NOTIS PENANGGUHAN PENJUALAN PRONOTON
Semenjak 4 tahun yang lalu, MayFirst telah memasarkan produk Pronoton dengan jayanya. MayFirst dan
Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian makmal secara berkala ke
atas produk tersebut dan hasil ujian sebelum ini mendapati produk
Pronoton tidak mengandungi kesan-kesan bahan yang terlarang. Dukacitanya pada batch Pronoton 10 caps bernombor 24N0801-01 bulan ini (Mac), Kementerian telah mengesan sildenafil di dalam batch ini. Oleh sebab itu, pihak Kementerian ingin melakukan ujian lanjut. Dengan
ini saya ingin memaklumkan bahawa pihak Biro Penguatkuasaan
Farmasautikal Kebangsaan (BPFK) telah mengeluarkan arahan untuk
memberhentikan penjualan produk Pronoton sehingga diberitahu kelak. Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, MayFirst akan mematuhi arahan tersebut dan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Kami menjangkakan pihak Kementerian akan melawat premis anda dalam tempoh terdekat ini. Oleh itu, sila berikan kerjasama yang terbaik. Dalam masa yang sama, sila hentikan sebarang aktiviti penjualan dan promosi untuk produk Pronoton serta Pakej Lelaki. Segala poster dan flyers Pronoton, bunting Pronoton atau sebarang risalah yang berkaitan Pronoton hendaklah disimpan dan tidak diedarkan atau dipamerkan.
Untuk pengetahuan, Magix Box yang akan datang tidak lagi mengandungi sample 2 kapsul Pronoton, VCD dan risalah yang berkaitan dengan Pronoton. Pihak tuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh MayFirst tentang perkembangan ini.
Harap maklum.
Salam Ikhlas,
DATO ROJALI EDRIS
Founder/CEO