Laporan DERU 25 Disember
25 Disember 2006. Rombongan ke Batu Pahat terdiri dari 11 kenderaan dengan didahului Ford Ranger yang dipandu oleh Dr Mohd Zin Kandar (pengerusi koperasi Muslimin Johor, aktivis ISMA). Saya sendiri sebagai pemandu simpanan dan ketua rombongan. Kami bertolak jam 10.30 pagi selepas sedikit kerja pembungkusan di saat akhir diselesaikan. Kami bertemu dengan ketua koperasi muslimin daerah batu pahat di tol Yong Peng Utara. Selepas berbincang, rombongan terus ke destinasi pertama di Masjid Parit Awang.
1. Masjid Parit Awang, Yong Peng (dalam Parlimen Air Hitam)
Sedikit bekalan diturunkan dan peserta bermesra bersama masyarakat. Saya banyak berbincang dengan pihak pengurusan dan antara tajuk menarik ialah
motivasi, kesedaran Islam dan remaja. Saya terkejut bila diberitahu kebanyakan anak muda hanya bersekolah setakat tingkatan 5 sahaja. 3 orang saja masuk IPT tahun lalu. Ini kampung dekat dengan bandar !!!
Kesimpulan perbincangan:
- JIM membantu menyediakan penceramah bagi kuliah selepas isya’.
- Kerjasama KRJ Johor untuk menjayakan program di sebuah sekolah di Felda berdekatan Chaah akan diusahakan di masa akan dating.
Sebentar tadi (3.30pm 26/12/06) saya menerima panggilan telefon dari Hj Yusuf dari bilik gerakan banjir Masjid Parit Awang. “… Dr, saya dah dapat green light dari YB Datuk Shamsul (ketua bahagian UMNO Air Hitam) untuk kita anjurkan ceramah. Macam mana dah ada penceramah ke?” . Hj Yusuf & isteri adalah seorang aktivis UMNO yang mempunyai kesedaran Islam dan mahukan kebaikan untuk masyarakat terutama dalam isu pendidikan dan akhlaq remaja. “maaf tuan haji, saya sampai tengah malam tadi, insya Allah malam nanti kami ada mesyuarat penyelarasan, dan saya akan contact Tuan
Haji semula,… “ begitulah jawapan yang saya berikan.
2. SMK Dato Seth, dekat Yong Peng (kawasan Parlimen Sri Gading)
Dari pengamatan saya, inilah pusat yang terbaik. Perdana Menteri telah melawat di sini. Ada klinik tentera, dapur diurus secara gotong royong
bergilir-gilir mengikut kampung. Ada 13 kampung yang menetap di situ. “Kami, di sini alhamdulillah OK. Yang paling tak cukup sekali ialah tikar,…” maka sayapun meminta ikhwah mencari tikar dari bekalan yang dibawa. Alhamdulillah, ada 3 tikar.
3. Sek Agama Seri Telok, Parit Yaani
Secara keseluruhan keadaan baik. Mereka kehabisan air minuman terutama untuk kegunaan bayi. JIM berjanji akan membeli air minuman untuk mereka.
4. S.K Seri Telok, Parit Yaani
Ini adalah penempatan baru. Paras air semakin naik dan penduduk semakin bertambah. Bilangan dijangka melebih 1000 orang. Banyak kekurangan dan JIM membekalkan sedikit barang dan berjanji akan membeli air minuman untuk mereka. YDP JIM Johor sempat bersama kami selepas menziarahi pengkebumian ayah kepada Ust Hasanudin, seorang aktivis Johor. YDP seterusnya pulang bersama Nordin Yahaya untuk mengadiri mesyuarat
Gabungan NGO Muslim di JB.
Selepas itu kami solat di surau Parit Yaani dan bermesyuarat. Kami mengambil keputusan untuk berpecah.
Kumpulan 1
- Parit Yaani. Membeli air mineral, toiletries, diapers etc untuk tempat-tempat yang telah dilawati, dan terus melawat di Sek Agama Sri Pengkalan.
Kumpulan 2
- terus melawat ke kawasan Sri Medan. Rombongan ini diketuai oleh Dr Sulaiman M Nor (S/Usaha JIM Johor) juga disertai oleh 4 kenderaan termasuk Dr Murni (isteri YDP Johor).
Kumpulan 3
- membersih rumah di Air Hitam bersama koperasi muslimin, kemudian terus pulang bagi membantu pasukan di Skudai.
Kumpulan 4
- saya bersama Dr Zin (koperasi muslimin), Prof Tarmizi dan Ahmad Hisham (AJK JB) dan JIM batu Pahat (Roslan YDP, Salim & Masiri) ke Kg Gombang, Lenga & Pagoh. Kami melalui kebun kelapa sawit & getah untuk sampai ke kampung. Alhamdulillah, jalan itu agak mudah untuk 2 kenderaan pacuan 4 roda yang kami bawa. Gombang yang merupakan kampung halaman YDP Batu Pahat. Beliau sempat bertemu saudara mara dalam masa terhad
yang ada. Kami perlu keluar sebelum malam kerana takut sesat dalam ladang kelapa sawit. Tempat ini juga dilawati oleh Dr Hisham dan rombongan dari jalan sungai. “.. Sheikh, kampung enta dikepung oleh JIM dari sungai dan bukit…” kemudian kami ke Balai Raya Batu 23, PAgoh, sebuah lagi pusat pemindahan yang sederhana dalam segala segi. Selepas itu kami menjalankan operasi rescue the rescuer di Paya Redan (cerita akan menyusul) dan sampai semula di pejabat JIM Johor selepas tengah malam.
Laporan: Dr. Arshad Ahmad