Assalamualaikum Semua,
Kebelakangan ini aku dihujani pertanyaan oleh para pemborong bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah pelanggan - pelanggan yang meraka yang sangat gemar membeli secara ansuran tetapi selepas sekali bayar mereka tidak melangsaikan baki hutang.
Satu tips yang mudah . Sekiranya kita ingin menjual secara ansuran sila pastikan sebelum barang diserahkan kepada pelanggan mintalah payment kali pertama tu (contohnya modal anda RM50 dan anda Jual dengan harga RM 100 sila pastikan payment kali pertama customer anda mestilah RM 70 supaya modal anda telah diperolehi semula dan anda siap dapat untung RM20 lagi).
Tetapi apa - apa pun kuatkan semangat anda kerana semakin lama anda bertahan di dalam bidang ini maka semakin ramai customer yang akan menjalinkan kerjasama perniagaan secara kecil kecilan atau besar besaran dengan anda...Ini semua rezeki..cuma perlu bersabar..anda akan mencecah tahap stabil sekiranya anda mampu bertahan selama 6 tahun ke atas..Insyaallah..semoga berjaya.
Usahalah untuk mencarik lubuk lubuk perniagaan baru kerana kita tidak boleh bertumpu kepada satu - satu kawasan perniagaan sahaja...
Assalamualaikum and hello!.
Jumpa lagi dengan kerenah pelanggan 2. Kawan masa aku belajar Msc. dulu ada memperkenalkan aku kepada satu perkataan iaitu "SAKASTIK:". sebab dulu ada seorang pensyarah Prof. ........ yang namanya tidak perlu disebutkan di sini mengajar subject System Analysist and Design bersikap "SAKASTIK"...
Bila dah berniaga di pasar malam aku ada seorang customer aku yang aku rasa boleh aku letakkan di dalam kategori yang dinyatakan di atas...sia akan order rantai dan gelang lain pas tu dia claim dia order lain masa nak ambil barang. Di akan tukar statement 3 / 4 kali sehingga gelang atau rantai kristal sampai ke tangan nye...
Aku selalu mengucap panjang bila dia datang. Anehnya dia masih suka juga datang berurusan dengan aku walaupun dia kata apa yang diminta tidak pernah menepati citarasanya sedangkan order telah aku tulis dan "double confirm" dalam buku order aku.
Aku selalu pikir sendiri...dan selalu aku luahkan pada suamiku bahawa aku serik berurusan dengan si dia ini tapi ...perkara itu habis di situ saja bila aku pikirkan aku perlu mengikut gendang dan rentak yang dilagukan..."SAKASTIK"
Bila berdepan dengan karenah pelanggan aku merasakan aku banyak belajar jadi manusia yang penyabar..berfikir dengan cepat, toleransi dan memperbaiki skill komunikasi yang sedia ada. Cara berurusan dengan pelanggan sakastik nie aku lebih banyak menganggukkan kepala tanda setuju dengan statement dirinya (bagi perkara yang tidak bercanggah dengan piagam syarikat ). Selebihnya aku berpegang kepada " TAKPA JANJI HANG RASA BAHAGIA.....".

Assalamualaikum Semua,
Memulakan perniagaan adalah tidak semudah seperti anda melihat kejayaan yang dikecapi usahawan / ready made berjaya. Walaupun, segala persediaan, perancangan, dari segi ilmu perniagaan, modal, produk/service perniagaan telah sediakan tetapi kesabaran dan ketabahan di dalam usaha untuk menempatkan, menstabilkan, mengembangkan dan mengekalkan diri anda di dalam industri ini adalah satu proses yang harus dilakukan kepada secara berteruskan.
Memulakan perniagaan bukanlah satu usaha yang didahului oleh semangat yang berkobar - kobar tetapi dilakukan dengan sekerat jalan.
Komunikasi adalah skill yang paling penting perlu untuk dikuasai sekiranya anda ingin untuk memulakan perniagaan anda. Komunikasi mempengaruhi elemen urusniaga dengan dengan pemborong dan pelanggan - pelanggan anda.
Sila berkomunikasi secara tersusun, berhemah , bersopan santun dan jelan ketika menyampaikan informasi.
Anda juga boleh menggunakan pelbagai teknik..seperti menangkap gambar sample produk anda , menggunakan homepage, atau menyediakan templete bagi memperkenal kan produk - produk anda kepada umum.
Kaedah pemasaran anda perlu diperluaskan selain daripada anda menjalankan kaedah tradisional iaitu komunikasi dua hala sahaja. Ini akan lebih menambahkan keyakinan dan kefahaman para pelanggan anda.
Berniaga di pasar malam banyak memberikan pengalaman kepada saya betapa peniaga pasar malam ini diperhatikan mereka amat kurang menekankan aspek, pemasaran, perhubungan awam, komunikasi dan setia pelanggan.
Mungkin mereka mempunyai andaian bahawa tanpa promosi yang beriye - iye pelanggan yang lalu lalang masih akan membeli barangan yang dijual. Semua perkara ini diharapkan akan saya jadikan thesis /buku bagi tujuan penyediaan thesis PhD saya .Insyaallah. Moga panduan - panduan daripada hasil pengamatan, pengalaman dan gabungan teori - teori pemasaran, perniagaan dan pemasaran yang setia ada akan dapat dimanfaatkanbuku - buku panduan bagi peniaga kecil di pasaran semasa ketika ini . Moga input input yang akan diketengahkan dari masa ke semasa dapat membantu anda dan saya sedikit sebanyak untuk memperbaiki dan mengembangkan tahap perniagaan bersama.
