recipe2u

cooking, you may feel good... enjoy....

Instant Puff Sardine

user posted imageuser posted image

INSTANT PUFF SARDINE - Resipi.net

Bahan-bahannya
Roti prata instant

Untuk Inti
1 tin sardin
1 biji bawang besar, didadu
7 biji cili padi thai, dihiris
2 sudu besar mayonnaise
garam dan serbuk perasa (jika suka)

Untuk Sapu
1 biji telur
1 sudu besar susu segar

Cara untuk Inti
Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau.  Masukkan sardin dan bahan perasa.  Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise.  Gaul rata dan siap untuk digunakan.

Cara untuk membuat Instant Puff
Prata bentuk bulat digunting menjadi 2 (semicircle).  Isikan inti dan lipat bentuk "V" kanan dan kiri.  Atur di loyang pembakar dan sapu atasnya dengan campuran telur dan susu segar.  Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.

Nota Kaki : Gunakan Roti Prata segera yang mentah bukan yang telah dimasak separuh. Kami mencadangkan jenama Kawan dan Springhome.

Karipap Pusing

user posted image

Karipap Pusing - 60 biji

Bahan-bahan :
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap 

Utk doh berminyak :
150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu.. )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)

Cara :
Sila lihat step by step.. sbb gambar2 mula2 dulu dah saya tempek caranya kan. Bila peratikan gambar kat forum CARI td barulah saya tau kat mana silap dan kat mana yg kurang. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

user posted imageuser posted image

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

user posted imageuser posted image

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

user posted imageuser posted image

Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.


user posted imageuser posted image

Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

user posted imageuser posted image

Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

user posted imageuser posted image

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana.

user posted image

Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.

Pau.

user posted image

Resepi 1 (ikut pd resepi yg terdpt di kotak Tepung Pau Blue Key):

Bahan:

500g (1/2 kotak ) Tepung Halus Blue Key
6 g (1 1/2 sudu teh ) yis segera
100 g ( 1/2 cawan ) gula
50 g ( 1/4 cawan ) shortening/lemak sayuran (saya gunakan crisco yg dlm resepi roti tu.. ) klu tak de gunakan minyak jagung
230 g ( 1 1/4 cawan ) air


Cara-cara :

1. Campurkan tepung bersama yis segera sementara gula larutkan di dalam air.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan uli doh dengan tangan selama 10-15 minit. Klu yg menggunakan bread maker boleh sett kan fungsi utk membuat doh kulit roti.
3. Bahagikan doh kpd 60 g tiap satu dan bulatkan. Rehatkan selama 10 minit.
4. Canai doh dan isi intinya di bahagian tengah doh. Tutup hujung doh mengikut bentuk yg di kehendaki. Kemudian letakkan setiap doh di atas kertas minyak yg berbentuk segi empat.
5. Letakkan doh itu di atas periuk kukus yg di lapik dengan kain yg lembap dan kukus selama 15 minit pd suhu yg tinggi.


Resepi 2 ( dari resepi di kotak yis mauripan ):

Bahan-Bahan:

1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
200 g (1 cawan) gula 100 g (½ cawan) minyak jagung
460 g (2 ½ cawan) air

Cara:

Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut dengan tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal. Timbangkan adunan tersebut 60 gm (2 oz) setiap satu, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit. Canai adunan dan isikan inti di bahagian tengah adunan. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi menurut bentuk yang disukai. Letakkan setiap adunan tadi diatas sekeping kertas kalis gris empat segi. Biarkan adunan pau selama kira-kira 35 minit. Letakkan semua kepingan adunan tadi di dalam pengukus dan kukuslah selama 10 minit pada suhu yang tinggi.

Roti Jala dan Kari Daging.

user posted image

ROTI JALA DAN KARI DAGING

BAHAN ROTI JALA

450g tepung gandum
1 camt garam
½ camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala


CARA MEMBUAT ROTI JALA :

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.


