Alhamdulilah... akhirnya menjadi jugak. Sejak seorang sahabat cyber berpesan dengan saya dua tahun dulu... 'akak buatlah website resipi!' 'kenapa' 'nanti kalau saya dah kahwin, bolehlah isteri saya cuba resepi akak yang sedap2 tu!'. Inilah antara ayat2 pembakar semangat yang saya ingat setiap masa. Begitulah kita... semangat, dorongan dan sokongan dari keluarga, kawan2 meskipun kenalan di alam cyber sudah cukup untuk menjadikan ianya sebagai motivasi!
Nah setakat hari ini... inilah yang mampu saya hasilkan. Macam biasa la hosting free lagi saya gunakan.
Assalamualaikum semua, akhirnya freewebs juga yg menjadi pilihan utk ku jadikan tempat mengumpulkan segala resepi yg telah di cuba dan menjadi hidangan harian ku. Dah banyak web yg di cipta sejak setahun yg lalu tapi semuanya sekerat jalan. Di sebabkan semuanya memerlukan masa yg lama utk di siapkan. Jadi, dengan memilih freewebs kerja ku hanya siap sekelip mata. Malah, siap semuanya dalam masa beberapa jam sahaja.
Insyaallah, akan ada banyak lagi resepi2 baru yg menanti utk di cuba dan sudah pasti akan ku kongsikan di sini.
Kepada mereka yg resepinya ada dalam senarai web Recipe2u, terima kasih di ucapkan dan ianya sebagai satu penghargaan kerana dengan mencuba resepi kalian, hidup saya bertambah ceria bersama keluarga di sini. Wassalam.