Disaster and Emergency Response Unit (DERU)

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH (JIM) NEGERI JOHOR

JIM terus Menderu di Lenga 28 Disember

DERUan 28 Disember.

Kami bawa barang istimewa hari ini - LIMAU MANDARIN. Istimewa kerana JIM adalah orang pertama dan satu-satunya pihak yang memberi sumbangan buah-buahan kepada mangsa banjir.

Hubungan dengan masyarakat setempat semakin mesra. Kami tak perlu perkenalkan diri lagi kerana rata-rata di kalangan mereka dah tahu dan kenal orang2 JIM yang setiap hari datang menjenguk, menziarahi, mendengar luahan, menyantuni, dan sebagainya.

Hari ini Pusat Operasi Deru di Lenga menerima kunjungan pasukan dari KL seramai 7 orang yang diketuai Dr. Sam dari JIM Petaling. Mereka bawa bersama alat penyembur “water jet” dan barang2 bantuan. Prof Dr. Arshad juga turun sekali lagi sebagai wakil DERU Negeri Johor.

Sebelum 2 pasukan bergerak ke Pekan Lenga dan Kg.Jawa, satu mesyuarat diadakan dengan Penghulu Mukim Lenga (Tuan Hj. Majid). JIM menyatakan komitmen untuk fokus bantuan di Mukim Lenga (di bawah jajahan Tok Penghulu Majid).

Sekumpulan lagi yang tinggal di Pusat Operasi telah bergotong-royong membersihkan bilik gerakan, bilik air dan kawasan sekitar, diketuai oleh Cikgu Zul bersama ikhwah dari Acheh. Bilik perlu dikemaskan kerana mulai malam ini pusat akan beroperasi 24 jam. Pengarah Pusat Operasi – Akh Salleh dan Ketua DERU JIM Muar akan bermalam di situ. Lebih meriah apabila 1 lagi pasukan dari JB diketuai Ust. Hairozi sampai pada lewat petang dan akan bersama hingga esok hari. Turut bersama ialah anak beliau – Anas, Ust. Mahmud, dan akh Ramli.

Laporan oleh Unit DERU JIM Muar.

Create a free website at Webs.com