Assalamualaikum semua
Lama sungguh tak update , masih ..dan masih lagi saya aktif menghasilkan masterpiece kristal ini..selama nie cuba juga untuk updatekan gambar terbaru malangnya ada technical problem ..jadi saya tidak mencuba hinggalah ke hari nie. Disertakan sedikit buah tangan untuk tatapan semua..
Ini rantai swarovski pearl dan loket ..sold tapi boleh tempah. mungkin ndak color yang lain kan .pembelinya kak noni dari Sri Gombak.Batu saiz 8M
Rantai nie pun sold pada kak Ita peniaga bundle di pasar malam sri gombak..orang yang order tu tak jadi ambik orang lain pulak ambik alhamdulillah lah kan..batu saiz 10 M
Ini lah gelang - gelang yang pernah dibuat 80% dah sold sekarang tengah buat design baru ..meniaga kristalnya memang modalnya tinggi
tapikan kalau dah ada tu orang beli juga di pasar malam tu ..kalau pergi expo menyesal kalau bawak sikit sikit...
Ini pandangan melintang lah pulak...
Ini pula gelang kristal untuk remaja dan kanak - kanak..tapi kan mak orang pun ada beli lah jugak kan....
Hubungi saya : 013 - 3949528 selain menggunakan design sedia ada kami juga menerima tempahan anda dengan pilihan warna, jenis dan saiz batu/mutiara mengikut citarasa pelanggan..
Assalamualaikum semua 
Apa khabar .... bertemu lagi kita di samping koleksi terbaru saya..mungkin ada yang tak begitu baru juga kan tetapi bolehlah untuk kita semua mencuci mata . Raya kian menjelang . Jadi kepada pemborong - pemborong setia, Kak Mazeni di Kelantan, Mak Nab di Terengganu, Siti Salwa yang berada di Batu Pahat , Aaa. di Kota Tinggi , Kak Eja dan Ely di Pinggiran Batu Caves selamat meniaga diucapkan. Moga perniagaan kalian bertambah baik daripada masa ke semasa.
Koleksi - koleksi terbaru adalah seperti berikut
:....
Ini gelang lipan warna coklat Harga RM 120 - RM 180 mengikut saiz.
Gelang nie Harganya RM 120 - RM 150 mengikut saiz. Ada dalam berbagai color .
Ini gelang kaki kanak - kanan ada dalam berbagai color juntaiannya harga RM 60 - RM 100 mengikut saiz
Gelang nie batu ikatan rapat menggunakan kabel. Dijamin kuat dan tegap.Terdiri dari batu shape diamond 8 M, Lov dan batu eye drop . Harga dalam RM 150 - RM 180 mengikut saiz
Design gelang ini harganya dalam RM 150 ke RM 180 mengikut saiz . Boleh di order dalam berbagai warna.
Gelang batu saiz 8 M jurai eye drop . Harga RM 100 - RM 150 mengikut saiz pemakai.
Gelang ini dijual dengan harga RM 100 - RM 120
Gelang batu love harga dalam RM 180 - RM 250 mengikut saiz dan jenis batu (AB atau tak AB)
Gelang kaki jurai air mata warna putih . Harga RM 140
Jam ini berharga RM 120. Diikat dengan kombinasi batu 6M bentuk diamond.
Gelang 8M jurai lov . Harga RM 100 - RM 150 mengikut saiz
Batu 10M jurai lov 14M ikat suasa .Harga RM 150 - RM180.
Gelang polos batu 8M ikat suasa RM 45 - RM 50
Gelang batu donut 8m ikat silver 925 jurai lov 14m . Harga RM150 - 180
Gelang kaki jurai eye drop warna pink . Harga RM 140.
Rantai Swarovski Pearl dan Batu Swarovski 8M . Harga RM 180 ke RM250 mengikut saiz.
Rantai 8 M siap dengan buah rantai. Harga RM 180.
Rantai leher nie berharga RM 180 juga.
Batu saiz 10M jurai eyedrop. Harga RM 150 - RM 200
Gelang kaki jurai eye drop kuning pinang. Harga RM 140.
Gelang tangan ini beharga RM 120
Rantai lagi..
Jam coklat nie RM 120
Batu 10M dan juraian eye dropnya...
Gelang swarovski pearl 10 M jurai lov 14M ikat silver 925 . Harga RM 180
Assalamualaikum semua.
Ini adalah design terbaru seperti yang ditempah oleh pelanggan - pelangganku melalui rekaan - rekaan berikut :. Insyaallah bertemu lagi di lain rekaan.
Ini adalah Kristal 8 M AB color campur - campur. Kak Mazeni dari Kelantan gemor mengorder warna - warna meriah ini...
Ini batu donut kembar 2 jurai love . Ini juga design kegemaran Kak Mazeni
Ini Bunga 3 kuntum di ikat suasa. Ada dalam pelbagai warna contohnya hijau, merah, purple dan kuning.
Ini adalah Swarovski Pearl saiz 8M ikat suasa.
Ha...ini adalah subang / anting - anting Kristal . Ada yang diikat suasa dan ada yang di sangkut secara santai ...
Tiga batu kristal putih yang teratas adalah batu bujur, heksagon panjang dan batu disko (ini nama betul dia tau ...) di ikat silver..Paling depan tu bentuk Heksagon.
Ini adalah cincin kristal ikat suasa. batu bersaiz 4M hingga 8M digunakan. Cincin casual juga ada (3 bentuk yang teratas)
Lagi bentuk Heksagon, kegemaran kak Eja dan Kak Ely (Madam Es')
Ha ini kristal bentuk cube / empat segi jurai lov 12M . Design ini juga oleh Madam Es'
Design ini oleh Kak Ely . Order lain yang seterusnya semuanya color yang sama ajek...emmmm...
Manis kalau di pakai sepasang .
a) Paling atas: Buterfly putih selang Buterfly merah saiz 8 M dan jurai buterfly putih dan merah
b) No 2 atas: Batu 8M color koko selang dengan swarovski pearl warna coklat jurai lov light coklat.
c) No 2 dari bawah: Buterfly 8M warna fusia jurai eye drop 8M warna fusia.
d) Paling bawah : Buterfly merah 12M jurai eyedrop 8 M warna sedondon
Buterfly saiz 8M dan 12 M .
Ha ini lah tangan hikmat . Sangat kretif orangnya. Dialah di sebaik semua gelang - gelang ini .Suamiku itulah orangnya.
a) Paling atas batu diamond shape 8M selang swarovski pearl warna senada jurai love.
b)Batu 10M bulat warna light dan dark coklat jurai love 12M. Kak EJa suka love besar ni.
Design ini agak simple but sweet. Buterfly polos hitam dan light black.
Ini aku panggil design gelang lipan. Sebelah color kuning dan sebelah lagi color topas ( kuning pinang)
Ini gelang donut 14M jurai love 14M.
Lagi koleksi batu 8 M (biru) dan 10 M ( Kuning)
Kristal Swarovski Austria ikat suasa dalam pelbagai bentuk dan saiz.
a) Gelang 3 lapis batu 8M diamong purple cair dan pekat
b) Gelang lipan warna hijau lumut dan cair 14 seperator
c)Gelang lipan warna kuning dan kuning pinang 14 seperator
d)Gelang polos warna putih batu 8M .
Ini gelang 3 lapis dengan bunga timbul di tengah . batu diamond 8M purple cair dan purple gelap.
Ini gelang lipan love selang seli kuning dan kuning pinang.
Ini gelang lipan dengan seperator silver..nampak klasik (13 seperator)
Gelang lipan dengan seperator silver..

