Disaster and Emergency Response Unit (DERU)

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH (JIM) NEGERI JOHOR

DERU MUAR 25 Dis

Operasi DERU MUAR 25Dis 2006

(Lihat gambar di Bahagian Foto)

KAMPUNG JAWA, Lenga adalah sasaran kami hari ini. Alhamdulillah cuaca cerah meningkatkan semangat untuk bergerak seawal mungkin. Kami bergerak dengan sebuah pacuan 4 roda dan sebuah lori 1 tan yang sarat dipenuhi barang-barang sumbangan tetapi malangnya lori terkandas pula ketika mengharungi banjir di pekan Pagoh. Mujur trak tentera datang membantu. Barang dipunggah ke trak dan kami bergerak bersama pasukan DERU dari JB yang menaiki 2 buah pacuan 4 roda. Turut sama ialah Pak Hj.Jamadi (penduduk tempatan) yang menjadi penghibur kami sepanjang perjalanan kerana celotehnya. Hari ini bantuan bot tentera dan polis telah bertambah. Jumlah bantuan dari pihak lain juga datang menderu. Maklumlah Pak Menteri datang lawat kawasan, tetapi mangsa dah 7 hari menderita…

Perjalanan 45 minit dengan bot polis amat menyeronokkan walaupun terasa bahaya kerana meredah air di celah-celah pokok getah dan kelapa sawit (sebenarnya dari pengkalan di batu 29 ke Kg Jawa hanya 5 minit dengan motor atau kereta jika tidak banjir). Satu bot lagi menggunakan orang tempatan sebagai jurupandunya. Penempatan pengunsi tidak setempat. Oleh kerana rumah-rumah di kampung tersebut ada yang tidak terjejas, maka sebuah rumah di diami banyak keluarga mangsa. Bagi YDP JIM Muar pula, kehadiran beliau disambut ceria oleh sebahagian pengunsi kerana di sinilah sangat ramai saudara mara beliau tinggal. Nama pun kg Jawa. Faham-faham sahajalah bahasa komunikasi mereka.

Pihak akhawat juga amat besar peranan mereka menyantuni para pengunsi dari kalangan kaum ibu dan wanita. Tahniah dan syabas buat Trio Srikandi Akhawat waja (ukht Zanariah –isteri akh Salleh Kassim, ukht Yasmin –isteri akh Dr. Hishamuddin Alham, dan ukht Dr. Khairul Suzana –isteri akh Mohd Noor) yang turut sama menDERU ke Muar.

PEKAN LENGA dan KG Gombang perlu diziarahi untuk kami hulurkan sumbangan seterusnya. Kg Gombang perlukan beberapa barang keperluan yang tidak dapat disampaikan kelmarin. Kami perlu tunaikan janji kami khususnya untuk seorang warga OKU. Jam dah pukul 3.30 petang, kami perlu bergerak pantas. Selesai solat dan makan kami terus berpecah dalam 2 kumpulan untuk masing2 bergerak ke 2 kampung tersebut. Akh Anuar dan Akh Norhan tidak dapat ikut serta kerana perlu tangani Lori yang masih tersadai di pekan Pagoh. Namun Lori tak dapat dibereskan juga dan mereka bergegas menyertai pasukan ke Pekan Lenga. Satu pasukan lagi yang terdiri dpd Dr.Hishamuddin Alham dan isteri, akh Hj Salleh Kasim dan isteri, akh Dr.Abd.Rahman dan Pak Hj.Jamadi pula bergerak ke Kg. Gombang.

Ke Pekan Lenga mengambil masa 15 minit dengan bot (jika tidak banjir, naik motosikal 3 minit dah sampai). Cerita sedih berulang seperti di Kg Gombang semalam. Bekalan lambat diterima. Sentimen kaum masih membara. Cerita mereka ialah agihan sumbangan banyak dilebihkan kepada satu kaum sahaja. Kerana, kaum itulah yang kerap diziarahi samada dari Singapura mahupun Kuala Lumpur . Makcik2 di situ tidak segan bercerita tentang sumbangan dari Genting bernilai RM1 juta. Tapi malangnya barang2 tersebut tidak sampai kepada makcik2 ini. Ketika barang2 sumbangan diturunkan melalui helicopter, mereka hanya mampu melihat dari jauh kerana barang2 tersebut diagihkan kepada orang lain.

Pada jam 5 petang kami mendapat berita bahawa 2 lagi pasukan DERU sedang menuju ke kampung Gombang melalui jalan kebun kelapa sawit menggunakan pacuan 4 roda. Mereka dari JIM JB dan JIM Batu Pahat. Alhamdullah, ikhwah dan akhawat menderu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang amat memerlukan..

Create a free website at Webs.com