LANDSKAP DAN NURSERI
KATA BISTARI
“Ilmu yang tidak diamalkan umpama sepohon pokok yang mati.
Amalkan ilmu yang dipelajari semoga ia menjadi seperti pohon yang subur rendang
dan memberi manfaat kepada semua serta mendapat ganjaran di hari kemudian.”
Alamat Sekolah:
SMK Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor, Malaysia.
No Tel Sek: 03-61861701
No fax Sek: 03-61871512
Untuk Renungan Bersama
Tajuk : Usah Pentingkan Diri Sendiri
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam
orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari
kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang
mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu
memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan
barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta
bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan
seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat
keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak,
ia mungkir (berpaling tadah).” (Muslim)
Huraian
Jujur
dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman.
Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan
kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja
asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah
bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat
kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang
menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa
sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan
ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang
pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.
sumber : http://surau-al-amin.blogspot.com
nor sila...
TAHUKAH ANDA
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" (Dr. Mahathir Mohamad)
-moderator-