Kilat dan Silauan Kristal yang menarik Perhatian ..Bling !..Bling !...

Ini gelang lipan kembar dua color topaz (pinang masak ) dan light siam (AB)

Jam Tangan Pun Ada tau !...

Em ini batu 4 M Diamond Shape

Ini my small business..em sengetkan kepala anda...ada cincin, sikat, subang, getah rambut, hair band, tuala key, sarung tangan, stokin, sticker and etc.

Ini Kristal No 2..Swarovski China..cantik juga..tapi murah banyak dari Swarovski Austria..

Lagi MAI COLLECTION...
Assalamualaikum
Kristal Swarovski Austria telah mula mendapat tempat di hati para wanita di Malaysia ini dan makin ramai yang memperagakan aksesori ini sebagai hiasan sambilan di samping EMAS. Kebanyakan gelang kristal yang terdapat dipasaran adalah diikat menjadi gelang dengan menggunakan suasa. Walaubagaimanapun sekarang ini saban minggu terdapat design - design baru gelang tangan , gelang kaki, rantai, subang dan loket yang direka dan berada di pasaran . Hem.. menarik kan.
Terdapat beberapa contoh gambar gelang kristal yang dijual tetapi design gelang dan rantai adalah bergantung kepada citarasa dan kretiviti idea pembeli itu sendiri. Semua design berkemungkinan untuk dilakukan .
Terima kasih di atas sokongan semua para pelanggan samaada anda sebagai pelawat web ini, pembeli dan pemborong kristal . Makin banyak produk kristal yang anda borong maka makin murah harga yang saya berikan kepada anda. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
. Wassalam