

SIRI 1
Banjir di BP kali ini memang luar biasa. Mengepali Operasi(teknikal) TM
bagi 3 daerah BP,Kluang dan Mersing memang mendebarkan. Memastikan sistem
telekomunikasi sentiasa beropersi di dalam keadaan yang tidak menentu ini
memang amat penting. Alhamdulilah dengan bantuan Allah s.w.t masalah dapat di
atasi. Rasanya masyarakat di 3 daerah ini, 99% dapat terus berkomunikasi.
Bantuan-bantuan di penempatan banjir sekitar daerah BP agak baik berbanding
dengan daerah-daerah yang lain khususnya Segamat dan Muar. Setakat ini belum
terdengar lagi mangsa berada di atas bumbung rumah melebihi 12jam(berlaku di
Segamat). Terputus bekalan air dan api serta tiada bekalan air bersih utk
diminum dan terputus hubungan jalan darat melebihi 4 hari(berlaku di
mungkim Lenga dan kawasan sekitarnya spt Liang batu,Gombang,Kg
Jawa,Bkt.Kepung dll). Malah sehingga email ini ditulis mereka masih lagi
terputus
hubungan darat. Bahkan pernah berlaku di Pancor(Muar) ketiga-tiga kemudahan
asas terputus(air,api,telekom). Sampai sekarang ibusawat TM Pancor tidak boleh
beroperasi. Jadi ringkasnya keadaan BP lebih baik sedikit berbanding Muar dan
Segamat(rata-rata orang TM Segamat kata mereka mengalami mini sunami ).
Sebagi anak kelahiran Muar, memang ana tidak pernah terfikir selepas lebih
30 tahun,boleh berlaku bah(istilah banjir orang kampung Muar) seteruk
sekarang.Kali terakhir banjir yang agak besar berlaku pada tahun 1971(seingatan
ana). Maklumat dari akhie Norhan(Muar) tentang banjir di sepanjang
lembangan pertengahan dan hulu Sg.Muar hari ahad lalu amat
mengejutkan ana. Lantas bergegas bersama anak sulong dan zaujah
mencapai dan membeli apa yang dapat dan bergegas ke Pagoh dan terus kawasan
mungkim Lenga setakat yang boleh dimasuki oleh 4WD. Sempat menyampaikan sedikit
sumbang dan kata-kata semangat kepada sorang anggota TM yang mengongsi bersama
keluarganya di ibusawat Bt.28. Dengan bantuan penduduk tempat kami di bawa
merentasi jalan hutan(hanya boleh dilalui 4WD dan motorsikal 15minit
perjalanan) dan dapat sampai ke Gombang yang sejak hari selasa terputus
hubungan.Tiada air paip.Tiada elektrik.Bantuan selimut baru sampai dan tak
cukup.Kalau ada duitpun ,tak ada tempat untuk membeli. Tiada air minuman
bersih.Ana tak pasti Mercy / JIM Muar atau ana sampai dulu.Tapi yang pasti JIM/Mercy
yang membekalkan air mineral kepada mereka. Rasanya lebih 80% rumah di kg
berkenaan ditengelami air. Mereka amat menghargai sumbangan kita.
25/12/06. Selepas upacara pengkebumian allahyarham ayahanda Ustaz Hassanuddin,
kami(disertai oleh Tn.Hj Salim SU JIM BP, Tn.Hj.Masiri AJK JIM BP) bergegas ke
Yong Peng untuk menyertai pasukan dari
JIM JB dan team koperasi Muslimin yang datang seramai 8 buah kenderaan.Selepas
berkongsi maklumat keadaan banjir di BP. Kumpulan di pecahkan kepada beberapa
lokasi banjir. Ada yang beroperasi di Yong Peng .Ada yang ke Sri Medan. Kami
dan team Prof.Dr Arshad(Prof.Dr.Tarmizi,P.M Dr.Mohd Zin.Akhie Khalid dan
anakandanya) ke Pt.Sulong dan seterusnya
ke Muar.
Di Batu Pahat kami singgah membeli tambahan bantuan sebelum menruskan
perjalanan ke Pt.Sulong melalui Simpang 5

Prof Dr Arshad mempengerusikan mesyuarat di surau
Pt.Yaani
Jalan di Pekan Pt.Sulong
Pemandangan di tengah pekan Pt.Sulong
2 penempatan
bajir di Pt.Sulong iaitu Di Sek.Men Dato’Sulaiman(900org) dan Dewan Orang Ramai
Pt.Sulong(800org). Manakala jalan PT.Sulong ke Tongkang Pecah dan ke Pt.Jalil
masih ditutup.
Bersambung ke
siri 2
Create a free website at Webs.com