KEMBAR DERU JIM 25 DIS
LAPORAN KEMBARA DERU
oleh Arshad Ahmad
Rombongan ke Batu Pahat terdiri dari
11 kenderaan dengan didahului Ford Ranger yang dipandu
oleh Dr Mohd Zin Kandar (pengerusi koperasi Muslimin
Johor, aktivis ISMA). Saya sendiri sebagai pemandu
simpanan dan ketua rombongan. Kami bertolak jam 10.30
pagi selepas sedikit kerja pembungkusan di saat akhir
diselesaikan. Kami bertemu dengan ketua koperasi
muslimin daerah batu pahat di tol Yong Peng Utara.
Selepas berbincang, rombongan terus ke destinasi
pertama di Masjid Parit Awang.
1. Masjid Parit Awang, Yong Peng (dalam Parlimen Air
Hitam)
Sedikit bekalan diturunkan dan peserta bermesra
bersama masyarakat. Saya banyak berbincang dengan
pihak pengurusan dan antara tajuk menarik ialah
motivasi, kesedaran Islam dan remaja. Saya terkejut
bila diberitahu kebanyakan anak muda hanya bersekolah
setakat tingkatan 5 sahaja. 3 orang saja masuk IPT
tahun lalu. Ini kampung dekat dengan bandar !!!
Kesimpulan perbincangan:
- JIM membantu menyediakan penceramah bagi kuliah
selepas isya’.
- Kerjasama KRJ Johor untuk menjayakan program di
sebuah sekolah di Felda berdekatan Chaah akan
diusahakan di masa akan dating.
Sebentar tadi (3.30pm 26/12/06) saya menerima
panggilan telefon dari Hj Yusuf dari bilik gerakan
banjir Masjid Parit Awang. “… Dr, saya dah dapat green
light dari YB Datuk Shamsul (ketua bahagian umno air
hitam) untuk kita anjurkan ceramah. Macam mana dah ada
penceramah ke?” . Hj Yusuf & isteri adalah seorang
aktivis UMNO yang mempunyai kesedaran Islam dan
mahukan kebaikan untuk masyarakat terutama dalam isu
pendidikan dan akhlaq remaja. “maaf tuan haji, saya
sampai tengah malam tadi, insya Allah malam nanti kami
ada mesyuarat penyelarasan, dan saya akan contact Tuan
Haji semula,… “ begitulah jawapan yang saya berikan.
2. SMK Dato Seth, dekat Yong Peng (kawasan Parlimen
Sri Gading)
Dari pengamatan saya, inilah pusat yang terbaik.
Perdana menteri telah melawat di sini. Ada klinik
tentera, dapur diurus secara gotong royong
bergilir-gilir mengikut kampung. Ada 13 kampung yang
menetap di situ. “kami, di sini alhamdulillah OK. yang
paling tak cukup sekali ialah tikar,…” maka sayapun
meminta ikhwah mencari tikar dari bekalan yang dibawa.
Alhamdulillah, ada 3 tikar.
3. Sek Agama Seri Telok, Parit Yaani
Secara keseluruhan keadaan baik. Mereka kehabisan air
minuman terutama untuk kegunaan bayi. JIM berjanji
akan membeli air minuman untuk mereka.
4. S.K Seri Telok, Parit Yaani
Ini adalah penempatan baru. Paras air semakin naik dan
penduduk semakin bertambah. Bilangan dijangka melebih
1000 orang. Banyak kekurangan dan JIM membekalkan
sedikit barang dan berjanji akan membeli air minuman
untuk mereka. YDP JIM Johor sempat bersama kami
selepas menziarahi pengkebumian ayah kepada Us
Hasanudin, seorang aktivis Johor. YDP seterusnya
pulang bersama Nordin Yahaya untuk mengadiri mesyuarat
Gabungan NGO Muslim di JB.
Selepas itu kami solat di surau Parit Yaani dan
bermesyuarat. Kami mengambil keputusan untuk berpecah.
Kumpulan 1
- Parit Yaani. Membeli air mineral, toiletries,
diapers etc untuk tempat-tempat yang telah dilawati,
dan terus melawat di sek agama sri pengkalan.
Kumpulan 2
- terus melawat ke kawasan Sri Medan. Rombongan ini
diketuai oleh Dr Sulaiman M Nor (S/Usaha JIM Johor)
juga disertai oleh 4 kenderaan termasuk Dr Murni
(isteri YDP Johor).
Kumpulan 3
- membersih rumah di Air Hitam bersama koperasi
muslimin, kemudian terus pulang bagi membantu pasukan
di Skudai.
Kumpulan 4
- saya bersama Dr Zin (koperasi muslimin), Prof
Tarmizi dan Ahmad Hisham (AJK JB) dan JIM batu Pahat
(Roslan YDP, Salim & Masiri) ke Kg Gombang, Lenga &
Pagoh. Kami melalui kebun kelapa sawit & getah untuk
sampai ke kampung. Alhamdulillah, jalan itu agak mudah
untuk 2 kenderaan pacuan 4 roda yang kami bawa.
Gombang yang merupakan kampung halaman YDP Batu Pahat.
Beliau sempat bertemu saudara mara dalam masa terhad
yang ada. Kami perlu keluar sebelum malam kerana takut
sesat dalam lading kelapa sawit. Tempat ini juga
dilawati oleh Dr Hisham dan rombongan dari jalan
sungai. “.. sheikh, kampung enta dikepung oleh JIM
dari sungai dan bukit…” kemudian kami ke Balai raya
Batu 23, PAgoh, sebuah lagi pusat pemindahan yang
sederhana dalam segala segi. Selepas itu kami
menjalankan operasi rescue the rescuer di Paya Redan
(cerita akan menyusul) dan sampai semula di pejabat
JIM Johor selepas tengah malam.