National Scooter Prix MAM Championship


 

 

Mengenai NSP

National Scooter Prix Championship atau lebih dikenali sebagai NSP diperkenalkan kepada komuniti pemilik-pemilik skuter sejak 2006 oleh MUSC (Malaysian United Scooter Community).

NSP diwujudkan bagi mempertingkatkan lagi mutu program sukan bermotor tanah air agar Malaysia dapat melahirkan pelumba-pelumba profesional bagi mewakili negara di kejohanan sukan bermotor terutamanya perlumbaan  motor yang lebih berprestij.

NSP diiktiraf oleh MAM (Motorsports Association of Malaysia) sejak musim perlumbaan 2007 dengan anggaran penyertaan 110 orang pelumba di setiap lokasi 4 lokasi pusingan perlumbaan musim 2007. NSP sentiasa disokong dengan kehadiran purata 4,000 pengunjung di setiap lokasi ianya diadakan di sekitar tanah air. Sila layari laman web NSP07 untuk musim perlumbaan NSP 2007 di www.nsp07.cjb.net

Bagi musim kejuaraan tahun 2008, MUSC berusaha mempertingkatkan lagi taraf kejohanan dengan penambahan pusingan perlumbaan kepada 6 pusingan perlumbaan di seluruh tanah air disamping penyediaan kawasan pameran dan promosi penaja-penaja serta peningkatan aspek-aspek keselamatan dan peraturan perlumbaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh MAM.

Objektif NSP

  1. Menggalakkan dan memberi peluang kepada komuniti bermotor untuk menunjukkan bakat dan kemahiran dalam perlumbaan litar mengikut segala peraturan serta aspek keselamatan sukan bermotor yang diiktiraf oleh MAM.
  2. Mencungkil bakat pelumba-pelumba remaja untuk diperkembangkan ke tahap yang lebih profesional menerusi program pembangunan sukan bermotor yang intensif dengan kadar kos lebih efektif.
  3. Terus melatih dan meningkatkan kemahiran kakitangan dalam mengendalikan kejohanan perlumbaan motosikal tempatan mengikut segala peraturan sukan bermotor.
  4. Memberi kesedaran kepada peserta dan pengunjung tentang cara menunggang yang selamat, penjagaan motosikal yang baik, mematuhi undang-undang untuk keselamatan diri sendiri, memberi kesedaran bahaya lumba haram dan penyalahgunaan dadah.
  5. Memberi peluang kepada industri motosikal serta pembekal alat-alat ganti, pelincir dan aksesori untuk terus mendampingi pengguna menerusi aktiviti-aktiviti promosi pemasaran di tapak kejohanan.
 
 
 
 
 
 
 

Flyer Rasmi NSP2008

Kempen