Ini adalah program
Rumah Terbuka Tradisi Masyarakat Bugis yang
pertama dibuat setelah Fiesta Nasu Ugi. Atas kesungguhan
Bapakna Mustakim maka kita akan
bermula tahun ini di rumah
beliau (rumah tau sugi) walaupun
sasaran akan datang kita akan
cari rumah orang bugis yang agak terpinggir/daif untuk dijadikan pilihan untuk rumah terbuka
begini
RUMAH TERBUKA TRADISI MASYARAKAT BUGIS
2006
Tarikh : 05 November 206 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi hingga 3:00 petang
Lokasi : Rumah Pak
Mustakim, Kg Ketiu, Putatan
Objektif
1. Melahirkan kesedaran tradisi dan budaya masyarakat
bugis yang masih diamalkan atau yang telah/akan ditinggalkan jika ada cerita
orang tua-tua
2. Melahirkan kesedaran bahawa masih ramai
lagi masyarakat bugis yang memerlukan perhatian
3. Mempamerkan tradisi masakan dalam masyarakat
bugis
4. Memperkenalkan budaya, seni dan warisan
masyarakat bugis di
5. Pendedahan kepada generasi muda
Jemputan
1. VIP dijangka
YB Dr. Patawari dan Prof
Dr. Sanuddin
2. Pegawai-pegawai tertinggi dikalangan masyarakat Bugis
3. Pegawai-pegawai
tertinggi terpilih dikalangan bukan masyarakat bugis
4. Pelancong disekitar Kota KInabalu sekadar meramaikan dan program pengenalan
5. Ketua-ketua dikalangan masyarakat bugis di Kota Kinabalu
6. Pemandu-pemandu
Teksi dan Bas dikalangan masyarakat bugis
7. Pelajar
IPTA/IPTS
8. Masyarakat Bugis terpilih
Jenis masakan
Masakan
Buras, Kampalo, Tumbuk,
Coto makasar,
Ketupat Nabi, Ayam masak Liku,
sambala goreng, nasu buku
Kuih-muih dan makanan ringan
Gambang, Palopo, Berongko, Berobok, Kuih bangke,
Beppa laiya, Perkedel, sanggara kaloko, taripang,
Sasaran Jemputan adalah
500 orang
Untuk menjayakan program ini
dengan lebih baik (jika tidak
ala kadar sahajalah) maka saya memohon sumbangan
dari pelbagai pihak samada berupa
wang ringgit
(500XRM5=RM2500) atau berupa
makanan tradisi yang akan dibawa semasa
Rumah Terbuka kelak.
Tadad Haji Tasir
YDP Kecapi