
KEK BLACK FOREST [hanieliza]
Kek Span Coklat
Bahan-Bahan:
250 gm tepung coklat sponge mix [selalunya kak liza beli tepung ni kat kedai bahan kek]
3 biji telur A
100 gm air
100 gm minyak jagung
1 s/k coklat paste
Cara:
1. Panaskan oven.
2. Pukul semua bahan hingga gebu..anggaran 10 minit dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan ke dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 170'C selama 30 minit.
4. Setelah masak, sejukkan dan potong dua lapis.
Krim segar:
250 gm fresh cream sejuk[beli dari kedai bahan kek]
hiasan..buah ceri/strawberry/kiwi
coklat rice/hirisan cooking coklat
Cara:
1. Pukulkan fresh cream sehingga gebu dan ringan [bila diterbalikkan ..tak jatuh]
2. Sapukan sedikir cream ni pada bahagian yg telah dipotong sebagi lapisan tengah.
3. Sapukan lebihan cream ni disekeliling kek san juga atas kek.
4. Susunkan potongan bahan hiasan mengikut kreativiti sendiri.
KEK SPAN COKLAT [hanieliza]
bahan
6 biji telur
175 gm gula kastor
1 s/t Quick 75 or Ovalette
200 gm tepung paling halus/tepung kek ] diayak
30 gm serbuk koko ]
60 gm mentega cair atau minyak jagung
50 ml air sejuk
Cara
1. Alaskan loyang dengan kertas minyak.
2. Pukul telur, gula, ovallate/qiuck 75 sehingga gebu dan kembang.
3. Masukkan tepung dan serbuk koko yg diayakkan dan kaupbalikkan perlahan.
4. Masukkan air dan kacau rata.
5. Tuangkan minyak atau mentega cair dan gaul rata lagi.
6. Masukkan dlam loyang dan bakarkan selama 30 minit pada suhu 180'C.
7. Bila telah masak sejukkan dan terbalikkan.
8. Tarikkan alas kertas dan bubuh cream yg disukai.


BAKED ORANGE CHEESE CAKE - Chendana
250gm Philladelphia cheese(1 bar)
45 gm tepung gandum(diayak dulu ye)
100gm gula
2 sudu besar madu
1 kotak fresh cream(200 ml~yang utk whipping cream)
2 biji telur
2 s/b plain yogurt
1 biji lemon(ambil jusnya)
1 tin orange...ambil orangenya sahaja.
Caranya:
-pukul cheese ngan gula sehingga kembang then masukkan telur sebijik
demi sebiji dan diputar lagi.
-kemudian masukkan yogurt,perahan lemon,madu dan tepung,putar lagi...lastly
masukkan fresh cream dan kacau ngan senduk pula sekejap.
pas tu susunkan orange mengikut mood anda...
-bake dalam 50-60 minit pada suhu 160 darjah...