Peranan atau tanggungjawab BWP adalah menaja, menganjur dan membantu mana-mana pihak dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar daripada masa ke masa. Antara peranan mutlak BWP ialah :
1. Menentukan pelajar mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya
- Kemudahan belajar dan bimbingan
- Kemudahan penginapan dan makanan
- Kemudahan rawatan dan kesihatan
- Kkemudahan pengangkutan dan perhubungan
- Kemudahan sukan dan riadah
- Kemudahan kebajikan am
2. Membantu pihak maktab dalam menjayakan aktiviti
- Aktiviti sukan antara pelajar,guru dan sebagainya
- Aktiviti sambutan dan perayaan seperti hari kebangsaan,maulidur rasul, dan hari guru
- Pendaftaran pelajar dan program Orientasi/Suaikenal pelajar
- Jayakan aktiviti tahunan maktab
3. Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan selaras dengan objektif
- Majlis ilmu,dialog,ceramah,seminar atau bengkel akademik dan pengetahuan am
- Majlis penerangan kepada pelajar berkaitan dengan urusan pentadbiran dan hal ehwal pelajar
- Gerak kerja khidmat masyarakat atau gotong-royong di luar dan dalam maktab
- Lawatan sambil belajar atau lawatan muhibbah dan program pembangunan sahsiah pelajar