|
 ::Klik disini::
PENJELASAN YANG
DIBERIKAN OLEH PIHAK MARA
Saya telah berjumpa dgn Cikgu Rahim (dulu cikgu fizik kita)
yg sekarang telah pun menjadi Pengarah Penganjuran Pelajaran Menengah MARA
pada jam 3pm semalam (31 Oktober 2007). Hadir sama seorang Pegawai MARA yg
kita lebih kenali sebagai Cikgu Yusof Montel (Cikgu Bio kita). Saya telah
bertanyakan tentang persoalan yg sedang hangat diperkatakan sekarang
tentang masa depan MRSM Kuantan.
Cikgu Rahim dengan rasminya mengesahkan bahawa MARA akan
menutup MRSM Kuantan dari pengambilan pelajar2 utk menduduki SPM mulai
tahun depan. Bermakna tahun depan akan hanya ada pelajar2 Tingkatan 5
sahaja di MRSM Kuantan. Selepas selesai SPM 2008, MRSM Kuantan dijangka
tidak akan ujud lagi selepas tu.
Mulai tahun 2009, tapak dan bangunan2 di atas nya akan
diserahkan kepada UniKL sebagai Kampus Persediaan (macam Matrikulasi) bagi
menempatkan pelajar2 lepasan SPM sebelum memasuki UniKL (sebagai feeder
UniKL).
MRSM Kuantan sekarang dikatakan tidak mampu lagi ujud
sebagai sebuah MRSM disebabkan ianya hanya mempunyai keluasan 17ekar sahaja
sedangkan sebuah MRSM memerlukan kawasan seluas 50ekar. Pada masa yg sama,
sebuah MRSM perlu menampung seramai 1050 pelajar pada satu2 masa sedangkan
MRSM Kuantan hanya boleh menampung seramai 750 orang pelajar sahaja.
Hanya terdapat dua(2) buah MRSM lama sahaja yg masih ujud
iaitu MRSM Kuantan & MRSM Pengkalan Chepa bagi dipilih sebagai Kampus
Persediaan UniKL. MRSM Kuantan di pilih oleh Pengurusan MARA bagi tujuan
ini memandang ia nya terletak di tengah2 dan disekelilingnya mempunyai
kemudahan asas yg di kehendaki.
MRSM Pekan yg masih dalam pembinaan dan dijangka akan
mengambil pelajarnya yg pertama pada tahun 2009 (mulai tahun1) dikatakan
boleh menjadi penganti kepada MRSM Kuantan. Pada masa yang sama, sekiranya
ada tawaran tanah utk pembinaan MRSM di Daerah Kuantan, Pihak MARA boleh
mempertimbangkannya. Walaubagaimanapun, pembinaan MRSM yg baru boleh
mengambil masa yg agak lama terutama kalau tidak disenaraikan dalam RMK.
Inilah apa yg telah dijelaskan oleh Cikgu Rahim kepada saya
semasa pertemuan tersebut.
AMIRUDDIN AHMAD TAJUDDIN
Presiden ANSARA Kuatagh
1 NOVEMBER 2007
|