


Subsektor akuakultur telah dilihat sebagai satu aktiviti yang dapat meningkatkan hasil perikanan negara. Usaha untuk meningkatkan makanan khususnya ikan adalah perlu memandangkan kerana kebanyakan negara dunia termasuklah Malaysia menjadikan ikan sebagai sumber protein utama berbanding lain-lain haiwan, malahan permintaan untuk protein ikan meningkat dengan begitu ketara iaitu pada kadar 9.1% antara tahun 1985 – 1995. Ini adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk dan peningkatan kesedaran pengambilan makanan yang sihat. Penggunaan per kapita ikan negara dijangka akan meningkat daripada 39 kg dalam tahun 1995 kepada 55 kg menjelang tahun 2010. Harus diberiperhatian Dasar Pertanian Negara 3 (DPN 3) oleh pihak kerajaan mensasarkan pengeluaran akuakultur sebanyak 600 ribu tan metrik pada tahun 2010.
Justeru program kontrak ternak ini diperkenalkan untuk mencari atau membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di dalam bidang akuakultur. Kontrak ternak bermaksub syarikat penganjur akan membekalkan benih dan system/teknikal kepada penternak. Setelah ikan-ikan ini matang penganjur akan membeli kesemua ikan yang masih hidup. Contoh konsep kontrak ternak masa kini adalah penternakan ayam.
Create a free website at Webs.com