Roti Pita (Erna) :


Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.
Kebab Daging
Sumbangan : Zunita Nasuha


Bahan-bahan
Daging batang pinang atau Ayam (Yang saya buat dalam lingkungan 300 g fillet ayam yang didadu)
3 ulas bawang putih
Sos tomato secukup rasa
Sos cili secukup rasa
Mayonis secukup rasa
Bawang merah, timun, tomato dipotong dadu ikut suka banyak mana
Bahan-bahan perap
(Digoreng dan ditumbuk/mesin)
1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih
Cara-caranya
1. Hiris daging nipis-nipis dan lebar-lebar.
2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama 2 jam atau lebih.
3. Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan panaskan hingga kering (seperti style nak membuat steak).
4. Setelah daging kering, potong daging tadi kecil-kecil.
5. Potong bawang merah, timun dan tomato .
6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis.
7. Sedia dimakan dengan roti.
Nah hasilnya... Roti Kebab Idaman



Bun Cokelat - Noormasri
Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
2 sudu besar serbuk koko
2 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
70g - 80 g gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air pandan - suam
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti
sket susu segar (1 sudu besar) utk sapuan atas roti
Cara membuat doh:
1.Campurkan tepung, serbuk koko, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
2. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air pandan dan telur.
3. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
4. Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic (walaupun doh ni agak melekit pd mulanya JGN tambah sebarang tepung)
5. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
6. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
7. Kemudian bahagikan doh tersbt kpd beberapa bahagian seberat 50-60g g setiap bahagian pastu bulat2kan..susun dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak atau disapu majerin jarak antara satu sama lain jgn terlampau jauh supaya bila kembang doh tu akan bercantum sesama sendiri
8. Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
9. Panaskan oven pd suhu 190-200’C, sapu roti dgn susu segar kemudian bakar selama 15-20 min atau sehingga keperangan
10. Angkat, sapu dgn mentega cair
11. Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)

Bun Telur @ Tuna~Biduri dr My Resipi
Bahan-bahan ( 14 biji )
250g tepung roti (strong white bread flour)
50g tepung biasa
1 biji telur
120cc susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
50g mentega
[bahan glaze]
1/2 biji telur
1 sudu besar air
Bazil (optional)
[Inti]
2 biji telur rebus
mayonis secukupnya
garam
serbuk lada putih
1/2 bawang besar

Bahannya, dari resepi rorupan utk breadmaker : ( menghasilkan 5 buku roti burger )
1 s/k dry yis(3 gm)
2 s/b gula
200 gm tepung
1 s/k garam
1 s/b tepung susu
20 gm butter
1/2 biji telur
95 ml air suam
Caranya:
Ikut langkah seperti menguli roti,...cuma masa nak bentuk tuh bahagi 5 bahagian sama byk dan bentuk macam pau tapi smooth atasnya ...tunggu la kembang sekali ganda...pastu spray ngan air kat atasnya dan taburkan bijan n then bakar pada suhu 200 darjah lebihkurang 20 minit rasanya


