Persatuan Komuniti Melayu Bugis (KECAPI) Kota Kinabalu
Persatuan Komuniti Melayu Bugis (KECAPI)  Kota Kinabalu

 

 

Kecapi usaha La Ugi Sabah

Site Navigation    

 
 Home

 AJK dan Perlembagaan

 Bugis World

 Cerita Mesti Baca

 Komen Blog

 Hubungi Saya

 Travel With NASA

 Guestbook

 Hari Keluarga 2006

 Video Clip

 FORUM

 Keahlian


 
 
 

Lawatlah lamanweb baru di http://www.kecapi.4u.net.my/

Ihya Ramadah  30 Sept 2007 Kota Kinabalu Progam ini juga adalah program pertama diadakan pada tahun ini dimana program ini bertujuan untuk menghidupkan ramadhan agar akan lebih terasa kehadiran ramadhan setiap tahun. Progam ini adalah program berbuka puasa dan bersemabhyang terawih di beberapa masjid terpilih disamping berjumpa dengan komuniti Bugis di sekitar Kota Kinabalu. Untuk pertama kalinya iaitu semalam program tersebut diadakan di Masjid Al-Falah Kg Tebobon, Menggatal. Kebetulan pada masa yang sama ADUN Inanam, YB Johnny turut hadir bersama dengan masyakarat setempat untuk menyaksikan majlis berbuka puasa tersebut. Masjid Al-Falah  Foto1 Foto2

Rumah Terbuka Kechapi 27 Sept 2007 Kota Kinabalu Mesyuarat ke-3 yang diadakan di rumah YDP selepas acara berbuka puasa dan berterawih yang berakhir pada jam 10 malam tadi telah memutuskan bahawa Rumah terbuka kechapi 2007 untuk kali yang ke-2 akan diadakan pada 28 Oktober 2007 (Ahad)  bertempat di Rumah Kediaman Penasihat Kechapi, Prof Sanudin Tahir yang akan bermula jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Pengarah program kali ini En Mochtar Hj.Lakura telah menyenaraikan ajk bertindak yang akan membantu menjayakan program kali ini. Disamping itu En Mochtar telah menyenaraikan beberapa menu yang akan diagih-agihkan kepada penaja kelak yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Main dish   Daging masak Lemak, Tumbu/sawa/kampalo, Burasa, Barobbo, Nasi Bugis, Sate, Nasu Likku, Coto Makassar, Sambala goreng, Sokko Bampa, Nasu Buku, Bale tunu, Side Dish  Putu, Sokko Palopo, Bepa Laiya, Gambang , Beppa Jintan(g), Beppa Pute, Barongko/Sarekaja, Baulu peca, bangke, kacipo (buah rotan), Dempo, Kacang Hai, Taripang/Sawalla, Baulu Kerisi, Minuman  Panas, Sejuk, Ais Batu.

UMS Hokey Tamu Gadang 2007 2 Sept 2007 UMS,Kota Kinabalu Kechapi berjaya mencapai sasaran dengan sampai ke perlawana akhir hokey USM sempena Tamu Gadang 2007. Walau bagaimanapun gagal mengekalkan kejuaraan yang diperolehi tahun lalu dengan memdudki tempat ke-2 selepas kalah dengan pasukan UMS-2 yang telah seri ketika di perlawanan dalam kumpulan 2. Seperti biasa pasukan kechapi masih mengimport beberpa pemain ternama negeri seperti En Milton dari SMK Gum-Gum, Sandakan, En Dino dan bebrapa lagi pemain yang membantu pasukan hoki kechapi pada tahun ini.

