Yang Mana Kaca Yang Mana Intan?


TERAPI DAN PRODUK KESIHATAN ALTERNATIF: YANG MANA KACA YANG MANA INTAN?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
Saya bentangkan satu siri artikel mengenai bagaimana kita menilai pelbagai produk dan terapi alternatif yang terdapat di pasaran. Bukan tujuan saya untuk memperkecilkan pasaran produk berkenaan tetapi saya akan utarakan kaedah asas Islam dalam jual-beli dan applikasinya dalam jualan produk-produk berkenaan.

Artikel saya ini tidak sedikit pun mahu memperkecilkan alternative atau complementary medicine, yang telah terbukti misalnya acupuncture dan tongkat Ali.  Dan tidak pula mahu memperkecilkan kesan do'a dan karamah yang kadang-kadang dianugerahkan Allah kepada manusia terpilih.


Yang saya cuba utarakan ialah bagaimana perspektif Islam dalam menilai produk-produk yang berselerak di pasaran; yang mana yang betul, yang mana tidak, yang mana yang intan yang mana kaca, yang mana berkesan, yang mana 'auta' . 

Sebabnya sekarang dah macam2 produk dan kebanyakannya tidak mempunyai sejarah beribu tahu, mungkin baru sebulan dua ni timbul. Bahkan di antara yang dah terbukti beribu tahun seperti acupuncture dan tongkat Ali tu pun, ada lagi unsur penipuan...apa lagi produk baru lain yang didakwa boleh melakukan keajaiban?

Berhati-hati, kerana ada pula di antaranya yang kadang-kadang sekadar selindung bagi skim cepat kaya.

Dr. Omar bin Yaakob
Johor Bahru
Julai 2007
 

Create a free website at Webs.com