Roti Biasa:
Bahan-bahan :
250 g tepung roti
10 g butter
-( klu roti lembut lebihkan butter, ambil sukatan 15g) 2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung penuh krim (khas utk roti atau masakan lain)
1 sudu kecil garam
180 ml air
(jika gunakan air suam 180 ml dan air sejuk 170 ml)
1 sudu kecil yist
Cara:
Sukat semua bahan ikut pd arahan mesin (resepi di atas di ambil dari buku resepi yg di sertakan bersama breadmaker saya..). Pilih menu pd manual di mesin tersebut. Samada roti biasa atau lembut. Biasanya bread maker mempunyai pelbagai jenis roti dan ianya mempunyai sedikit perbezaan sukatan pd bahan.
Roti lembut (agak manis) :
Bahan-bahan :
250 g Tepung roti
25 g Butter
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu krim
3/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yist
180 ml air sejuk / 170 ml air suam
Caranya sama je... masukkan semua bahan dlm bread maker dan ikut pd arahan.
ROTI (guna Mesin Membuat Roti)
¾ cawan susu segar, dihangatkan (gunakan susu rendah lemak/susu soya)
6 camb mentega/marjerin, dibiar lembut (gunakan marjerin kerana ia tiada kolesterol)
1 biji telur, dipukul sedikit
3 cawan tepung roti/high protein flour
½ cawan gula kastor (boleh dikurangkan 1/4 cawan)
1 camt garam
1 ½ camt yis
Sukat bahan ke dalam mesin roti mengikut peraturan yg ditetapkan oleh pengeluar mesin tersebut. Pilih doh atau manual setting. Bila pusingan selesai, keluarkan doh dari mesin dan bentukkan mengikut kesukaan atau bungkus dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 24 jam. Jika disejukkan, biar selama 45 min sebelum digunakan.
Jika dibentuk bulat, letak di atas tin pembakar berlengser marjerin. Tutup dengan tuala lembab dan biar di tempat hangat selama 20 min atau hingga kembang 2x ganda. Bakar pada 205 C selama 15-20 min. Sapukan putih telur atau sebiji telur kemudian taburkan dengan oat, jika suka. Bila masak, sapu mentega atau marjerin di atasnya. Menghasilkan 20-24 roti “roll”.
Nota: Tambah biji bunga matahari (dlm adunan) atau tabur oat di atas roti supaya roti menjadi lebih berkhasiat. Boleh juga dikurangkan gula dan dimasukkan sedikit buah-buahan kering supaya rasa manisnya lebih "asli".
Tepung apakah yang paling sesuai digunakan dan perlukah tepung itu digoreng atau dijemur terlebih dahulu?
Jika anda membeli tepung itu dari pasaraya/kedai di mana barangannya sering dibeli, anda tidak perlu risau kerana pasti saja tepung itu "fresh" dan tidak "out of date".
Bagaimana dengan ibu roti? Jenama atau jenis yang mana paling sesuai?
Gunakan compressed yeast (frozen) yg dibiar berbuih dalam campuran air hangat dan gula sebelum disatukan dengan bahan lain. Jika jenis 'granules' atau berbiji, pastikan ia baru dan aktif. Yis kering jika disimpan lama akan 'mati' dan tidak dapat mengembang-kan doh. Jenis yis kering yg paling popular adalah 'Mauripan'.

BUN SOSEJ BERPINTAL - Noormasri
Bahan-bahan :
400 g tepung roti (strong white bread flour)
2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
2 sudu besar gula castor
50 g mentega } cairkan
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan
Cara membuat:
1.Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
2.Buat lubang di tengah2nya tuangkan mentega, susu, telur dan air.
3.Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
4.Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
5.Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
6.Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
7.Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
8.Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai jika perlu kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
9.Letak sosej diatasnya kemudian gulung
10.Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
11.Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
12.Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
13.Ulang kesemua doh hingga habis
14.Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda
15.Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
16.Panaskan oven pd suhu 190'C- 200’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 5 - 8 minit atau sehingga keperangan
17.Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
18.Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka


MEXICAN BUN - Noormasri
Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
60 g gula
1 biji telur
100 ml susu segar
110 ml air sejuk
Bahan-bahan topping:
100 g mentega
100 g tepung kek/rendah protein – kak Noor guna plain flour biasa jer..ok gak
80 g gula icing (kalau suka lebih manis bubuh 100g)
2 biji telur
½ sudu kecil serbuk kopi segera bancuh dgn setitis air
Cara membuat topping:
Pukul gula dan mentega sehingga kembang kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung dan serbuk kopi, kacau hingga sebati.
Simpan di dlm peti sejuk sementara nak menggunakannya
Cara membuat doh:
Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Bahagikan doh kpd bahagian kecil seberat 50 g
Buatkan bulat-bulat kemudian susunkan dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak pastikan jarak antara satu sama lain agak jauh supaya bila doh mengembang ianya tak bercantum antara satu sama lain
Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
Kemudian paipkan topping menggunakan piping bag atas bun tersbt secara membulat bermula dr tengah2. (lihat gambar 1)
Panaskan oven pd suhu 180-200’C (bergantung kpd kuasa oven masing2)
Masukkan dlm oven bakar selama 15 -25 minit atau sehingga keperangan
Enak dimakan sebaik keluar dari oven..nyum nyum..
Jika suka boleh letak inti (versi akak buat ni tanpa inti)
Bun ni bila dibiarkan semalaman topping dah tak crunchy dan cam melekit sket