KELAB KELUARGA KK MARAN

 
Kelab Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Maran telah ditubuh sejak dari awal penubuhan Klinik Kesihatan Maran. Tidak diketahui tahun sebenar penubuhanya dan siapakah pengasas kelab ini. Kesinambungan kelab keluarga ini diteruskan oleh warga kerja klinik untuk menjalinkan tali sillaturahim antara sesama kita dan menjalankan aktiviti berbentuk kekeluargaan.

Kelab Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Maran tidak mahu ketinggalan dalam era siber ini dan dengan ini kelab mengwujudkan laman webnya yang tersendiri serta dibangunkan oleh ahli kelab ini sendiri. Dengan adanya laman web ini maka ahli kelab serta orang ramai boleh melayari laman web ini dan mengetahui perkara - perkara terkini dan program-program yang telah dijalankan oleh kelab.
 
AJK Kelab Keluarga bagi Sessi 2006-2007 telah merancang beberapa program yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.Dengan adanya program yang berfaedah seperti:
 
1. Penubuhan pasukan Bola Jaring Wanita
2. Penubuhan pasukan Bola Tampar dan Ping Pong Lelaki
3. Hari Keluarga dan Sukaneka
4. Membuat baju rasmi kelab keluarga
 
akan menjadikan kelab ini lebih aktif dan ahli - ahli dapat bersama-sama menyertai semua aktiviti yang dirancang.
{ParagraphsSidebar}