Koleksi Design morizna|graphicreative Inc
Yang ni kontroversi skit. Silap2 FBI datang siasat... Hehehehe... Ni buat saja nak release tension....
Design di atas adalah 'full colour' design baju. Kos yang agak mahal untuk kuantiti yang sedikit. Kurang mendapat sambutan namun tetap 'happy' dengan hasil jualan.
Saiz sebenar design di atas adalah A1(9 x A4). Kategori Posterlah. Di buat khas untuk mempromosikan Ekspo Konvokesyen USM 2002.

Dua design di atas dibuat untuk Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia
Design baju ni saya buat semasa Pesta Konvokesyen USM 2002. Masa tu masih belajar Tahun 3 Sains Kimia & Pengurusan
Yang ni pun samalah usia dengan design warna kelabu di atas.
Design ni saya buat khas untuk Majalah Perintis SMK Putera(ex-sekolah menengah 94-98) bagi Tahun 2002. Namun tidak kesampaian. Simpan jer buat koleksi
Yang ni pulak, kawan yang minta design. Buat free jer tapi dapat jugak baju sehelai. Ala-ala Le Tour De Langkawi ler..... Pun masa belajar kat USM.
Khas untuk Desasiswa Indah Kembara semasa Kejohanan Temasya Olahraga Tahunan USM. Tahun lupalah pulak.... Bangga wakil atlet pakai baju design ni... Hehehe
Tahun 2002 USM jadi tuan rumah Pentauliahan Pegawai PALAPES IPT. So... ambil kesempatan jual design baju ni. Alhamdulillah mendapat sambutan
Design ni pun ada kaitan dengan PALAPES. Ceritanya dulu saya ni join PALAPES ler. JV dengan member jual T-Shirt design ni. Yang ni mendapat sambutan hangat. Saya tak boleh lupa semasa design baju ni... ambil masa 6 jam tanpa henti just nak design kapal kat tengah tu. Belum expert lagi...