Merdeka ke-50 31 Ogos 2007 Kota Kinabalu Buat pertama kalinya komuniti bugis di Sabah di wakili dalam perarakan lintas hormat dihadapan TYT Sabah, Tun Ahmad Shah, sempena hari kebangsaan yang ke 50 . Seramai 48 belia komuniti Melayu Bugis Kota Kinabalu telah turun menyahut seruan kerajaan untuk bersama memeriahkan ulang tahun kemerdekaan yang ke 50 tahun, iaitu lebih ramai daripada yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu 36 orang. Walaupun keterampilan tidak seperti yang dirancangkan tetapi tidaklah mengecewakan kerana semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan berbaris bersungguh-sungguh. Ketua kontinjen En Mohlis Abd Muin tidak menyertai perbarisan pada saat-saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi En Sabarudin Hassan sempat bersedia dan menyertai perbarisan untuk memberi semangat kepada semua peserta. Foto1 Foto Lengkap

4th US GOlf Challenge Tour, 18 Ogos 2007 Dalit, Kota Kinabalu

 

 

4TH US GOLF CHALLENGE  07 Ogos 2007 Kota Kinabalu  Program tahunan golf untuk tahun ini akan diadakan di Dalit GOlf & County Club pada 19hb Ogos 2007 dan dijangka akan ada 10 flight dalam perllwanan kali ini yang disertai oleh pemain-pemain golf La Ugi dari seluruh Sabah iaitu Kota Kinabali, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Seperti biasa pemain jemputan juga akan menyertai dengan pengesahan 2 flight setakat ini untuk bersama memeriahkan golf sempena bulan kemerdekaan Malaysia yang disambut utk kali yang ke-50.

 

Program Rumah Terbuka 30 OKT Kota Kinabalu Program Rumah Terbuka Tradisi Masyarakat Bugis yang pertama dibuat setelah Fiesta Nasu Ugi. Atas kesungguhan Bapakna Mustakim maka kita akan bermula tahun ini di rumah beliau (rumah tau sugi) walaupun sasaran akan datang kita akan cari rumah orang bugis yang agak terpinggir/daif untuk dijadikan pilihan untuk rumah terbuka begini. ...lagi terperinci

 

 

 

Laksamana Muhammad Amin kembali ke Perak 20 Okt shukor shukor [shukor_r@yahoo.com] PENGEMBALIAN JASAD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN KE PERAK:CATATAN PERJALANAN SEORANG WARIS  Oleh Radzi Sapiee (bekas wartawan The New Straits Times, penulis buku “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti”) Ketika lembaran suratkhabar tempatan hangat memperkatakan akan kembalinya jasad dua orang pahlawan Perak yang dibuang negeri semasa pemerintahan Inggeris, seorang waris muda yang baru mengenali kaitan peribadi dengan kedua-dua pahlawan itu terfikir apakah ada makna tersirat di sebalik peristiwa yang julung-kali diadakan di Malaysia malah mana-mana pun di dunia moden ini? ...lagi terperinci

Budaya Masyarakat Sulawesi Selatan sebelum datangnya Islam 28 Sept azman talib [usrah77@yahoo.com] Beberapa hari yang lalu saya menemukan kembali sebuah buku terbitan tahun 1980 yang berjudul "CITRA MASYARAKAT INDONESIA" yang berisi artikel diambil dari majalah Archipel yang dikelola sekelompok sarjana Prancis yang pernah meneliti Indonesia, terbitan 1971 untuk memperkenalkan Nusantara dan terutama Indonesia. Salah satu artikel didalamnya menarik saya untuk membacanya dan ingin membagi informasi tersebut ke Silessurekku semuanya. ...lagi terperinci

Cerita Syeikh Faqih Ali 28 Aug shukor shukor [shukor_r@yahoo.com] Syeikh Faqih Ali al-Fathani tokoh pertama menulis sejarah patani. ..lagi terperinci

Sandakan, Jalur Transit Teroris dan Penyelundup 17 Julai Ismail Kamal [shira_adn@yahoo.co.uk] Kota Sandakan di pantai timur Negara Bagian Sabah berperan penting semasa penjajahan Inggris. Kota itu adalah mata rantai penting kegiatan terorisme dan penyelundupan. Sandakan semula merupakan pos perdagangan dengan China yang dibangun Kesultanan Sulu (wilayah Tawi-Tawi, Jolo, dan Basilan) yang menguasai daerah itu periode 1791-1808. ...lagi terperinci



Undian Web



Counter

Total Hit Todate since 20 October 2006   

 

Create a free website at Webs.com 

kecapi© 2006 All Rights Reserved.