Diaper Import Murah Berkualiti

Nilai Untuk Wang Anda

Selamat Datang ke laman web KEDAI LAMPIN ANIS. Kini anda mempunyai pelbagai pilihan yang bijak dalam memilih lampin pakai buang (diaper) anak kesayangan anda. Pelbagai saiz dari S sehingga XXL boleh didapati dengan harga yang murah. Pengalaman saya sendiri menggunakan diaper maman bermula dari anak lelaki saya berusia 6 bulan dan kini dia berumur 4 tahun lebih , dan adiknya dari lahir dan kini berusia 2 tahun adalah satu pengalaman menarik yang perlu saya kongsi dengan para ibu bapa di luar sana. Selain ianya menjimatkan kos pembelian lampin setiap bulan, dapat pula menggunakan lampin BERKUALITI dengan harga yang MURAH dan saya juga dapat menambah pendapatan keluarga.

Ianya bermula ketika anak lelaki saya berusia 9 bulan tetapi sudah memakai saiz XL. Badannya yang agak besar dan sihat menyukarkan saya mencari lampin murah berkualiti tetapi menjimatkan duit. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan MAMAN. Saya rasa sangat berbaloi kerana saya hanya memilih 1 jenis lampin untuk dipakai siang dan malam tanpa bimbang untuk bangun malam menyalin lampinnya. Kini selain Maman, EUROPE dan Ichiban A+ turut menjadi pilihan saya. Bayangkan sudah lebih 4 tahun saya tidak menggunakan diaper yang dijual dipasaran.

Bagi ibu bapa, kini ada ada pilihan yang lebih baik untuk anak anda, hubungi dealer berhampiran untuk mencuba lampin yang kami jual. Anda juga boleh menjadi salah seorang dealer sekiranya berminat. Pastikan anda mendapatkan produk yang BETUL, kerana ADA yang mengambil kesempatan menggunakan nama Maman,Europe dan Ichiban walaupun ianya bukan diaper yang sama.

Ceria tanpa Ruam, Lena tanpa Kebasahan. Anak sihat ibu JIMAT.

Anis/Ina-Putrajaya 012-2029481 

 

 

Lampin Murah.

Kedai Lampin Anis menjual lampin bayi pakai buang yang diimport dari negara Korea (MAMAN), USA(Usa), Taiwan (Ichiban) dan Belgium (Europe).

Bagaimana ciri2 diapers tersebut:

1. 100% Cloth base-kain seperti mamipoko/huggies di pasaran (lembut)
2. Magic Tape- tape yang boleh dipasang berulang kali.
3. Leakguard-membantu mengelak bocoran.
4. Boleh pakai siang dan malam. kadar resapan yang tinggi membolehkan diaper ini dipakai waktu malam..tidak perlu membeli jenama berbeza. Namun utk anak yang kencing terlalu kuat disarankan menyalinkan lampin tersebut sekali lagi sebelum tido. Bagi yang normal,salin sewaktu mandi petang boleh bertahan sehingga esok pagi.

Kami menawarkan anda 2 grade untuk lampin pakai buang(diaper):

1- Grade A

Grade A adalah lampin pakai buang yang diimport dan dipek dinegara asal. Seperti membeli diaper di pasaraya dimana 100% good quality begitu juga dengan grade A yang kami tawarkan. 100% Quality Control (QC) dilakukan di  kilang negara terlibat.

Contoh: ICHIBAN Active Plus.

 

2- Grade B

Grade B adalah diaper yang diimport secara 'bale'-dalam quantity yang banyak. Didalam satu bale biasanya pengeksport akan mencampurkan 20%-35% repairable/rejected diaper. Apabila bale ini sampai di kilang Malaysia kerja-kerja seperti mengasingkan (memilih hanya diaper yang berkualiti), melipat diaper seterusnya membungkus diaper tersebut dilakukan. Setiap saiz dipek 80 keping/pek.

Contoh: EUROPE/MAMAN/USA

 

Saiz Diaper

Size diapers bergantung kepada berat kanak-kanak :

Saiz S = untuk kanak-kanak seberat 3kg - 6kg
Saiz M = untuk kanak-kanak seberat 6kg - 9kg
Saiz L = untuk kanak-kanak seberat 9kg - 12kg
Saiz XL = untuk kanak-kanak seberat 12kg ke atas

(* saiz yang dimaksudkan merujuk kepada standard saiz kanak-kanak Malaysia sahaja - bukan di peringkat antarabangsa)

Penentuan size diapers tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz diaper yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz diapers yang bersesuaian demi keselesaannya.

Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz diapers yang bersesuaian adalah XXL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Create a free website at Webs.com