Laporan DERU 24 Disember
Hari ini seramai 25 orang pasukan DERU telah pergi ke Desa Kolam Air, Simpang Renggam untuk menolong mangsa banjir di sana.
Saya dapat merasai keperitan menjadi mangsa banjir dengan lumpur 6 inci dalam rumah, barang elektrik rosak, tilam dan permaidani basah dsbnya.
Pemuda PAS juga datang dengan water jet yang banyak membantu dalam membersih rumah yang berlumpur (elok kalau JIM juga ada).
Kami (PAS & JIM) sama-sama mencuci rumah antaranya sepasang suami isteri yang dah tua dan uzur.
Laporan: Azman Hassan
Laporan DERU 24 Disember
Seperti dilaporkan
oleh akhi Azman, pasukan dari JB bersama akhi Hamdan Basiran telah
membantu membersihkan rumah-rumah yg ditenggelami air di Kolam Air,
Simpang Renggam. Ana bersama keluarga dan akhi Sarif dan isteri, Kak
Naimah, telah menghulurkan bantuan ke pusat pemindahan Balai Raya Parit
Hj Salam, Simpang Renggam Masih ada 230 orang yang menumpang di sana.
Kami
membawa air mineral dan barangan personal hygiene (sabun mandi, ubat
gigi, sanitary pads, berus gigi, sabun basuh). Sejurus selepas kami
sampai dan menyerahkan barangan, satu pasukan dari Jabatan Kesihatan
tiba utk memberikan suntikan typhoid. Ada juga yg kehabisan ubat dan
orang tua yg memerlukan lampin. Kami telah menguruskan penghantaran
ubatan pada tengaharinya.
Laporan: Hashimy Halimy