BAHAN KARI DAGING ( boleh juga di gantikan dengan kari ayam, ikut yg mana suka…)

1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang Spanish sedang – di cincang halus
12 ulas bawang putih – di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya


CARA MENYEDIAKAN KARI DAGING :

Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang Spanish, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.

Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.


Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Sumber : Resepi Popular Penjaja – Nor Zailina Nordin dan Seow Boon Hor

Tepung Pelita Perantau.

user posted image

TEPUNG PELITA

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Caranya:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Pastu bolehlah ditayang-tayang kat family.

Sumber : gambar dan resepi dari Yani.

Apam Pisang.

user posted imageuser posted image

Apam Pisang Sumber: Buku Resipi Selera Perantau

Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

* nota - klu x suka manis, gula tu guna 3/4 cawan pun dah ok... dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif

Kuih Buah Melaka

user posted image

Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan :
Tepung pulut
Ubi Keledek
Gula Melaka
Kelapa yg putih sahaja .. ala guna kelapa parut yg kering tu jerk..
Air
Sedikit pewarna hijau.. kalau ada daun pandan lagi baik.. blend dan ambil airnya. Semalam saya gunakan perasa pandan.

Cara-caranya:-
1. Tepung pulut dicampur dengan sedikit air dan uli sampai rata, juga masuk keledek yg telah direbus dan dilenyek terlebih dahulu.. kemudian masukkan lagi air dan uli sehingga tepung tidak melekit di tangan. Jangan terlalu lembik nanti doh menjadi lembik.
2. Kemudian potong gula melaka tadi bentuk dadu.
3. Selepas tu kepalkan tepung yg sudah diuli tadi dan ditengahnya diletakkan gula melaka dan bulatkan.
4. Selepas tu masukkan ke dalam periuk yg sudah direbus airnya .
5. Bila sudah masak kuih ini akan timbul keatas, keluarkan dan gaulkan dengan kelapa tadi.
6. Sebelum itu kelapa tadi hendaklah digaulkan dgn sedikit garam.

Selamat mencuba. dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif

Sponsors

Donut idaman.

user posted image

Donut:

Bahan A:
250 g tepung berprotein tinggi
100 g tepung gandum
1/2 camt garam
1 camb yis segera
30 g gula castor
gula castor utk salut

Bahan B:
30 g mentega di cairkan
1 biji telur di pukul
150 ml susu segar

minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ayak tepung terlebih dahulu kemudian gaulkan bersama yis segera dan larutkan gula di dalam air.
2. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk adunan atau masukkan ke dalam bread maker.
3. Campurkan bahan B dan gaulkan hingga rata.
4. Kemudian masukkan bahan B kedalam adunan tepung dan uli sehingga doh menjadi licin dan kenyal, antara 10-15 minit. Ataupun masukkan sahaja ke dalam bread maker dan setkan fungsi utk donut.
5. Keluarkan doh dan timbang adunan anggaran 60g setiap satu, kemudian bentukkan bulat dan biarkan lagi selama sejam atau hingga doh menjadi dua kali ganda.. (kalau menggunakan bread maker, sekadar perapkan selama setengah jam lagi selepas proses no.6 selesai).
6. Selepas doh naik, canai sekali lagi dan gunakan acuan donut dan letakkan kepingan donut di atas dulang yang disapu sedikit minyak dan ditabur sedikit tepung. Kemudian tutup dnegan sehelai plastik.
7. Perap lagi donut selama 30-40 minit dan hingga ia naik menajdi dua kali ganda.
8. Akhir sekali goreng dan sadurkan bersama gula castor atau cokelat mengikut kesukaan anda!

Selamat Mencuba.

Donut Chendana

Bahan-bahan :

400 g tepung gandum
5 sudu besar gula
2 sudu kecil yis segera
1 1/2 sudu kecik garam
2 sudu besar susu tepung(skim milk)
60 gm butter
sebiji telur(saiz M)
190 ml air suam

Cara Membuatnya :

Sila ikut seperti resepi 1.

