Disaster and Emergency Response Unit (DERU)

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH (JIM) NEGERI JOHOR

Skudai, 21 Disember 2006

Rakaman video: Dr Hishamuddin Alham

Kg. Sepakat, Skudai, 25 Disember 2006 I

Rakaman video: Kamal Khalil

Ikutilah wawancara Kamal Khalil dengan Abang Kasim dari Kg. Sepakat


Kg. Sepakat, Skudai, 25 Disember 2006 II

Rakaman video: Kamal Khalil

Beberapa lagi video klip mengenai xpdc lawatan ke Kg. Sepakat 25 Disember boleh dilihat di:

http://www.youtube. com/watch? v=Q9S9PlVYA3g

http://www.youtube. com/watch? v=z1-6KcdI7HA

http://www.youtube. com/watch? v=j1L2rD1lYC4

 

Mari kita rasai apa yang mereka rasai

Laporan  Bervideo: Dr. Hishamuddin Alham 28 Disember

Assalamualaikum wrt

"Tidak ada apa yang tinggal... hanya sehelai
sepinggang sahaja..." begitulah keluhan salah seorang
penduduk di Kota Tinggi.. malahan itulah pula keluhan
yang saya terima dari ramai mangsa-mangsa banjir di
Johor.

"Sabarlah pakcik. Ini adalah ujian dari Allah.
Segala-galanya ini adalah milik Allah diamanahkan
kepada kita. Allah berhak mengambilnya pada bila-bila
masa"

Itulah sahaja ungkapan yang mampu saya berikan bagi
meredakan kerungsingan mereka.

"Pak cik sudah hidup 26 tahun di sini. Inilah kali
pertama pak cik rasa banjir sehebat ini"

Di muar kami terpaksa meredah hutang dan ladang kelapa
sawit untuk menuju ke Kpg Jawa. Saksikanlah klip video
di bawah ini (0.48 min).

http://www.youtube. com/watch? v=7cL_nY7AEKY

Kampong Jawa terletak lebih kurang 10 minit dari
tempat kami bertolak... namun setelah banjir ia
terputus dari dunia luar dan terpaksa menaiki bot yang
memakan masa 45 minit.

Semalam kami di Yong Peng dan satu penyampaian
multimedia telah dibuat atas kehendak penduduk di
situ. Maka saya membuat persembahan Tsunami bagi
mendedahkan beberapa pengajaran dari kisah tersebut.
Salah satu klip yang saya tunjukkan ialah peristiwa
yang berlaku di Muar. Klip 10 minit di bawah ini dapat
memberi gambaran perisitiwa yang berlaku di sana.

http://www.youtube. com/watch? v=zfRndR2n4zY

"Saya teringat masa tu saya berumur 10 tahun. Ketika
itu saya hanya bersuka ria seperti dalam klip di bawah
ini (0.41 minit)"

http://www.youtube. com/watch? v=TYpYnzb8ZqU

"Sekarang saya dapat merasai apa yang ibu bapa rasai
ketika itu... kami tidak punya apa-apa sekarang ini.
Kami kena mulakan daripada kosong"

Kini, bila hujan lebat, hati saya menjadi sayu
mengenangkan mereka di penempatan sementara dalam
keadaan sejuk dan tidak mempunyai rumah lagi. Hati
kecil ini menangis mengenangkan nasib mereka. Bagi
kita yang selamat sama-samalah menghulur derma bagi
meringankan bebanan mereka. Rasailah apa yang dirasai
oleh mereka dengan sama-sama menyumbang tenaga dan
wang ringgit.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

Create a free website at Webs.com