recipe2u

cooking, you may feel good... enjoy....

Ayam Masak Merah Bersantan

Ayam Masak Merah Bersantan...

user posted image

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dicuci dan dipotong ikut suka)

Bahan-bahan kisar :-
Cili kering 10-20 batang
Bawang kecil 5 biji
Bawang putih 3 biji
Bawang besar 1 biji
Halia 1 inci
Lengkuas 1/3 inci
2 batang serai

Bahan lain :
2 sudu minyak masak
Santan pekat (anggaran 2 cawan)
Santan cair (anggaran 1 cawan)
Tomato puree
Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk (jgn byk sgt klu terlebih nanti kuah menjadi pekat)

Cara Menyediakan
- Perap sebentar ayam bersama kunyit dan garam. Kemudian goreng seperti biasa.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Bila dah nampak kuning dan dah naik baunya masukkan tomato puree dan tumis lagi hingga naik minyak.
- Kemudian masukkan kacang tanah yg telah ditumbuk. Gaulkan lagi hingga sebati.
- Masukkan sedikit santan cair.
- Gaulkan sehingga rata dan tunggu lebih kurang 3 minit bila ramuan tadi sebati masukkan ayam yang digoreng dan gaulkan lagi.
- Biarkan ayam tadi mereneh diatas api yang serdahana.
- Bila dah agak masak, masukkan santan pekat.
- Kepekatan dan banyaknya kuah ikutlah selera anda. Kalau suka cair tambahkan lagi sedikit air, kalau suka pekat lebihkan lagi santan.
- Masukkan sedikit garam,perasa dan sedikit gula.
- Bila dah cukup masak padamkan api.
- Boleh juga kalau nak masukkan buah tomato yang dipotong empat dan bawang besar yang dipotong bulat, sebagai hiasan.
- Angkat dan hiaskan bersama-sama daun salad dan kacang peas.

* diubahsuai ikut selera sendiri.

Ayam Masak Madu

Ayam Masak Madu - Sya

user posted image

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering
madu
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara
1) Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2) Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3) Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4) Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
5) Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Ayam Goreng Berempah.

user posted image

Ayam Goreng Berempah :

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - di bersih dan di potong ikut suka (selalunya di potong 8)
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili (kalau suka pedas mcm kat kedai mamak tu letaklah lebih.. 1 sudu besar gitu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bestt - tumbuk halus )
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
* sedikit madu (kalau letak madu, rasa ayam goreng tu manis sikit sapa yg tak suka tak yah letak )


Cara-caranya :

1. Tumbuk halus : bawang putih + halia + serai + kunyit hidup + jintan manis + jintan putih.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit (klu guna serbuk), garam, tepung gandum dan * madu. Gaulkan semuanya hingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam tadi dan peraplah ia selama kira-kira 3 jam. Kalau lebih lama lagi ummphhh dmoshimoshi/grinning-smiley-003.gif
4. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
5. Selalunya kalau masak nasi lemak dan nasi ayam.. memang WAJIB sediakan ayam goreng ni.. panas-panas gitu... biggrin.gif

*Resepi ni saya ambil dan di ubahsuai ikut selera sendiri. Kalau rasa nak lebih pedas, lebihkan serbuk cili dan serbuk kari. Kalau tak mau pedas ikutlah sukatan di atas. Sekiranya bahan rempah tu agak pekat tambahkan sedikit shj air tapi jangan sampai cair.

Selamat mencuba! dmoshimoshi/smiley-faces12.gif

Ayam Bakar Ezah.


user posted imageuser posted image

Ayam Bakar

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam di bersihkan.
  • bawang putih
  • halia 
  • serai
  • black paper
  • garam
  • kunyit
  • gula/gula melaka
  • sos tiram 
  • kicap manis....itu je..

 

Caranya mudah saja:

Semua bahan di atas hendaklah di hancurkan dan di lumur pd ayam.

Biarkan ayam sebati dann bakar dalam 30 minit.

Kemudian balikkan n tambah lagi 10 minit. Boleh dimakan begitu saje...

 

Sumber : Ezah.

Resepi Burger.

user posted image

Resepi Burger - (Majalah Seri Dewi & Keluarga)

Bahan2

500gm daging kisar
100gm bawang besar (dicincang)
50gm bawang putih (dicincang)
50gm serbuk roti
1 biji telur
5gm garam
3gm lada hitam (ditumbuk kasar)
secubit serbuk buah pala

Cara membuatnya:
Campurkan daging kisar yg sejuk dgn bahan2 yg lain.
Gaulkan adunan sehingga rata & sebati
Ambil segenggam adunan
Kepalkan & bentukkan bulat setebal 1 sm.
Kemudian bakar selama 5 minit.
Boleh dihidangkan bersama kentang goreng, sos lada hitam & sebagainya.

Tips utk menyimpan daging burger mentah
Masukkan burger ke dlm beg plastik yg kecil & bungkus dgn baik.
Masukkan burger ke dlm bekas kedap udara sebelum disimpan didlm peti sejuk.
Ia boleh tahan sehingga 3 bulan

Nugget Ayam.

user posted image

user posted image

NUGGET AYAM (1)
450 g dada ayam, dikukus + kisar/siat halus
1 camb tepung gandum
160 ml susu segar
2 cawan tepung biskut cream crackers
1 camb mentega
2 biji telur, dipukul
Garam, serbuk lada sulah
Serbuk roti (jenis kekuningan), secukupnya

Satukan ayam dan serbuk biskut.
Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan susu, kacau hingga mendidih. Campurkan dengan ayam tadi. Gaul rata, bubuh garam dan serbuk lada. Biar sejuk. Bahagikan dan timbang untuk mendapatkan saiz yg sama. Dgn jari bertepung, bentukkan nugget ikut suka dan leperkan sedikit.
Celup dengan telur dan salut dengan serbuk roti. Goreng dalm minyak panas hingga keemasan.

CHICKEN NUGGET (2)

3 camb tepung jagung
1 camt serbuk penaik
1 camt serbuk lada sulah
½ camt soda bikarbonat
1 camb sos Lea & Perrins
1 kiub stok ayam (atau stok pekat)
1 biji telur
350 g isi ayam, dicincang halus
10-15 g serbuk roti putih
sed garam

Bahan Salut
40 g tepung gandum
1 biji telur, dipukul
60 g serbuk roti keemasan
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya
1. Satukan 6 bahan pertama di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan telur, isi ayam dan garam, gaul sebati. Jika terlembik, tambah serbuk roti.
3. Ambil sedikit adunan, bentukkan mengikut citarasa.
4. Salut dengan tepung kemudian celup di dalam telur.
5. Salut pula dengan serbuk roti keemasan.
6. Panaskan minyak dan goreng nugget hingga keemasan.
7. Angkat dan hidangkan dengan mayonis, sos cili dan kentang goreng.

Sumber : Soal-jawab Masakan, Alaf 21.

Ayam Masak Madu

user posted image

Ayam Masak Madu - Sya

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering
madu
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara
1) Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2) Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3) Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4) Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
5) Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Create a free website at Webs.com