 

 

Kuih Cara Berlauk Perantau.

user posted image

Kuih Cara Berlauk

Bahan Inti
:

1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..dipotong dadu kecil
1 ulas bawAng putih....dicincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

daun bawang.......dimayang kecil ]
cili merah.......dihiris halus ] sebagai hiasan

Kalau ada daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untuk menggris acuan kuih cara. Kalau tak ada acuan khas utk kuih cara.. gunakan saja acuan kuih takoyaki tu. Memang senang dan cantik gitu.

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendidih dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.


Bahan untuk butter :
2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air sejuk
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kuih:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko atau bekas utk membuat takoyaki yg mempunyai muncung yg panjang .
3. Bubuh minyak pd acuan dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan butter.
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan.
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk kecil.
7. Bila dah masak.. angkat dan hidangkan.

Sumber : terlupa dari mana..

Kuih Lapis Merah

user posted image

KUEH LAPIS MERAH ~ Hanieliza.

Bahan-banan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

user posted image

CREAM PUFF/ECLAIR/CHOUX PASTE - Shida (CARI)

Ingredients :

250g water
100g margarine
200g flour ~ sifted
6 eggs
1/2 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Put water, margarine and vanilla essence in a pot on medium heat and leave to boil. Preferably, use
a non stick bowl with wooden spoon.
2. When boiling, add flour bit by bit and stir well till a soft dough is formed. Remove from fire.
3. Place the dough in the mixer bowl and using the flat beater, beat the dough till cool.
4. Add in eggs one at a time and continue beating till a sticky paste is formed.
5. Put the paste into a piping bag and pipe on the greased baking tray.
6. Bake for 15 minutes in a preheated oven at 170 C.
7. Leave to cool. Then cut in the middle by the side and pipe the filling. Drizzle with melted cooking
chocolate.

Custard filling

Ingredients :

100g instant custard
200g water (boiled and cool)
a bit of whipping cream

Method :

1. Mix instant custard with water.
2. Add in whipping cream and mix well.

Note :
1. For method number 3, make sure the dough is really cool before adding eggs.
2. To know whether the cream puffs are ready or not : if there's no more bubbles on the puff while in the oven, then it's ready.

 

CREAM PUFF
Sumber: Halimah Anang

Bahan-bahannya
8 ozs mentega
8 ozs tepong gandum
2 tsp baking powder
16 ozs air sejuk
7 biji telor ayam
sedikit vanilla essence

Intinya:
8 ½ sudu makan penuh custard (Bird's Custard)
200 gm gula pasir
1 biji telor ayam (optional)
8 sudu susu pekat
1 tin susu cair
2 tin susu air sejuk
sedikit essence vanilla
(Masukkan semua di dalam periuk dan kacau jangan sampai bergentel, dimasak diatas api perlahan supaya tidak hangus, sentiasa dikacau hingga pekat)

Peraturannya:
Air dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan mentega biarkan hingga cair dan mendidih sekali lagi, baru masukkan tepung gandum dan dikacau kuat-kuat. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor yang sudah dipukul kembang dan dikacau lagi hingga berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang dan bakar. Potong puff masukkan intinya.

Kuih Lompang

 

user posted image

LOMPANG GULA MERAH - menurut K. Noormasri (amik kata2nya dlm forum CARI, dia dpt dr internet x tau sapa punya resepi.. tp mmg sedap dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif )

Bahan-bahan:

100 g tepung beras
50 g tepung sagu/ubi
500 ml air
200 g gula merah ( akak guna 150 g aje maklum ler akak ni tak suka kuih manis2)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut + secoet garam

Cara membuat:

Campurkan 1/2 bahagian air bersama gula merah, panaskan sedikit supaya gula merah hancur kemudian sejukkan.
Campurkan tepung beras, tepung sagu/ubi, air gula merah, 1/2 lagi air dan air kapur
Tuangkan ke dalam acuan kecil, kukuslah sehingga masak selama 20 minit
Biarkan sejuk bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut

Create a free website at Webs.com