Wassalam.
Assalamualaikum Semua
Dah agak lama tidak aku coretkan apa - apa infor niaga di ruangan ini...Baru saja habis meniaga dia Pesta Convo UIAM..Hem convo di sana memang perniagaan jadi gempak gempita....Alhamdulillah..dapat ramai lagi potential customer yang dah jadi pun client aku membeli gelang secara borong sekarang nie...
Tapi betul lah macam apa yang dikatakan...bila kita dah berniaga tu kita akan kenal lagi ramai orang - orang yang sealiran dan sejiwa dan seraga dengan kita..Tak gitu?...Alhamdulillah.
Aku dalam diam mula mengakui..dulu sebelum tercebur berniaga rasanya payah betul nak jumpa para peniaga macam aku nie...almaklumlah meniaga sikit sikit....tapi incomenya ..macam 7 bulan gaji aku setiap bulan...aku paham sekarang nie kena ornag meniaga payah nak berenti .Itulah sebabnye...Kenal dengan orang yang ada butik, ada itu dan ini..aku kagum dengan pencapaian mereka dan percubaan BERANI MATI mereka tu nekad berhenti kerja ( Majority golongan professional paling ramai accountant!). Aku tabik ke depa tu..kagum aku ....
Bila perniagaan di tahap stabil sekarang nie, aku dah tidak punya rasa stress jika...pelanggan nak berutang dan bayar cukup bulan especially di opis.Setakat 5K tu aku boleh senyum lagi dan tiada masalah untuk aku pusing modal..Kalau dulu masa mula meniaga aku yang rasanya berpusing - pusing kan ...hehehehe..Alhamdulillah ....aku pun tak pening kalau diaorang lambat bayar...aku boleh keluarkan statement nak bayar bilapun bole....
Macam tulah berniaga kena banyak bersabar....memang dunia perniagaan ini indah kabar dari rupa...kalau kenang - kenangkan rasa di awal penglibatan aku dulu tu ..sedih pun ada...payahnya...yerlah nak mencari rezeki yang halal dan mengunakan tulang urat dan kudrat ni memang meruntun jiwa dan raga aku....tapi alhamdulillah ...masih survive sampai sekarang....
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Perniagaan adalah cabang yang baik untuk diceburi terutamanya bagi mereka yang merasakan perlu untuk mereka menambahkan pendapatan .Apa yang aku perhatikan , masyarakat kita suka untuk berniaga tapi umpama embun di hujung rumput. Panasnya sementara sahaja.....bagi anda yang sudah mempunyai pendapatan tetap. Ini adalah salah satu peluang meingkatkan pendapatan anda.Perniagaan tidak semestinya bermula daripada satu bidangatau permulaan yang besar tetapi cukup secara kecil - kecilan tetapi 'consistant'.
Hidup di KL nie terdapat banyak peluang untuk menjalankan perniagaan. Cuma kita berani atau tidak sahaja untuk menceburinya. Perniagaan tidak perlu dimulakan dengan modal yang tinggi . Cukup sekadar modal yang kecil . Insyaallah ianya akan berkembang sekiranya anda arif di dalam menguruskan kewangan syarikat.
TIPS UNTUK MENINGKATKAN JUALAN ANDA
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan jualan produk anda sama ada bagi mereka yang baru mula hendak berniaga dan bagi mereka yang telahpun berniaga. Di antara beberapa perkara yang dirasakan perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut.
1. Modal : Sikit pun cukup dan anda sesuaikanlah modal anda itu dengan kuantiti barangan yang ingin di jual.
2. Ilmu : Anda perlu mempunyai ilmu untuk menguruskan setidak - tidaknya pusingan modal syarikat anda itu dan anda perlu mempunyai pengetahuan mengenai produk yang anda ingin pasarkan itu . Janganlah malu untuk belajar tentang produk anda. Lebih banyak anda tahu maka anda akan lebih berkeyakinan untuk mempromosikannya.
3.Lokasi Perniagaan: Seelok - eloknya anda mempunyai lokasi tetap bagi memasarkan barangan anda itu . Sekiranya anda ada lebih kerajinan silalah anda boleh membawa produk anda itu apabila ada perjumpaan dengan kawan - kawan, ke majlis kenduri kendara, dalam erti kata lain promosikanlah produk anda itu dimana sahaja.
4.Sabar: Anda perlu banyak bersabar. Terutamanya anda perlu bersabar dengan kerenah pelanggan anda. Pelanggan era millineum ni berpengetahuan luas dan akan membandingkan produk anda dengan produk yang mereka pernah mereka cuba sebelum ini. Sebagai penjual anda perlulah berfikiran lebih terbuka dan bersedia menerima input pendapat daripada pelanggan dan jawablah segalah soalan dengan seterbuka/optimis mungkin.
5.Mesra Pelanggan: Anda perlu bersifat mesra pelanggan . Selalulah tersenyum ketika menjawap pertanyaan pelanggan. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan juga perhubungan awam anda perlu untuk dipertingkatkan daripada masa ke semasa. Kumpullah kawan dan sahabat seramai mungkin. Ini akan memudahkan lagi urusan promosi dan jualan produk anda.Sapalah pelanggan anda semesra mungkin. Ramai peniaga mengharapkan pelanggan akan membeli barangan mereka apabila kali pertama mereka memandangnya..Sila betulkan tanggapan anda ini kerana secara praktikalnya 80% potensi pelanggan anda akan mendengar penerangan anda terlebih dahulu selama beberapa kali sebelum membuat keputusan untuk membeli terutamanya bagi produk yang harganya agak sedikit mahal.