanyaan, komen, atau sebagainya yang dapat membantu saya untuk terus menaik taraf laman My Ride saya ini. Sekali lagi saya ucapkan, Terima Kasih kerana terus menyokong minat saya ini. Jangan lupa, tinggalkan signature anda didalam Guest Book. Berikan star rating yang terbaik dari anda untuk laman web ini atau boleh klik ikon 'thumbs-up' pada kanan atas browser bar.

 

Proudly Present

Tahun 1985, satu sejarah baru telah termaktub didalam catatan pembangunan negara apabila Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional buatan tempatan. Seluruh negara merasa gah dengan pencapaian baru rakyat Malaysia yang pada masa itu rata-rata mereka memiliki Toyota, Nissan, Mitsubishi dan model-model kereta buatan Jepun yang lain. Proton, Perusahaan Otomotif Nasional, telah dibangunkan dengan pengeluaran model sulungnya, Proton Saga. Satu kereta yang diolah dari model asal Mitsubishi Lancer Fiore, adalah satu titik mula usahasama antara Protondan Mitsubishi Motor Corporation, MMC Jepun. Dengan harga yang berpatutan, kereta pertama negara yang dilancarkan pada masa itu dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Dr. Mahathir Mohamad, mendapat sambutan yang begitu hangat dari masyarakat di Malaysia.

Enjin yang dikeluarkan dari dua siri 1300cc dan 1500cc itu mencapai jualan yang amat menggalakkan. Dikeluarkan dari dua jenis potongan cesi Sedan dan Aeroback (Knight). Kini, setelah lebih dari 20 tahun

dikeluarkan, model asas saga ini telah menjalani begitu banyak perubahan dan peningkatan. Dari model berasaskan enjin Orion buatan MMC,        bertukar kepada Enjin

Magma pada 1987 dan dipertingkatkan lagi kepada Magma Megavalve 12 yang lebih berkeupayaan tinggi. Bertulangkan cesi Saga, model ini mendapat perubahan awalnya kepada model Iswara yang lebih cantik dan menawan. Kini cesi Saga ini masih terus utuh dengan pengeluaran model LMST yang lebih aerodinamik. Model ini terus mendapat sambutan sehingga kini.

Update:23 April 2008. Kini Saga telahpun melangkau satu lagi tapak kehadapan. Dengan nama Saga, Proton telahpun mengeluarkan model Base Line Saga generasi baru yang 100% berbeza daripada ruba bentuk 'kekotakkan' yang diwarisi sejak zaman berzaman daripada model Lancer Fiore. Kini nama baru Saga dikeluarkan dengan model yang lebih aerodinamik, berbadan lebih 'bulat' dan bercirikan citarasa terkini. Dikenali dengan nama Saga BLM, model ini mendapat sambutan menggalakkan dengan pengeluaran mencecah 8000 unit sebulan. Rata rata kelab Saga dan Iswara yang banyak bertapak didalam negara sejak dahulu menerima baik kehadiran model baru ini kedalam keahlian kelab mereka, ini kerana model ini masih lagi mengekalkan nama 'Saga'.




Permulaan Baru

Itu adalah sedikit sebanyak pengetahuan saya berkenaan model Proton Saga ini. Sebenarnya, saya begitu berminat dengan model Saga ini semenjak saya mula bekerja. Rakan-rakan yang menggunakan model Saga dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian kepada tahap prestasi enjin dan rupa luaran, membuatkan saya jatuh cinta pada kereta ini pada tahun 1998. Setelah sekian lama saya berjinak-jinak dengan motorsikal yang hanya mampu dimiliki ketika itu, saya mula mengorak langkah untuk mencari model Saga ini untuk dijadikan kereta pertama yang saya miliki. Akhirnya, pada 2004 yang lalu, saya ditemukan kepada seorang rakan yang menawarkan keretanya yang telah lengkap dibuat facelift kepada model Lancer Fiore. Dengan senang hati bercampur gembira, saya telah membeli kereta tersebut dengan harga yang amat berpatutan. Kereta Saga ini adalah dari model Magma yang didaftarkan pada 1987 dengan no pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perubahan

Beberapa perubahan kecil, selepas saya mendapatkan kereta ini, perkara pertama yang diubah ialah rim. Saga ini diambil dengan rim 14' OZ Racing (2 PCD)buatan Itali yang cantik. Tetapi oleh kerana saya mengiginkan rim bersaiz 15, rim tersebut telah saya jual kepada seorang rakan yang memandu Proton Wira rim besi. Dan saya mendapatkan rim 15' JRD Proton Waja yang siap dikilatkan dengan harga yang sangat murah. Bunyinya agak lucu, kerana saya menjual rim yang cantik dan 'ori' dengan rim 'biasa' yang berat...Apa yang bermain difikiran saya ketika itu hanyalah rim 15'...dan saya menyarungkan tayar baru 195/50/15. Selepas itu saya memasang spoiler kecil dari model BMW E30 yang dibeli dari seorang rakan.

Enjin Asal

Proton Saga keluaran 1987 ini adalah dari model yang berenjinkan Magma 8Valve carburator 'butterfly type'. Sewaktu saya menjadi tuan baru kepada Saga ini, enjinnya telahpun ditukar kepada model Magma 12Valve carburator 'piston type' oleh pemilik lama. Jadi saya tak perlu bersusah payah nak menukar enjin kereta ini kepada enjin yang lebih berkuasa. Bagaimanapun, sedikit pengubahsuaian pada sistem enjin telah saya lakukan dengan penukaran extractor 4-2-1 dan bullet tengah dari jenis Matola Swirl. Sistem ekzos juga telah dinaik taraf dengan membuang sistem standard dan dipasang dengan muffler 'Jasma'. Juga sedikit penambahan pada sistem induction, seperti 'ACS' custom, kabel dan spark plug berprestasi tinggi dan pengubahsuaian pada distributor.

 

Selanjutnya? Klik disini...

Sila Beri Rating Anda

Sebarang komen? Sila berikan pendapat dan rating anda.

Status Laman My Ride

Anda adalah pengunjung yang ke:

              AddThis Social Bookmark Button             Lihat Status Page Ini

Wang! Wang! Wang!!

Ingin Berkahwin? Memerlukan Wang?
Satu inisiatif baru kepada penyelesaian masalah anda.
Klik disini untuk maklumat lanjut: http://www.maskahwin.com 
 
Anda berbelanja lebih dari RM50 untuk topup henpon pada setiap bulan...
tetapi apa yang anda dapat? Klik disini ini jika anda ingin tahu bagaimana
caranya untuk berbelanja topup hanya RM40 dan mendapat pulangan! 
OTELO2U.NET Your Internet Cash Generator

 

Google Public Services

Google 
Mencari sesuatu? Carilah menggunakan Google! (Open In Same Window)

Create a free website at Webs.com