| |
| Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya? |
|
| Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya? |
Skim piramid merupakan satu skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat suatu balasan atau faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan yang dijual atau diedarkan, tetapi yang diasaskan adalah kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim tersebut.
Ciri-ciri Skim Piramid
- Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
- Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
- Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
- Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.
Kerajaan telah mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir perserta yang telah berada di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta yang masih berada di peringkat bawahan. Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan sahaja yang mendapat faedah atau pulangan lumayan dan sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah. Kini, kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.
Bagaimana jika didatangi penganjur Skim Piramid?
- Periksa sama ada syarikat tersebut mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
- Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.
- Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDN & HEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.
| |
| Memilih Makanan Yang sihat |
|
| Memilih Makanan Yang Sihat |
Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Kini pelbagai makanan ringan ataupun makanan siap untuk dimakan tersedia di kedai-kedai mahupun di supermarket di merata tempat. Sebagai ibu bapa atau penjaga kanak-kanak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengawasi dan mengawal pola makan dan jenis makanan untuk kanak-kanak.
Kajian Mindy Hermann, R.D., seorang ahli gizi menyatakan bahawa rata-rata pola pemakanan dan jenis makanan yang dimakan oleh kanak-kanak sekarang lebih banyak memberi kesan buruk kepada tumbesaran berbanding kebaikannya. Menurutnya, para ibu bapa atau penjaga perlu memilih makanan yang benar-benar diperlukan bagi perkembangan kesihatan anak-anak mereka.
Kanak-kanak sepatutnya dielakkan daripada mengambil makanan ringan yang tidak mendatangkan faedah semasa tumbesaran mereka. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.
Donat Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.
Nugget ayam Makanan ini penuh dengan lemak. Nugget dan sosnya banyak mengandungi sodium yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.
Kentang goreng Biasanya disebut french fries ini mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin. Sebaiknya kanak-kanak tidak terlalu banyak makan makanan ini. Boleh diberikan sesekali tetapi kadar yang kecil.
Kerepek atau keropok Terdapat berbagai-bagai jenis kerepek atau keropok di pasaran seperti kerepek kentang, keropok udang, kerepek jagung mahupun Cheese puff. Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong. Kanak-kanak perlu dikawal makan segala jenis keropok atau kerepek ini.
Minuman perisa buah Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.
Minuman berkarbonat Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula yang boleh menyebabkan kegemukan dan kerosakan gigi. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.
Tentunya masih banyak lagi jenis makanan yang kurang baik untuk dimakan oleh kanak-kanak. Tetapi, apa yang penting adalah tanggungjawab kita semua untuk mengawal daripada memakan makanan seperti di atas. Kunci utama dalam menangani masalah pemakanan anak-anak kita adalah dengan mengawal dan mengelakkan makanan yang membawa kesan buruk. Berikan mereka makanan yang segar dan berkhasiat demi kesihatan dan tumbesaran yang lebih baik.
Petikan : Buletin Pengguna | |
| Rukuniaga Malaysia. |
|
| Rukuniaga Malaysia |
|
Pengenalan Rukuniaga Malaysia (The Malaysian Business Code of Ethics) merupakan satu kod etika perniagaan yang berasaskan kepada nilai-nilai agama, falsafah dan budaya rakyat di negara ini.
Penggubalan Rukuniaga Malaysia ini berlandaskan kepada ajaran agama, falsafah dan tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Ianya merupakan satu usaha Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyemarakkan disiplin diri atau 'self regulation' dikalangan masyarakat peniaga di Malaysia.
Objektif Tujuan Rukuniaga ini digubal adalah: -
- Untuk menyediakan prinsip-prinsip yang boleh diterima pakai, dihayati dan diamalkan oleh semua peniaga demi kesejahteraan pengguna dan juga peniaga.
- Membantu para peniaga mengamalkan standard etika perniagaan yang tinggi dikalangan mereka supaya kepentingan semua pihak terjamin demi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
- Melambangkan nilai-nilai murni sejagat yang dihasilkan daripada pegangan dan kepercayaan pelbagai agama, falsafah dan budaya di Malaysia.
Prinsip Rukuniaga Malaysia Bagi maksud tersebut, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mewujudkan enam (6) Prinsip Rukuniaga Malaysia seperti berikut: -
- Berlaku Benar Dalam Amalam Perniagaan
Perilaku peniaga menuju kepada perkara-perkara benar termasuk niat dan aqad jual-beli, pemikiran, perbuatan dan pertuturan.
Contoh: Peniaga tidak harus sengaja menyembunyikan kecacatan yang ada pada keluaran semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sama juga keadaannya apabila dengan sengaja memanipulasikan bekalan sesuatu barangan bagi tujuan untuk meningkatkan harga.
- Bertanggungjawab Kepada Pelanggan, Masyarakat Dan Persekitaran
Bertanggungjawab terhadap pelanggan, masyarakat dan persekitaran dalam sebarang tingkahlaku dan keputusan yang diambil.
Contoh: Menjual barang dengan harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Sayugia, segala barangan atau perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran atau perkhidmatan yang diberi tidak menjejaskan kepentingan masyarakat dan persekitaran.
- Berperikemanusian Kepada Semua Insan
Mempunyai perasaan kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia, lemah lembut, pemurah dan saling membantu. Tingkahlaku dan keputusan yang diambil mestilah mempertimbangkan kepentingan semua pihak dan bukan kepentingan perniagaan itu sahaja.
Contoh: Sekiranya seorang pelanggan telah membuat kesilapan semasa pembeliannya, dan ingin menukarkan sama ada dalam bentuk barangan lain atau mendapatkan kembali wangnya, peniaga harus bersetuju demi tanggungjawab sosial terhadap semua insan.
- Kesederhanaan Tingkah Laku Dalam Perniagaan
Mengamalkan sifat rendah diri, tidak bermegah-megah, tidak sombong, tidak keterlaluan, tidak tamak dan tidak berjimat cermat daripada segala segi.
Contoh: Seseorang peniaga yang berjaya tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya masih sanggup bersikap timbang rasa serta memberi sumbangan dan sokongan kepada mereka yang memerlukannya.
- Saksama Terhadap Pelanggan
Tindakan yang diambil tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, layanan sama rata tanpa mengira kaum, kelas atau darjat dan tidak berat sebelah.
Contoh: Seseorang peniaga sepatutnya tidak membezakan antara pelanggan, sama ada orang kenamaan atau rakyat biasa di dalam urusan perniagaan mereka, kerana wang itu adalah sama nilainya.
- Kesungguhan Menjayakan Perniagaan
Membuat sesuatu dengan tekun, rajin dan penuh kesabaran, tidak mudah mengaku kalah, berani menanggung risiko dan sanggup berusaha bermati-matian.
Contoh: Apabila menceburi bidang sesuatu perniagaan, peniaga tidak seharusnya merasa gusar dengan peniaga-peniaga yang sedia ada, apa yang penting adalah bagaimana kejayaan peniaga lain dapat mendorongnya untuk berjaya.
| |
|