Selamat Datang.. ahlan wa sahlan..
Assalamu alaykum warahmatullah,
Akhir-akhir
ini, Islam berada dalam keadaan yang amat tertekan. Tertekan akibat
serangan fizikal pihak musuh-musuh Islam. Tertekan akibat pukulan
serangan budaya yang melanda umat. Tertekan dengan kemelut fikrah
yang menghantui kebangkitan semula Islam.
Umat amat
memerlukan kejelasan kefahaman dalam perkara-perkara asas Islam.
Di Laman ini, saya akan cuba memaparkan coretan renungan dan pemikiran
saya di sekitar kefahaman Islam dan kebangkitan Islam. Saya yakin,
dengan kefahaman yang jelas, umat akan lebih mudah meneliti segenap
peristiwa dan kejadian di sekeliling mereka dan menilainya dengan
neraca abadi yang dikurniakan oleh Allah kepada kita melalui
perantaraan Rasul-Nya.
Semoga sumbangan kecil saya ini memberi manfaat dan diberkati Allah.
Dr. Omar bin Yaakob
Johor Bahru
Terima kasih kerana menjadi pelawat
ke 