Definasi Haikal
Haikal adalah perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang bermaksud "bunyah" atau struktur atau structure dalam bahasa Inggeris, ia juga bermakna monumen suci atau tempat peribadatan yang suci.. Ia juga membawa makna kesuburan atau pohon yang subur. Justeru kami harap kumpulan ini akan kukuh menjadi wadah aspirasi hiburan di persada seni. Dalam pada itu HAIKAL juga adalah akronim yang bermaksud seperti berikut... "Hiburan Adalah Inspirasi Kalau Agama Landasannya". Maksudnya, hiburan boleh menjadi pendorong kepada sesuatu yang baik kalau ia benar-benar berasaskan agama dan tidak melanggar syariat.
Sejarah & Latar Belakang

Penubuhan
Ditubuhkan pada Disember 1997 di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa dengan dianggotai oleh 4 individu yang terdiri daripada Shahir Al-Farid bin Arman selaku ketua kumpulan dan suara harmoni, Sayed Mohd Ibrahim bin Sayed Othman Ali selaku suara utama, Mohd. Fazli bin Masri, suara utama 2, dan Mohd. Khairuddin bin A.Mulok selaku suara ketiga.

Kegiatan Semasa
1.Membuat persembahan nasyid, atau berzanji dan marhaban dalam kampus dalam aktiviti-aktiviti seni Islam yang dianjurkan persatuan atau juga sebagai jemputan di majlis-majlis seperti, Malam Kebudayaan Islam, Pentas Budaya Majlis Konvokesyen UIA dan lain-lain.

2.Membuat persembahan di luar kampus dengan memenuhi undangan kahwin, dan jemputan bernasyid di sekolah-sekolah. Dan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam JAKIM dan lain-lain.

3.Menyertai pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh JAKIM.

[ Pengenalan & Misi | Objektif & Visi ]